Sunday, February 28, 2010

Paru Goreng Bercili Istimewa


Lauk kegemaran saya dan suami..tapi tak digalakkan sangatlah untuk makan selalu..sesekali tak apalah..sebab benda-benda dalaman seprti hati, paru ni kolestrolnya tinggi....
Ini resepinya...

PARU GORENG BERCILI ISTIMEWA- Amy.

Bahan-bahannya:-
1/2 kg paru - direbus

Bahan kisar:-
10 tangkai cili merah

Bahan kisar untuk perap:-
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 batang serai

Rempah kisar yang disangai terlebih dahulu:-
3 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih

Bahan-bahan lain:-
1 labu bawang besar
Sedikit air asam jawa
Garam secukup rasa
Sedikit gula
Minyak untuk menggoreng / menumis
Sedikit air

Cara:-

1. Paru yang telah direbus hingga empuk tadi, dihiris nipis dan ketepikan.
2. Bahan-bahan kisar ambil separuh kecuali cili dan rempah kisar digaulkan bersama paru tadi dan diperap dalam 1 @ 1/2 jam.
3. Panaskan minyak, goreng paru yang diperap hingga garing.
4. Tumis lebihan bahan kisar, kemudian masukkan cili kisar biar hingga naik bau.
5. Tuang air perahan asam jawa, garam, gula, kacau hingga rata.
6. Masukkan paru goreng tadi, tambahkan sedikit air jika perlu. Masukkan bawang hiris.
7. Kacau rata tunggu hingga keluar minyak, masak dengan api perlahan.
8. Bila agak kering, angkat dan hidangkan. Sesuai untuk nasi putih, nasi Beringin @ Nasi Minyak dan yang sewaktu dengannya.



Selamat mencuba.......!!!!

Saturday, February 27, 2010

11 Golongan yang di doakan Malaikat


YAKIN kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”

Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’ ”

10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu’alam.Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah. - Sumber di petik dari http://anakmuaallaf.blogspot.com/.


 

Friday, February 26, 2010

Ilmu yang dikongsi menerusi e-mail

Salam Maulidur Rasul...lama dah tak update blog...dapat e-mail dari anak sdr, dia fowardkan e-mail sahabatnya.

Pesanan terbaik dari seorang rakan.....
Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui. Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.
Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul , dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.

Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah.
Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.

Kedua, Surah Al-Ikhlas.
Surah ini, katanya surah tauhid..
Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.

Ketiga, surah Al-Kafirun.
Bahagian ini, menarik sikit. Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana.
Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar 'untukmu agamamu, untukku agamaku' .
Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.

Pertama, kekuatan minda Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan sebagainya, kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.

Kedua, kekuatan hati
Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kalau minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik.

Ketiga, kuat fizikal
Pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kalau pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya.
Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut.
Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan.
Iqra'.....!
Take a break…….meditate…3 minutes & calm your mind…

Surah Al-Ikhlas.

1. Katakanlah (wahai Muhammad); ' (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;

2. 'Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat;

3. 'Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;

4. 'Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya'.

Friday, February 19, 2010

Ayam masak merah


Masakan ini kegemaran anak-anak, mungkin sebab rasanya yang tak pedas. Sesuai untuk nasi putih atau nasi minyak n d gang. 


                                  


Ayam Masak Merah - Amy.

Bahan:-

1 ekor ayam - dibersihkan dan potong ikut suka.
8 sudu besar cili kering dikisar
10 ulas bawang merah - dikisar
6 ulas bawang putih - dikisar
2 inci halia - dikisar
2 batang serai diketuk
2 biji bawang besar - dihiris nipis
1 senduk sos tomato
Daun sup dan daun bawang dikisar
2 sudu besar bawang goreng dikisar
4 sudu gula merah
garam secukup rasa
1/4 cawan minyak masak

Cara Memasak:
1. Ayam dibersihkan, gaul ram dan kunyit, kemudian digoreng.
2. Tumis cili kering, bawang dikisar,halia, serai dan bawang hiris.
3. Biarkan hingga tumisan naik minyak.
4. Masukkan sos tomato, gula merah dan garam secukup rasa.
5. Masukkan ayam, balik-balikkan ayam biar mesra.
6. Akhir sekali masukkan daun yang dikisar dan juga bawang goreng yang dikisar. Gaul rata.
7. Angkat dan hidang. (Jika suka taburkan dengan kacang peas).



 

Thursday, February 18, 2010

Gambar seribu kenangan

Sekeping gambar boleh membawa seribu cerita dan kenangan....lihat saja....

Ini gambar zaman 70an...muka masing-masing sememeh aje macam baru bangun tidur..toye...hua..hua..hua, tapi ada juga adik beradik yang tak ada dalam gambar ni....kakak yang sulong, kemudian arwah abang..

Gambar dari barisan belakang sebelah kiri: Abang Omar, bekas abang ipar Amri, arwah ayah dan Abang Othman
Barisan depan duduk: Kak Ana.Kak Midah,saya, Arwah Ibu dan cucu (Norlela), Abang Majid dan Abang Ali

Zaman ni, zaman hitam putih...tak da warna-warni...gambar di ambil di hadapan rumah Gombak Kuala Lumpur...masa tu ..Kuala Lumpur ibu negeri Selangor...

Haa..ini gambar kakak sulong yang tiada dalam gambar keluarga di atas..pasalnya waktu gambar keluarga diatas dipotret oleh jurugambar..beliau sudah berumahtangga..cuba tengok gambar abang ipar..macam gangster Kg.Dusun cerita P.Ramlee kan..kan...kan???


Ini gambar arwah abang yang tak ada dalam gambar keluarga tahun 70 an tu...sbb masa tu abang duk menyewa rumah bujang di Kg.Maxwell, sekarang kampung tu pun dah tak ada dah ganti dengan bangunan PWTC. Cari gambar hitam putih tak ada pulak dlm simpanan..jadi gambar tahun 80 an jelah gantinya....

Ini isteri arwah abang kat atas...cari gambar baru tak ada lak...akak ipar ni pun dah balik kg. kat Johol, N.Sembilan.
Nanti nak upload lak gambar adik beradik arwah emak dan juga gambar keluarga sebelah suami...tungguuuu.....

Gambar anak beranak......


Gambar keluarga selalunya diambil masa Hari Raya...sebab hari lain jarang ambil gambar bersama....Itupun masih tak dapat ambil gambar keseluruhan keluarga yang besar..yakni gambar yang ada mak saudara, bapa saudara sebelah saya ataupun suami..pasalnya bila raya masing-masing sibuk, kalau tak makan, berborak sebab jarang jumpa, ataupun ada keluarga yang balik kampung isteri @ suami..habihhh camno...yang ada gambar anak beranak aje....dan selalunya untuk keluarga saya, saya akan pilih warna pakaian,tapi bila anak-anak dah besar kena ikut kehendak anak-anaklah pulak, tapi kalau pagi Hari Raya pakaian selalunya mesti ....SEDONDON...


Tema biru muda

Tema warna merah jambu, tapi dalam gambar ni suami tak da, sebab dia yang 'snap' gambar ni...guna h/p, kebetulan kamera digital tu, bateri dah 'weak' pulak.....lps tu saya pulak snap gambar suami & anak-anak tapi anak-anak terpadam pulak gambar ..tinggal nilah satu-satunya .
Masa tema warna hijau pucuk pisang..tak ada gambar dalam simpanan..rasanya terlupa ambil gambar masa tu...sebab ..tak lama balik dari solat Hari Raya ..ahli keluarga datang beraya..bila sibuk -sibuk sampai terlupa nak bergambar...

Tema warna ungu muda


Tema warna hijau tua ...



Tema kuning telur...kali ni si ibu jadi tukang 'snap' pulak...

Tema merah hitam...


Tema warna biru turcoise...

Tema warna kuning cair...masa tu tengah "pregnant" anak bongsu...

Tema merah putih..

Tema lemak ketam...

Tema warna biru..tapi x berapa nak sedondon..tak tempah pakaian kat kedai jahit..beli 'ready made' aje masa tu...

Wednesday, February 17, 2010

Ikan Goreng Berlada

Kegemaran saya masakan goreng bercili/lada, tak kiralah ikan, kentang, terung, telur, dan cilinya mesti cili merah kalau nak umphh..letak cili padi sikit..hhe..he..

IKAN GORENG BERLADA/CILI

Bahan:

2 ekor ikan (Ikan apa pun tak kisah) – dibersihkan, bubuh garam dan kunyit .

Bahan Kisar:

10 tangkai cili merah
5 tangkai cili api
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah

Kisar bahan di atas guna mesin kisar basah,(bubuh air) kisar jgn terlalu halus biar cili kasar sedikit, kemudian tapis bahan kisar tadi.(Asingkan airnya).

Bahan lain:

1 biji bawang besar – dimayang
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
1 biji limau kasturi (perahan jus nya)
Minyak masak utk menggoreng

Cara:

1. Ikan dibasuh bersih dan digoreng garing, ketepikan.
2. Tumis bahan kisar hingga naik wangi. Bubuh sedikit air cili yang diasingkan tadi.
3. Masukkan bahan lain, bawang besar, gula, garam dan air perahan limau kasturi.
4. Didihkan, sehingga hampir kering, masukkan ikan yang digoreng, gaul sebati ,angkat dan hidang.

Tuesday, February 16, 2010

Tempahan kek cawan

Sejak jadi suri rumah sepenuh masa ni...ada juga yang menempah kek cawan untuk kenduri kahwin...tapi kalau nak tempah beribu-ribu...ya ampunnnnn...kena ada pekerja..setakat 200 biji ke 300 biji  laratlah lagi sorang-sorang buat..kalau lebih dari tu nak kena minta orang lainlah bantu....samada suami @ anak-anak, bukan saja bantu untuk packing ...tapi hantar dan jemput budak-budak ni pergi dan balik sekolah  .....ini pun cuma buat kek cawan biasa..yang kosong..kalau bubuh topping cream ke...alamatnya tak menang tanganlah... Mesin pengadun ada yang kecil aje..nak beli Kitchen Aid kedai elektrik kat Selayang ni tak ada jual dan yang besar macam kilang kuih selalu guna tu..dah cari dah tapi kebetulan dia jual mixer utk pukul telur saja...untuk tepung sekali kebetulan tak ada..x jadilah beli...nak kena tanya kedai bahan-bahan kek jugalah.....


Masa dalam proses bancuhan/mengadun

 

Ini peti tin yang digunakan...

Yang ni kek cawan oren..

Ini pulak kek cawan coklat..




Kek cawan yang sudah siap untuk dihantar....

Tiara ..ohh..Tiara

Tiara bukan pelakun tu...ini mengenai Tiara Beach Resort, Port Dickson...dah 6 bulan x bayar sewa apartment,opps..bukan 6 bulan lagi dah, ni masuk bulan Feb 2010 maknanya dah 8 bulanlah.... alasannya tak ramai pengunjung..ekonomi gawat waktu niiii...perjanjian sewa hingga bulan April ke Mei ni...tengah berfikir - fikir nak sambung sewa  pada Pengurusan Tiara Beach ke atau nak urus sendiri apartment tu...tapi kalau urus sewa sendiri tak ada pengalaman...hmmm..masalah juga....takkan nak ulang-alik K.L  - Port Dickson, bila ada orang menyewa, untuk pembersihan..ambil kunci apartment .....takkan nak biar bilik tu bersepah selepas disewa...mesti ada orang yang bertugas untuk tu....hmmmmmmmmmmmmm
Walau apa pun layannn aje gambar-gambar di Tiara...tapi gambar terbaru tak ada ... gambar diambil masa anak-anak ni di sekolah rendah dan sikecil tu belum masuk tadika lagi...tahun ni 2010 belum ke sana lagi...














Minum dulu!!!!

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails