Friday, May 31, 2013

Agar-agar Roti


Dah lama tak buat puding atau agar-agar, buat ni
pun sebab nak bawa pergi rumah kakak, sebab dia
buat kenduri.Busy...nak up date blog pun tak sempat...
sebab uruskan barang-barang kak Diba yang nak
dibawa ke Politeknik.
Agar-agar Roti
Bahan-bahan
1 paket agar-agar
4 cawan air
2 cawan gula atau ikut citarasa
1 tin susu cair
6 keping roti
1 bji telur
Sedikit esen vanilla
Pewarna merah, kuning dan hijau.

Cara Membuatnya:
1. Satukan roti, telur, susu dan esen vanilla didalam
   mesin kisar (blender)kisar sampai sebati.
2. Agar-agar masak sampai hancur, selepas hancur
   masukan gula. Rasa ikut suka.
3. Masukkan adunan roti tadi kedalam agar-agar.
   Kacau rata dengan api perlahan.
4. Adunan bahagi kepada 3 warna, kemudian masuk
   dalam bekas corak selang seli atau ikut citarasa
   sendiri.



Sunday, May 26, 2013

Cream Puff - Hasil Tangan Iqa Najiha

Si Iqa balik bercuti..ini hasil tangannya.

Cream Puff - Iqa Najiha
Pastry choux (cream puff)
125g tepung gandum
10g gula kastor
3g garam
85g mentega
200ml air
4 biji telur

1. Panaskan oven 200 ° c.
2. Panaskan mentega dan air di dalam periuk
   sehingga mendidih.   
3. Sebaik sahaja mendidih, masukkan gula, garam
   dan tepung. Kacau dengan senduk kayu. Kacau
   sentiasa sehingga doh lekang dari sisi periuk dan 
   membentuk bebola doh yang licin.(Tidak melekat 
   diperiuk).
4. Pindahkan adunan doh ke dalam mangkuk adunan
   dan pukul dengan pengadun elektrik.(Pengadun
   elektrik kecil) Jika size pengadun besar doublekan
   resepi. Untuk suamkan doh yang panas tadi.
5. Setelah doh suam, masukkan telur satu demi satu
   pukul sehingga mendapat pes yang pekat dan
   melekit.
6. Masukkan adunan ke dalam beg paiping dan
   paipkan doh ke dulang pembakar yang dialas
   dengan kertas minyak. Jika tak alas, sapu dulang
   pembakar dengan majerin. Jarakkan antara
   bebola doh sebanyak 2 inci.
7. Renjiskan sedikit air ke atas kertas baking dan
   bebola pastri choux (ini menghasilkan stim dan
   menggalakkan pastri menaik).
8. Bakar dalam ketuhar pada 200°c selama 20
   minit atau sehingga pastri naik dan keemasan.
   Kurangkan suhu kepada 120°c dan bakar selama
   15-20 minit.

9. Setelah masak, sejukkn puff. Buat lubang kecil

   di bawah puff, atau di belah separuh puff,
   untuk di pipekan filling krim kastard atau
   krim pilihan mengikut citarasa sendiri.

   (Nota: Jangan sekali-kali membuka pintu ketuhar
   semasa pastri choux sedanag dibakar. Suhu yang
   tinggi menyebabkan pastri naik, manakala suhu
   rendah membuatkan pastri garing di luar dan
   berongga di dalam. Jika pintu oven dibuka ini
   menyebabkan pastri boleh mengempis dan tidak
   naik.)
Inti Krim Kastard:
30 gm tepung kastad
30 gm tepung jagung
50 gm susu tepung
450 gm air
100 gm gula
10 gm majerin
Cara:
1. Bancuh susu tepung dan air.
2. Campurkan tepung kastad dan tepung jagung
   dengan 80 % bancuhan susu.(Tinggalkan 20% 
   bancuhan susu).
3. Panaskan bancuhan 80% susu, bersama gula.
4. Selepas itu bancuhan tersebut campurkan 
   dengan bancuhan susu yang tinggal 20% tadi. 
5. Kacau sebati campuran tersebut dan tuang semula 
   ke dalam periuk.
6. Masak hingga pekat. 

Friday, May 24, 2013

Sirap Selasih Soda

Musim panas..nampak air berais....mak oii..sedapppnyerr!
Walaupun sebenarnya ais tak elok untuk badan...

Sirap Selasih Soda - Amy
Bahan-bahannya:-
3 sudu kecil perisa syrup
1/2 liter air panas
1 /2 liter air suam
5 sudu kecil gula pasir
½ paket biji selasih – direndam hingga kembang
Air soda – sedikit sahaja
Ais secukupnya

Cara:-
1.Cairkan gula bersama air panas, masukkan sirap.
2.Masukkan air panas yang telah dibancuh dengan gula
  dan juga air suam ke dalam jug.
3.Masukkan biji selasih, air soda dan ketulan ais.
4.Kacau rata dan sedia untuk dihidangkan.



Rendang Kerang


Dah jemu masak lauk ayam dan daging, masak rendang
kerang...resepi yang saya rasa semua orang tahu.

Rendang Kerang 
Bahan

1 kg kerang - rebus dan ambil isi
2 cawan santan pekat-
2 sudu besar kerisik
2 helai daun limau purut  - dihiris halus
1 helai daun kunyit – dihiris halus
5 sudu besar cili kering yang telah dikisar
garam dan gula secukup rasa
minyak masak
Bahan kisar
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar
    sehingga naik bau wangi.
2. Masukkan cili kisar tumis hingga garing.
3. Masukkan santan, garam dan gula secukupnya.
4. Kacau sekali sekala dan biarkan sampai naik
   minyak dan agak kering.
5. Masukkan isi kerang, kerisik, hirisan daun limau
   dan daun kunyit.
6.
Angkat dan hidangkan.

Thursday, May 23, 2013

Coleslaw - Cara Yang Betul...


Cara yang betul supaya coleslaw buatan sendiri tidak
berair, adalah dengan membiarkan campuran sayuran
tersebut selama 2 jam, sebelum digaul dengan sos dressing.

Coleslaw- Amy
Bahan-bahan:-
1/2 biji kobis manis - hiris halus-halus
1 batang lobak merah - parut halus

Bahan gaul:-
2 sudu besar cuka
2 sudu besar gula
Sos Coleslaw Dressing

Cara:
1.Kobis dan lobak merah yang telah dihiris,
  digaulkan dengan cuka dan gula.
2.Ketepikan dan biarkan selama 2 jam.
3.Selepas 2 jam, toskan air yang keluar
  dari sayuran tadi.
4.Gaul sayuran tadi dengan sos coleslaw.
5.Sejukkan terlebih dahulu sebelum dihidangkan.


Fish N Chip

Entry masakan bila tak ada mood nak masak nasi..
Fish & Chip - Amy

Bahan-bahan :
2 keping ikan dowry (fish fillet)
1 sudu makan jus lemon
2 biji telur
1 sudu teh serbuk lada sulah
secubit garam
½ cawan serbuk roti (bread crumb)
Minyak secukupnya
Bahan Hidangan Sampingan:
200 gm jejari kentang – Goreng
Coleslaw

Cara-cara memasaknya:
1.  Bersihkan dowry fish fillet dengan jus lemon.
   (untuk hilangkan bau)
2.  Pukul telur bersama lada sulah dan garam.
3.  Celupkan dowry fish fillet ke dalam telur.
4.  Kemudian celupkan @ ratakan bread crumb
   pada dowry fish fillet.
5.  Panaskan minyak dan gorengkan fillet ikan 
   sehingga kuning keperangan.
6.  Hidangkan mengikut citarasa masing-masing...


Wednesday, May 22, 2013

Sambal Tumis Udang


SAMBAL TUMIS UDANG - Amy 
Bahan
1 kg udang kelabu
1 labu bawang besar [mayang]
2 s/b air asam jawa
minyak masak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar
20 biji cili kering
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 cm belacan [jika suka]

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar 
   sehingga wangi dan garing.
2. Masukkan air asam, garam dan gula. Kacau rata.
3. Masakkan sehingga pekat dan naik minyak.
4. Masukkan udang dan bawang besar.
5. Masakan sehingga udang membulat (tanda masak).
6. Angkat dan hidangkan.



Mee Hoon Cili Padi


Dah lama tak masak Mee hoon, kali ni bila masak buat yang
pedas....

Mee Hoon Cili Padi - Amy

Bahan-bahan:
1 paket mee hoon-direndam hingga lembut dan toskan
1 mangkuk kecil udang basah sederhana besar
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
15 tangkai cili padi*
2 sudu besar udang kering*
-(bahan bertanda *dikisar bersama)
1 keping fish cake
10 biji fish Ball
10 tangkai cili kering yang dikisar
1 sudu besar tauchu masin
2 -3 tangkai sayur sawi
1 batang karrot
1 mangkuk kecil tauge

Cara Memasaknya:

1.Tumis bawang merah,putih,udang dan cili kering 
   sehingga wangi,
2.Masukkan cili kering sehingga naik bau.
3.Kemudian masukkan udang basah,fish cake,fish ball 
   sehingga empuk.
4.Masukkan garam secukup rasa.
5.Masukkan mee hoon yang sudah di toskan.
6.Masukkan pula tauchu masin.
7.Kemudian masukkan sayur-sayuran dan gaul rata.
8. Hidangkan panas-panas.



Tuesday, May 21, 2013

Bila Perasan Diri Tu Hebat!!!!!.....



Tup…tup ada hamba Allah tu kata :
Kalau tak mahu terima Sistem Pilihanraya,
Boleh hijrah keluar dari Malaysia! Aikk dia tuan 
empunya bumi ka??? Baru dapat kuasa, dah rasa 
diri tu besar sangat….sedangkan Malaysia ni.. 
berapa % (persen) la sangat..kat muka bumi ni. 
Hmmm..sendiri mau ingatlah.!!!


Duk kata rasis sana…rasis sini…Takkan lah rakyat
tak boleh nak menunjukkan rasa hati mereka???
Siapa yang mereka suka?, siapa yang mereka pilih?
Siapa sebenar yang rasis?, siap ada persoalan lagi,
"Apa lagi Cina Mahu". Tak habis-habis dengan
budaya rasis.Masyarakat Cina adalah masyarakat
yang terbuka, sejarah China sendiri membuktikan
sedemikian rupa.Mereka bukan sahaja bijak dalam
ekonomi tapi juga bijak dalam politik.Kenapa tidak
berbaik sangka?


Bila diamalkan dasar pecah dan perintah yang asasnya
dari zaman British tu maka semangat kaum dijadikan
kriteria untuk menang dan kekal berkuasa?.Guna emosi 
dan sentimen semangat bangsa. Sampai bila?Bersaing 
dan bertanding secara adil itu penting, INTEGRITI
SANGAT PENTING.Apatah lagi pertandingan besar untuk
MENGURUSKAN NEGARA. Tapi apa yang SPR buat?
Balik-balik SPR cakap "kami tulus, tak ada penipuan."
Dengan muka yang tersangatlah poyo dan tersengih-
sengih macam @#%*$#@$%&#!!!!

Jika diukur pencapaian, sejak merdeka sehingga kini 
hampir 60 tahun.Dalam menyaingi negara-negara 
jiran dari segi ekonomi pun Malaysia alah. Zaman 
70-80an Singapura, Korea Selatan, lebih rendah 
pendapatan perkapitanya…apatah lagi negara mereka 
tak ada hasil bumi berbanding dengan negara kita.
Apa yang tak ada Allah beri kat Malaysia ni….....
nak minyak, gas, bijih timah, getah, kelapa sawit, 
emas pun ada..kenapa dengan hasil bumi yang mewah, 
rakyatnya berpendapatan rendah?
Islam tak ajar umatnya untuk menipu dan main kotor...

~Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua 
sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan 
kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan 
sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu 
mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. 
Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana 
sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah 
kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan 
mendalam akan apa yang kamu lakukan… (Al-Maaidah 5:8)

Sunday, May 19, 2013

Senyum Dan Ketawa Untuk Hilangkan Rasa Kecewa....

Ala..la..la tomeinya!!!!

senyum dan ketawa adalah ubat mujarab
untuk gundah gulana, untuk rasa kecewa
senyum ketawa masih lagi percuma
dan belum diwajibkan berlesen
jadi.....marilah kita senyum dan ketawa
sebelum senyum, ketawa dikenakan cukai GST.
muehehehe...hik..hik..hik...kah..kah..kah!!!!!

Hantu pun mengaku...wa ka ka ka!!!

Ai sey men#@*...!!!!!

Ini kes, sendiri mau ingatlah...!!

Lex lu....!!!!
Rasa kecewa yang tak dapat diucapkan dengan kata-kata...
harga kereta tak turun...huwaaa!!!




Thursday, May 16, 2013

Nasi Tomato Segar


Nasi Tomato Segar - Amy

Bahan-bahan:
2 cawan beras basmathi
2 cawan air
½ cawan susu cair
2 biji tomato segar dicincang
1 labu bawang besar – di mayang

Bahan Tumis:-
2 ulas bawang putih*
3 ulas bawang merah*
½ inci halia* (bahan bertanda* dikisar)
2 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
 
2 kuntum bunga cengkih
2 sm kulit kayu manis
2 helai daun pandan - disimpul
2 sudu besar minyak sapi

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak sapi, tumis bawang besar kemudian
    tumiskan semua bahan kisar dan bahan tumis yang lain
    sehingga bau wangi. 
2. Apabila naik baunya masukkan tomato cincang dan garam.
    Kemudian masukkan air, susu cair dan beras gaul rata. 
    Biar mendidih.
3. Angkat hasil tumisan masuk dalam periuk  nasi dan biarkan 
    hingga masak.
4. Apabila  nasi kering kacau nasi perlahan-lahan guna garfu
    atau senduk kayu perlahan-lahan.
5. Hiaskan dengan bawang goreng, daun bawang ataupun 
    kismis.

*  Selalu orang buat Nasi Tomato guna paste tomato puri.
   Tapi kali ini saya masak guna buah tomato segar.Oleh kerana 
   stok daun bawang, kismis dah habis, saya hias dengan 
   bawang goreng buatan sendiri.

Rendang Ayam Pedas/Cili Padi

Rendang Ayam Pedas – Amy.

Bahan-bahan:
1 ekor ayam – dipotong sederhana
3 cawan santan
2 sudu besar kerisek
1 helai daun kunyit (dimayang halus)
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air asam jawa
3 kuntum bunga lawang
3 sm kulit kayu manis
3 biji buah pelaga

Bahan dikisar:
15 biji cili padi,
10 biji cili merah
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 batang serai
1 /2 inci kunyit
1 /2 inci halia
1 /2 inci lengkuas
2 sudu besar ketumbar biji
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar sehingga 
    naik bau dan garing.
2. Setelah itu masukkan ayam, santan dan biarkan ia 
    sehingga agak empuk.
3. Masukkan daun kunyit, kerisik, air asam dan garam,gula 
    secukup rasa.
4. Biarkan sehingga agak kering baru diangkat dan 
    dihidangkan.

Happy Teacher 's Day!!!!



They say that  ….
“Experience is the Best Teacher,”
But for us  ……
“Having you as our teacher
is The Best Experience .”


Business Minded vs Akhirat Minded.


"If you can't buy the bread take it for free"

Jika anda tidak mampu beli roti, sila ambil secara 
percuma. Masya Allah!!!Itu yang berlaku di Arab Saudi.
Rezeki tak pernah kurang, Allah tambah lagi...orang kita 
di sini ada yang dah kaya raya, takut hilang kuasa hilang 
rezeki. Menipu lagi untuk kekal kaya raya kekal kuasa.

Allah berfirman;
“Orang-orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah, 
Allah akan berikan rezeki dari sumber yang tidak diduga duga.”
(QS 65:3) 
Sumber:-di sini

Sambal Goreng Jawa

Makan lauk ni dirumah kakak di Klang, kalau datang
hari Sabtu atau Ahad selalu ada lauk ni atas meja, kakak
kata.."tu lauk orang kenduri"...ialah dia beli tanah dan 
buat rumah disana, dimana majoritinya adalah orang 
Jawa.Teringin nak makan lauk ni, jadi saya kenalah buat 
sendiri.
SAMBAL GORENG JAWA – AMY
Bahan Kisar:-
6 ulas bawang merah
5 bawang putih
1 inci halia,
1 batang serai
2 sudu besar cili kering (cili boh)
½ cawan ikan bilis/udang kering

Bahan lain:-
1 cwn santan pekat,
2 sudu besar kicap manis 
1 sudu besar air asam jawa
garam, gula secukup rasa
Bahan untuk di goreng
5 keping pedal ayam (rebus dulu)
5 keping hati ayam (rebus dulu)
2 kpg tempe
2 kpg tauhu
-  Semua ini dipotong dadu.
100 gm udang

Bahan campuran lain:-
3 lembar kacang panjang – potong menyerong
2 biji kentang – potong kecil dan goreng
3 keping fucuk (tauhu kering) – direndam sekejap
secekak soon - direndam
1 biji cili merah, 1 biji cili hijau (optional)

Cara- cara :
1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau wangi.
   Masukkan cili kisar tumis sehingga garing.
2. Masukkan bahan-bahan yang telah digoreng,
   kacang , cili hiris, soon, fucuk kacau rata.
3. Masukkan kicap,garam, gula dan santan,
   baru masukkan udang. Gaul sebati.
4. Masak hingga kering, angkat dan tutup api.

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails