Thursday, January 31, 2013

Pemergian Pelajar Siti Hajar Untuk Kita Muhasabah Diri

Arwah Siti Hajar binti Ahmad Sabir
Assalam…
Sudah beberapa hari saya  tak update blog…jenguk 
pun tidak..Bw pun tidak…ingat hari ni saya nak 
update kisah saya di Kuala Kangsar…tapi tak jadi…
bila saya bw dari satu blog ke satu blog saya terbaca 
kisah arwah ni… rasa sayu dan sedih sangat walaupun 
saya tak kenal….menitis air mata bila membaca kisahnya 
yang ditulis oleh ibunya…dan diceritakan oleh: http://ummusumaiyahmenulis.blogspot.com/

Marilah kita sedekahkan Al-fatihah kepada Arwah 
Siti Hajar,dan menjadikan kisah pemergian beliau 
untuk kita semua bermuhasabah diri. 


 Gambar ini saya ambil dari Blog Jiwa Hamba                http://dirihamba.blogspot.com 

Friday, January 25, 2013

Pendaftaran masuk ke Kolej Vokasional Kuala Kangsar


Mendapat panggilan dari guru Kolej Vokasional 
Kuala Kangsar,(sekarang dah panggil Pensyarah bukan 
guru)… untuk anak saya si Iqa lapur diri bagi semester pertama….Alhamdulillah..akhirnya berjaya masuk Kolej 
Vokasional. pasal apa jauh sesangat..sebab Kolej Vokasional
kat K.L dan Selangor tak ada bidang Bakeri dan
Konfeksionari..tu laa pasal!!!!

Lepas solat subuh, kami singgah rumah anak saudara 
Ina, sebab si Ira sekolah…minta dia tolong hantar gi sekolah..sementara Kak Diba tunggu rumah sebab …
dapur tengah diubahsuai sambil pesan kat Ina…tolong 
belikan sarapan dan makan tengahari untuk Diba..
sambil temankan kak Diba.

Kami sampai kat Kuala Kangsar dekat 9.50…padahal 
taklimat pukul 9.00 pagi..mana taknya...singgah isi 
minyak lagi... sampai kul 10.30 kat sekolah pasalnya.
kami tersesat….cari Padang Rengas tak jumpa …..masuk
Petronas…nampak Polis…saya pun turun dari kereta 
jumpa Pak polisi…Tanya kat mana Kolej Vokasional 
Padang Rengas....pure sungguh mike menjawap….
"ini udoh terlajok nieeee…Padang Rengas, tak masuk 
pekan ……kena u turn balik, 10 km…straight aje......" alamakkkkk!!!!...patah balik jumpa lampu isyarat semula.
Tapi kami tak tau nak pegi mana….entah-entah masuk 
jalan gi Taiping tak???....pasal polis tu tadi kata…
straight aje….. ya…kot??? Jalan terus jumpa Padang
Asam…alamak ini Padang Asam bukan Padang Rengas….
tak apa..tak apa terus lagi mana tau jumpa…..jumpa 
Padang Rengas….tapi Kolejnya kat mana????
ternampak signboard…tulis Kolej Vokasional 1 km..
Masuk simpang kiri..akhirnya….jumpa wehhh!!!.

Dapatlah dengar separuh ataupun 3/4 dari taklimat ..




Lepas tu gi Bengkel kursus yang dipilih….untuk bayar 
duit pendaftaran..Lepas tu gi pulak untuk bayar duit 
asrama..lepas tu gi pulak masuk dorm…lama kat situ…
pasal kelam kabut, pilih loker…katilnya entah kat mana…
last-last suruh pilih katil dulu baru loker…sudahnya 
tengahari nak kul 1.45 keluar..daftar saja tak masuk 
duduk kolej lagi…




Kami pergi Sg.Perak…makan dan solat baru balik K.L…
Sebelum balik sempat la membeli buah...yang herannya
hubby dengan anak saya tak tau buah yang saya beli..
tu buah apa....Tapi kat...KL memang tak ada pun...saya
kata la...inikan buah Tampoi..."Haa!!! buah Tampoi????
masing-masing menjawap dengan muka blurr...

Insya Allah, 28 hb ni pegi lagi…sebab si Iqa dah kena 
masuk asrama…nak kena angkut segala barang 
keperluan. Nampak gayanya busy cari barang -barang 
dan juga urusan pertukaran sekolah...termasuk nak 
dapatkan sijil berhenti. Segalanya perlu di stamp.....,
kena gi kedai gambar...sebab Kolej nak gambar
ukuran pasport dan gambar penuh 3R....kena gi bank
juga pasal kad ATM si Iqa..bila masuk kat mesin ATM,
namanya tak keluar di screen...macam-macam nak
diuruskan.....!!!!

Tuesday, January 15, 2013

Fenomena Listen....Listen.....Listen.....!!!!!!


Bawani - Pelajar bidang Undang-undang dari 
UUM ini,mencetuskan fenomena di alam siber….
Bertanya soalan, menyatakan pandangan
siap dengan fakta di sebuah forum di UUM,
tapi dibalas dengan hinaan oleh moderator
Sharifah Zohra Jabeen. Malah di suruh
“Listen…listen..listen”, bukan setakat “listen”
tapi "If you unhappy with Malaysia, get out from Malaysia." Aduhhh!!!Malaysia ini dia yang punyakah?????

Arwah ayah saya selalu pesan jika kita ingin dihormati,
kita kena menghormati orang lain. Bila kita tidak 
menghormati orang lain...walaupun orang itu hanya
biasa-biasa saja...perkara sebeginilah yang boleh terjadi.
Siap ada yang buat parody...lagu Najwa Latiff 'Kosong'
jadi 'Listen...Listen.....Listen...'Begini senikatanya:

Listen - Mr.Bie (parody)
Lagu asal 'Kosong' - Najwa Latiff

kau melihat diriku seperti sesuatu
mencabar dirimu, akal dan mindamu
kau cuba mengaburi dengan 'nota galaksi'
siapa dirimu, aku mahasiswa di sini
bila ku tanya soalan,tiba-tiba kau potong jalan
merampas mikrofon, "listen..listen..listen..."

semua haiwan dikaitkan,langsung tak jawab soalan
asyik-asyik..." listen...listen..listen"
kini kami bangkit...bukan kerna wang ringgit
perjuangkan nasib mereka yang selalu dihimpit
jangan asyik meroyan, dengarkan penjelasan
dan akan dibuktikan, siapa dipihak yang sebenar
"listen...listen...listen"

*kan dah kena!!!!!!!Cik Pah...Ohhh!! Cik Pah....
Anda semua boleh menonton di sini

Monday, January 14, 2013

Haa!!!!!! Yang Ini Mungkin Makan Gaji Buta.........???????




Orang kecoh tak dak ayak…dia pi buat bodo je….
Rupanya ada udang balik mee….?????

Janganlah ingat…semua orang bodo…!!!!! 

Menurut Puncak Niaga Holding Bhd, laporan tahunan 
yang dikemukakan oleh Rozali telah menyatakan 
bahawa Rozali telah memperolehi gaji sebanyak
RM 8.255 juta, bonus bernilai RM 2.39 juta,
Faedah-faedah lain sebanyak RM 405,646,
KWSP bernilai RM 1.777 juta, elaun percutian
RM 663,582 dan perbelanjaan lain pula sebanyak 
RM 3.754 mil. Ini berjumlah RM 17.25 mil bagi tahun 
berakhir 31 Disember 2011.

Puncak Niaga merupakan syarikat holding SYABAS 
yang juga punca perniagaan Rozali. (dapat gaji dan 
elaun RM 17.25 juta…juta wehh..tapi benda sonang 
dan mudah pun tak leh nak solosai….Yenna deiii ....
Ayya!!!!!!)


HKR KL112 Trending di Twitter......!!!!



Semua orang tahu tentang HKR #KL112 …..
kalau tak tahu tak dapek den nak nolong…!!!!
Kebanyakkan berita di internet mengisahkan
cerita ini…twitter, fb, blog, termasuklah juga
berita di tv...walupun secoet je.....!!!dan begitu
juga surat khabar (SH)…..macam-macam ada…
berwarna- warni, pelbagai gaya dan rupa.  

Tapi…dalam banyak-banyak gambar dan yang
dituntut….wa paling teruja dan tergelak dengan
yang ini......... wakakaka...hik..hik..hik!!!!!!


Nak buek camno…memang hantaran sekarang
mahal,harga barang-barang naik, bil-bil naik...
semuanya naik dan yang tak seberapa nak naik...
gaji pekerja.......!!!Segala keperluan mahal..yang
hidup senang..orang yang makan gaji buta...bukan
sikit-sikit...gaji dan elaun dan segala mak datok nenek....perbelanjaannya berjuta-juta..yang rakyat
marheinnya laa...jadi mangsa.......!!!!!!!!

Saturday, January 12, 2013

Giler ke haper??????











Kemalangan dahsyat dan terburuk berlaku di awal 
tahun 2013! Lihatlah betapa buruk dan ngerinya 
kemalangan tersebut . Tapi kenyataan Timbalan 
Ketua Polis Daerah Manjung, Ahmad Mat Isa 
mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa :
15 orang mengalami kecederaan ringan dalam 
kemalangan tersebut. Beliau cuba menafikan khabar 
angin bahawa empat orang mati dalam kemalangan 
tersebut, dan menjelaskan bahawa tiada kematian 
dilaporkan setakat ini.(Tiada kematian?????)
Kereta remuk redam, basikal, motor sampai terlipat,
yang penyek...yang hancur...tak ada kematian?????

Ahmad menyangkal dakwaan bahawa tiga pegawai 
JPJ di dalam kenderaan pacuan empat roda telah 
bertindak secara melulu dan mereka tidak cuba 
memintas lori terbabit. Boleh percaya ke??????
Belum buat siasatan.....tiba-tiba dah ada jawapan!!!!!
Pelik bin ajaib bin hairan bin segala bin.........

Thursday, January 10, 2013

Nasi Lemak Sempoi....


Nasi Lemak Sempoi - Amy
Bahan-bahan:
2 cawan beras Basmathi @ beras biasa
1 cawan santan pekat
1 ½ cawan air (ikut kualiti beras)
2 – 3 helai daun pandan
Sedikit garam
Bahan di mayang halus:
½ inci halia
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Cara membuatnya:-
1.Halia, bawang merah dan bawang putih
   di mayang/hiris halus, ketepikan.
2.Beras basmathi di cuci dan toskan, kalau beras
   biasa cuci seperti biasa.
3.Masukkan beras yang telah ditoskan tadi
   ke dalam periuk letrik, masukkan juga air dan
   santan pekat.
4.Masukkan juga daun pandan dan sedikit garam.
5.Masukkan pula bahan-bahan yang telah di mayang
   halus tadi.
6.Kacau rata dan masaklah seperti biasa. 

*Rasanya tetap enak walaupun hanya sedikit santan
yang digunakan. Beras basmathi adalah beras
kegemaran saya bila masak nasi lemak.Kebetulan
masa masak nasi lemak ni stok sayur timun tak
ada...lagipun saya dan anak-anak tak makan timun,
jadi...nasi lemaknya tanpa timun.

Sambal Nasi Lemak  - Amy
Bahan dikisar:
8 tangkai cili kering – telah di buang bijinya
4 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
Sedikit belacan bakar
½ cawan ikan bilis
Bahan lain:
Sedikit asam jawa - untuk air asam
1 biji bawang besar
Garam dan gula secukup rasa

Cara:-
1.  Bahan – bahan di kisar letak ketepi.
2.  Bawang besar dihiris membulat.
3.  Panaskan sedikit minyak, masukkan
bahan-bahan yang telah dikisar tadi,
Tumis hingga naik bau atau hingga
garing(keluar minyak) masak dengan
api perlahan).
4.  Setelah itu masukkan air asam jawa,
garam dan gula secukup rasa.
5.  Masukkan hirisan bawang, kacau
   sebati dan angkat.
* Anak saya si Iqa tak suka sambal
yang dalamnya ikan bilis *sekor-sekor
dia lebih suka sambal kosong.Jadi
saya buat sambal yang tetap ada
ikan bilis tapi dikisar.  


Tuesday, January 8, 2013

Pengat Pisang Ubi Keledek


Pengat Pisang Ubi Keledek – Amy.

Bahan bahan :
1 biji ubi keledek, potong dadu (kecil-kecil)
4 – 5 biji pisang tanduk, potong serong
2 cawan santan pekat
½ buku gula kabung
7 sudu besar gula putih
1 -2 helai daun pandan
2 sudu besar sagu mata ikan- rendam biar kembang
2 cawan air
sedikit garam

Cara membuatnya:
1. Rebus air bersama ubi keledek yang telah
   dipotong dadu tadi sehingga empuk.
2. Kemudian masukkan gula kabung, gula pasir,
    juga daun pandan.
3. Masukkan santan, sagu mata ikan, sedikit
   garam juga pisang tanduk yang telah dipotong
   serong tadi, kacau rata, biarkan mendidih.
 4.Setelah mendidih angkat dan hidangkan.

* Ubi keledek boleh diganti dengan ubi kayu, 
manis pengat ni boleh diubah mengikut citarasa 
masing-masing. Sesiapa yang ingin mencuba..
Selamat mencuba!!!!. 



Ikan Siakap Tiga Rasa


Dah lama tak masuk entry masakan...saya masukkan
resepi dalam blog ni resepi yang saya suka saja.
Sebab tu resepi masakan dalam blog ni tak banyak,
sekarang lagi jarang masak...busy ke lain...dalam
seminggu 3- 4 kali aje masak selebihnya...faham-
faham aje la.....ngeh...ngeh...

Ikan Siakap Tiga (3) Rasa - Amy
Bahan-bahan:
1 ekor Ikan Siakap – di bersihkan.
(Selepas di bersihkan di lumur garam, kunyit
dan sedikit tepung jagung)
Goreng ikan sehingga garing.

Bahan Untuk kuah:
1 biji bawang besar - dipotong dadu
10 biji cili padi – dihiris halus
1 inci halia - diracik halus
1 biji tomato – dipotong dadu
1 mangkuk kecil nenas - dipotong dadu
Bahan untuk tumis:
3 biji bawang merah – ditumbuk/kisar
2 ulas bawang putih – di ketuk
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Minyak untuk menumis
Cara membuatnya:
1.  Ikan yang telah di goreng garing, angkat
  dan ketepikan.
2.  Panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk
  hingga naik baunya.
3.  Masukkan cili kisar, kacau hingga pecah
  minyak, masukkan air secukupnya.
4.  Perasakan dengan sedikit garam, gula,
  sos tiram, sos ikan juga sos tomato.
  Kacau sebentar.
5.  Masukkan bahan dihiris bawang besar,
  tomato, halia, cili padi dan nenas.
  Biarkan kuah mereneh seketika.
6.  Setelah kuah agak pekat, angkat dan tuang
  ke atas ikan yang telah digoreng tadi,
  sebelum dihidangkan.  

Thursday, January 3, 2013

Sekolah Bermula...Benda membosankan pun tiba!!!!


Sekolah sudah bermula….lalu lintas mula bertambah sibuk,
perkarangan sekolah penuh dengan kereta dan motor…
Adehh….capekkk dong!!!....
Semalam nak ambil adik Ira…tak boleh nak parking
kereta…kiri kanan jalan penuh…sudahnya saya telefon
En.hubby…kebetulan ada kat sekolah menengah nak
jemput si Iqa balik…minta dia jemput si adik dulu,
sebab dia guna motor…..   

Si kakak Iqa telefon pegi rumah kawan berhampiran
sekolah, sebab petang nak pegi sekolah balik nak
ambil buku teks tambahan…

Petang lepas En Hubby ke pejabat semula, saya hantar
Si Ira ke sekolah agama…hmmm sama juga ramai, cuma
tidak sepadat sebelah pagi sebab sekolah agama ada
dua buah…dalam kawasan berdekatan…
Pergi uruskan bayaran yuran…ingat nak selesaikan
untuk setahun..tapi terlupa bawa duit extra…dok
menonong hantar si Ira…duit dalam purse ada tiga
ratus aje…sedangkan yuran segala bagai tiga ratus
tujuh puluh dua…tak cukup tujuh puluh hengget…
Jadi ustaz kata bayar untuk yuran Jais dan yuran
sekolah dulu RM 192.00, yuran bulanan kemudian.
Ciss!!!…buat keje…dua tiga kali ni yang tak suka ni……
Balik rumah ambil duit nak bayar yuran bulanan…
RM 180.00 tu…sampai sekolah agama parking
penuh…pusing dua tiga kali…baru dapat….,
Masuk kawasan sekolah…nak naik tangga, Nampak
Ustaz tadi dah turun nak tuju kedewan…laa ustaz ni
pegi tolong ustazah yang lain jual buku tulis pulakkk.
Sudahnya tak bayar, saya ajak anak saya balik…
Itupun sebab ramai yang balik…..sebab tak belajar..
Anak saya kata kena tanya ustaz dulu…dia pun
minta izin dengan ustaz …nak balik..sebab ibu dah
tunggu…ibu ajak balik…ngeh..ngeh..ngeh…!!!!!Kalau
tak balik sekali, waktu tu dah nak dekat kul 5.00
petang…nanti saya kena datang lagi sekali pulak
jemput dia balik (5.30 petang)ohhh…tak larat
penat wehhh!!!

Malam si Kak Iqa..bagi borang maklumat peribadi
murid untuk di isi…BOSANNNNN!!!!!!!! Balik-balik
borang ni setiap tahun nak di isi….Kemt.Pelajaran
ni…tak ada ke nak buat sistem perisian maklumat
peribadi murid…hidup zaman canggih-canggih,tapi
cara keje kuno macam zaman tujuh puluhan…
Buatlah satu sistem simpanan maklumat bukan
saja untuk murid tapi untuk guru sekali khas untuk
sekolah saja…kalau system HRMIS tu babitkan JPA/
JPM(membabitkan maklumat pencen)…tapi sekolah
mesti ada satu sistem simpanan maklumat mereka
sendiri…Untuk kemudahan para guru dan ibu bapa.
Jadi setiap tahun buka sekolah, cuma edarkan borang
tambahan maklumat…ialah mana tahu dalam keluarga
Pelajar/guru ada yang bertambah atau berkurang…
Contohnya pertambahan adik beradik…ataupun ada
Ahli keluarga yang meninggal…ibu/bapa contohnya…
Ataupun pertambahan kenaikan gaji ke….
Perisian itu mesti dikemaskini…untuk memudahkan
Pihak sekolah dan ibubapa apatah lagi jika ada 
pertukaran sekolah…ini tak balik-balik bagi borang…
nak isi benda yang sama setiap tahun kecuali gaji ibu 
atau bapa….apa barang buat keje macam tu!!!!

Satu lagi kes…naik taraf sekolah Teknik dan Vokasional,
Bagai nak rak jadikan kolej…tapi caranya tak tentu hala,
Keputusan periksa PMR keluar bulan Disember…
keputusan masuk Kolej bulan Januari…kemasukan ke 
Kolej bulan Mac…habis tu sementara nak tunggu 
keputusan dapat ke tidak masuk Kolej..kena sambung 
masuk sekolah biasa balik…kena beli buku tulis dan segala 
macam bagai tak membazir ke tu?....ibu-bapa kena
keluar duit…nanti...kalau dapat masuk Kolej..kena keluar 
duit lagi…dan waktu tiga bulan tu dah tentu pihak
sekolah ada jadual tersendiri…pihak Kementerian 
Pelajaran ni masa buat keputusan ada memikir bagi 
pihak sekolah dan ibu bapa ke …tak????….
ke syok sendiri….susah kalau perasan pandai ni….!!!!!
Ini entry lepas geram namanya…nak buat cam mana…
hik…hik…hik…. 
     

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails