Asyik buat nasi lemak biasa, sesekali tukar pula...tukar
warna dan sedikit rasa...sebab buh halba dan serai ketuk.
Nasi lemak Lemak Hijau @ Pandan
Bahan-Bahannya
:-)
2
cawan beras Basmathi-
(cuci dan rendam 20 minit. Toskan)
1
cawan santan
1
cawan air daun pandan(*1 cawan air campur 6 helai
daun
pandan dikisar halus)
1
cawan air
1
batang serai, diketuk
1
helai daun pandan, disimpul
1
inci halia, diketuk
2
ulas bawang putih, diketuk
5
biji bawang merah kecil, dihiris halus
1 sudu teh halba
Sedikit
garam
Bahan
Sampingan :-)
Sambal
ikan bilis/sambal tumis udang/Sambal Sotong
Hirisan
timun / Sayur kangkung celur /tumis
Ikan
bilis /ayam goreng
Telur
dadar/ Telur Mata
Kacang
tanah goreng
Cara
membuatnya :-)
1. Masukkan beras yang ditoskan tadi dalam rice
cooker. Tuang air daun pandan, santan dan
masukkan daun pandan yang disimpul.
2. Masukkan bawang kecil hiris, bawang putih
ketuk, halba, halia dan serai ketuk tadi.
3. Masukkan garam dan masak
seperti biasa,
biarkan mendidih.
4. Bila nasi masak,kacau nasi menggunakan
chopstick ataupun garpu
supaya nasi tidak patah.
5.
Boleh dihidangkan bersama bahan-bahan
sampingan sebelum dihidang.
No comments:
Post a Comment