Pages

Friday, August 31, 2012

Biskut Badam Rangup


Biskut Rangup Badam – Amy - Koleksi 80an

Bahan-Bahannya:-
150 g mentega
20g lelemak sayuran (Crisco)
200 g gula aising
4  biji kuning telur
1 camca teh esen vanilla
285 g tepung gandum
170 g tepung jagung cap kupu-kupu ( dalam tin)
140 g serbuk badam

Untuk Hiasan:-
½ cawan hirisan badam
Kuning telur untuk sapuan

Cara membuatnya:-
1.    Pukul mentega dan gula aising hingga berkrim.
      Masukkan telur dan esen vanilla. Terus memukul
      hingga gebu.
2.   Sementara itu gaul serbuk badam bersama tepung
      yang telah diayak,kemudian masukkan tepung tadi
      sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega,
      sebatikan.
3.   Bentukkan adunan, terap dengan acuan kegemaran
      dan hias dengan hirisan badam dan sapu dengan kuning telur.
4.   Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu
      150C selama 12-15 minit. Ikut oven masing-masing.
5.   Sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam
      bekas kedap udara...
   



Mihun Soto


MIHUN SOTO - Amy

Bahan-bahannya:-
1 ekor ayam
Bahan kisar:-
18 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
½ sudu  teh jintan manis
½ sudu teh jintan putih
½ sudu teh ketumbar
Bahan utk tumis:-
5 cm kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
2 inci halia di mayang
Bahan untuk hiasan:-
200 gm kacang tanah digoreng dengan minyak
Soo hoon digoreng
Tauge dicelur
Daun sup dan daun bawang (dimayang)
Bawang goreng
Nasi himpit
Mihun di celur
Sambal kicap cili api
Pegedil kentang* (resepi bhg lauk daging)
Untuk kuah kicap:-
15 biji cili api*  (ditumbuk 90 % lumat)
3 ulas bawang putih*
1 sudu makan gula
1 sudu makan cuka (boleh ganti perahan limau)
2 sudu makan kicap
(Kesemua bahan digaul dalam mangkuk kecil)

Cara :-
1.      Ayam direbus hingga empuk, bila sudah sejuk, digoreng sebentar, kemudian disiat-siat hingga menjadi kepingan halus.
2.    Air rebusan ayam disimpan untuk kuah.
3.   Bahan yang dikisar, rempah 3 sekawan dan halia masuk dalam periuk.
4.    Masuk air rebusan ayam tadi, tambah air 2 cawan, bubuh garam, biar sampai mendidih.

Cara menghidang:-

1. Potong nasi himpit, bahan-bahan untuk hiasan, kuah soto dan hidang.



Merdeka!!!Merdeka!!!Merdeka!!!!


Malam ni malam 31 Ogos…Malam Merdeka…
Terus terang dari saya kecil sampailah sekarang
tak pernah pun pergi untuk sambut malam Merdeka
Biarlah orang nak buat “count down”…..10..9…
8…sampailah…bunga api meletup-letup
tak pernah tengok secara berdepan…..
kalau adapun tengok kat tv…

Kena pula ada satu tahun tu terdengar tazkirah
kat radio pasal sambutan tahun baru….
Ustaz tu kata…kalau setakat pergi nak
menghabiskan masa…bercampur gaul,
berhimpit-himpit dengan yang bukan muhrim
tak payahlah pergi….elok-elok dosa tu kurang
pergi tambah dosa lak pulak….aduhhhh!!!!!

Jadi sampai dah ada anak ni, tak pernah pun
pergi Hari Merdeka…….
yang pasti….CUTI!!!!!Yeahhhhhh……
Selamat Hari Merdeka dan Bercuti……..!!!!!


Wednesday, August 29, 2012

Hiasan Rumah 2012



Hiasan Rumah 2012
Tak perlu membazir….Cuma ubah suai apa yang patut
Bunga-bunga lama( ada jambangan bunga(bukan bunga hidup)
yang saya guna dan hias di pejabat dulu, dan kalau nak tahu, 
saya pernah menghias kat pejabat,tempat duduk saya (kubikel) 
dengan pokok bunga hidup, juga batu-batu sungai dan
pagar-pagar hiasan, satu-satunya tempat duduk yang ada landskap
juga bela ikan kecil-kecil (tapi, bela ikan ada 2 orang, saya 
dan sorang lagi rakan pejabat)
Pasal apa saya boleh buat landskap kat tempat duduk, sebab kubikel 
saya paling hujung tepi dinding cermin mengadap Bangunan 
Maju Junction, jadi setiap pagi bila saya menyirap pokok-pokok 
bunga dan bagi ikan makan,saya menyiram sambil mencuci mata 
melihat orang bersenam di Gym Maju Junction...ha..ha..ha - 
itu masa kat Cawangan Arkitek) 
Bila duduk di Bahagian Korporat, saya sorang yang menghias 
dinding dengan keychains dan gambar pemandangan juga cenderahati 
luar negara yang saya kumpul....nak buat landskap dah tak boleh
sebab kubikel saya tepi laluan pintu-pintu boss (PTD bujang-bujang).
Ha..ha..ha ...sempat cerita kisah lama lak pulak....ok sambung 
pasal hiasan....Jadi bunga-bunga tu.... di cuci dan jemur, lepas tu 
hiaslah,dan cenderahati dari luar negara yang  saya simpan tu......
saya buat perhiasan… sarung kusyen guna aje yang dah lama bersimpan…he..he..he..tak usah pening-pening dan keluarkan duit…
jangan ikutkan hati…nanti mati…jangan ikutkan rasa nanti binasa……
kalau keluar duit untuk bersedekah itu lebih baik…..





















Kalau saya ada simpan lagi gambar hiasan di pejabat dulu..Insya Allah saya akan masukkan di blog ni…..



Tuesday, August 28, 2012

Biskut Bebola Salji


Bebola Salji @ BiskutArab - Koleksi Amy 80an 
Resepi asal -Chef Zaidah 


Bahan-bahannya:-

3 cawan tepung gandum
1 ½ cawan minyak sapi
1 sudu teh esen vanila
1 cawan gula aising
1 biji telur
Sedikit garam

Cara :-

1.  Gaulkan tepung dengan minyak sapi, garam, telur & esen vanila.
2.  Uli hingga lembut, kemudian ambil adunan sedikit-sedikit,
     dibentuk seperti guli.
3.  Atur di dalam dulang & bakar. Sejukkan 5 minit gaul dengan
     gula aising.

Monday, August 27, 2012

Biskut Kelapa Cornflakes


Biskut Kelapa Cornflakes - Amy
Resepi asal Chef Ismail

Bahan-bahannya:
A
270 gm tepung gandum
2 cwn cornflakes dikisar halus
50gm kelapa parut kering
B
125gm mentega
100gm lelemak – (shortening)
100gm gula kastor
1 ½ camca teh esen vanilla
Hiasan:
Kelapa parut kering
Ceri hijau – dipotong halus

Cara:
1.      Ayak tepung, masukkan corn flakes dan kelapa,
        gaul dan ketepikan.
2.     Krim bahan B hingga ringan dan kembang.
3.     Campurkan bahan A ke dalam bahan B, kaup balikkan.
        Gaul hingga menjadi doh yang lembut.
4.     Ambil satu camca the adunan dan bulatkan menjadi
        bebola dan sadurkan dengan kelapa.
5.     Tekan perlahan di tengah bebola, guna hujung garpu,
        dan letak potongan ceri ditengahnya.
6.     Letak di dalam dulang pembakar yang telah dilenser,
        jarakkan biskut untuk mengembang.
7.     Bakar dalam ketuhar yang bersuhu 180’C
        selama 15-20 minit atau hingga kekuningan
  

Biskut Buah-buahan

Biskut yang rangup dan enak, terutama kepada yang suka pada pada
buah-buahan campuran yang selalu di buat untuk Kek Buah.
BISKUT BUAH-BUAHAN – Koleksi Amy 80an

Bahan-bahannya:-
Buah-buahan campur
2 cawan majerin
1 ½ cawan gula halus
2 cawan tpg gandum
2 cawan tpg jagung
2 biji kuning telur
Sedikit esen vanilla
Sedikit baking powder

Cara :-

1.  Pukul gula & mentega hingga kembang dan ringan.
2.  Masukkan kuning telur & kacau rata.
3.  Masukkan buah-buahan, tepung, esen vanilla, 
     baking powder, canai.
4.  Terap @ buat bulat-bulat sahaja, bakar dalam 
     bekas dulang yang di sapu majerin.
5.  Masak, sejukkan barulah disimpan.


Friday, August 24, 2012

Selamat Pengantin Baru Ustaz Don!!!!!



Pernikahan Ustaz Don Daniyal dan Husna Zahry Rafie

Ustaz Don - pengacara program 30 Minit Ustaz Don,
selamat di ijabkabulkan di Pulau Pinang, dengan
wanita pilihannya, Husna Zahry Rafie. Husna seorang penuntut  tahun kelima jurusan perubatan di Universiti Kaherah, Mesir.
Tahniah Ustaz Don dan Isteri!!!!! Semuga kekal hingga ke Syurga…..Aminnnnnn!!!!!!!!.....


Wednesday, August 22, 2012

Puasa Enam di Bulan Syawal



Bahang bulan Syawal dan Aidilfitri masih lagi terasa akan 
nikmat dan kesyukurannya dalam kita meraikannya dengan 
bermaaf-maafan serta berkunjung mesra kerumah sanak dan 
saudara. Dalam usaha meningkatkan amalan sunat yang 
berterusan yang baik serta disukai oleh Allah S.W.T selepas 
Ramadhan, umat Islam sangat digalakkan tetapi tidak dipaksa 
untuk terus ibadah puasa sunat pada Syawal (lebih dikenali 
sebagai puasa enam).

Bagi mereka yang ingin memulakan puasa enam pada bila-
bila masa dalam bulan syawal masih tidak terlewat untuk 
melaksanakan amalan sunat itu selagi kita semua masih lagi 
berada di dalam bulan Syawal. Banyak hikmah atau rahsia 
puasa enam hari pada bulan Syawal adalah untuk mendidik 
kesabaran insan, sekali gus tidak menjadikan Hari Raya 
sebagai tempoh untuk membalas dendam iaitu dengan 
mengambil pelbagai makanan lazat yang terhidang sepuas-
puasnya selepas sebulan berpuasa.Ia juga akan memberi 
kesempatan kepada tubuh badan kita untuk menyesuaikan 
diri sesudah dilatih sebulan penuh menahan lapar dan dahaga.

Kelebihan orang yang melakukan ibadat ini diterangkan 
dalam sebuah hadith daripada Abu Ayub al-Ansari bahawa 
Rasulullah saw bersabda, yang bermaksud:

“Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian mengiringinya 
dengan puasa enam hari pada Syawal, adalah puasanya itu 
seperti puasa sepanjang masa.” – (Hadith Riwayat Muslim)

Hadith itu menjelaskan jika kita berpuasa pada Ramadhan 
dan diikuti pula dengan puasa sunat enam pada Syawal, 
seolah-olah kita berpuasa sepanjang masa, iaitu selama 
satu tahun. Justeru,umat Islam perlu merebut peluang 
ini kerana kelaziman amalan sunat dilakukan bertujuan 
menampal sebarang amalan yang berkurangan atau cacat 
dalam amalan fardhu.

Barangkali ada kemungkinan amalan puasa kita pada 
Ramadhan berkurangan atau pun cacat sedikit, maka 
puasa enam Syawal adalah sebagai penampal terhadap 
kekurangan atau kecacatan itu. Bagi wanita yang tidak 
dapat berpuasa penuh pada Ramadhan, maka puasa enam 
memberi peluang yang baik kepada mereka untuk 
menggantikannya di samping mendapat pahala puasa sunat.

Pelbagai ganjaran dan kelebihan yang diperoleh umat 
Islam jika mereka merebut peluang melaksanakan puasa 
enam pada Syawal ini. Imam Ahmad dan An-Nasa’i, 
meriwayatkan daripada Tsauban, Rasulullah SAW, bersabda 
yang bermaksud:

“Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) 
10 bulan sedangkan puasa enam hari (pada Syawal, pahalanya) 
sebanding dengan (puasa) dua bulan, maka itulah bagaikan 
berpuasa selama setahun penuh.” – (Hadith riwayat Ibnu 
Khuzaimah & Ibnu Hibban)

Daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda, 
yang bermaksud:

“Siapa berpuasa Ramadhan, lantas disambung dengan 
enam hari pada Syawal, maka dia bagaikan berpuasa selama 
setahun.” – (Hadith riwayat Al-Bazzar).

Pahala puasa Ramadhan yang dilanjutkan menyamai pahala 
puasa satu tahun penuh. Ini kerana setiap hasanah (kebaikan) 
diberi ganjaran 10 kali ganda, seperti disentuh dalam hadith.
Membiasakan puasa selepas Ramadhan memiliki banyak manfaat, 
di antaranya:

•      Puasa enam hari pada bulan Syawal adalah pelengkap 
        dan penyempurnaan pahala daripada puasa setahun penuh.

•      Puasa Syawal dan Sya’aban bagaikan solat sunat rawatib, 
        dan berfungsi sebagai penyempurnaan daripada sebarang 
        kekurangan. Perkara ini kerana pada hari qiamat, 
        perbuatan fardhu akan disempurnakan (dilengkapi) 
        dengan perbuatan sunat.

•      Seperti keterangan Rasulullah SAW dalam beberapa 
        riwayat,majoriti puasa fardhu yang dilakukan Muslimin 
        memiliki kekurangan dan ketidaksempurnaan dan 
        keadaan ini memerlukan sesuatu bagi menutup dan 
        menyempurnakannya.

 Bagi saya segala amalan yang dikerjakan oleh seseorang 
 hamba  untuk mendekatkan diri dan tawaduk serta berserah 
 kepada Allah SWT pada Ramadhan tidak akan terputus dengan  
 berlalunya bulan Ramadhan yang mulia ini. Pada rakan-rakan 
 ambilah peluang selagi mampu, kerana kita semua telah 
 di tinggalkan Ramadhan. Kita sendiri tidak tahu apa kita 
 masih lagi diberi peluang untuk bertemu dengan Ramdhan 
 dan syawal akan datang. akhir kata dari saya beramalah 
 selagi mampu dan SELAMAT BERPUASA ENAM.

 Sumber: di sini


Saturday, August 18, 2012

Tujuh Amalan Yang Patut Dihindar Ketika Berhari Raya




Kita kini telah tiba di penghujung Ramadhan dan esok hari  Insya Allah umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Eidul Fitri. Tidak salah sekiranya kita meraikan kemenangan kita berperang dengan 
hawa nafsu di dalam bulan Ramadhan dengan berhari raya menyambut kedatangan Syawal sebagai  tanda bahawa kita sudah berjaya memfitrahkan diri kita kerana Aidil Fitri itu sendiri bermaksud kita ‘kembali kepada Fitrah’.

Fitrah juga bermaksud tabiat semula jadi. Maksudnya orang-orang Islam setelah menjalani ibadah puasa selama sebulan disertai dengan ibadah-ibadah lainnya seperti solat Tarawih , bertadarus al-Quran, Qiyamullail, bersedekah dan sebagainya ibarat telah meleburkan dan membersihkan segala dosa sehingga keadaan diri mereka seolah-olah kembali seperti bayi yang baru dilahirkan.

Setiap individu Muslim dan Muslimah wajib menilai segala aktiviti yang telah berjalan selama ini, yang sesetengahnya telah menjadi 'budaya' termasuk bentuk acara menyambut Eidul Fitri. Ciri-ciri yang diambil dari budaya luar Islam atau warisan budaya asing, yang tidak sesuai dengan aqidah dan syari'ah Islam hendaklah ditinggalkan.

1.   Jangan jadikan sambutan Hari Raya sebagai alasan untuk 
kita membazir dengan membeli pelbagai barang keperluan 
Hari Raya seperti perabut atau perhiasan rumah demi untuk 
bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk. Kita boleh menyediakan makanan, juadah dan kuih-muih untuk Hari Raya tetapi hendaklah dalam bentuk sederhana dan mestilah sesuai dengan ekonomi keluarga.

2.   Jangan jadikan alasan berhari raya untuk kita mudah menghulurkan tangan bersalaman dengan semua orang ketika ziarah menziarahi. Ingatlah bahawa hukumnya haram bersalaman antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim walaupun orang yang kita bersalaman itu dianggap seperti saudara kandung sendiri.

3.   Ada yang sanggup bersusah payah untuk pergi ke masjid untuk menunaikan solat sunat Hari Raya sedangkan solat yang fardhu langsung tidak ditunaikan. Mana satukah yang wajib dilakukan?

4.   Memang tidak dinafikan bahawa dalam bulan Syawal nanti 
pasti akan ada banyak Rumah Terbuka. Makanlah sekadar yang 
mampu dan janganlah sehingga sampai membawa mudharat 
kepada diri sendiri akibat terlebih makan.

5.   Amalan bermaaf-maafan bukanlah hanya esklusif kepada 
Hari Raya sahaja. Ia seharusnya diperluaskan kepada setiap 
masa kerana bermaaf-maafan ini adalah satu amlan yang 
amat dituntut agama. Amalan meminta maaf juga perlulah 
dilakukan dengan segera apabila kita terasa telah melakukan 
kesilapan serta kesalahan pada orang lain.

6.   Selalunya semasa Hari Rayalah pelbagai rancangan 
hiburan akan ditayangkan di kaca TV dan ramai yang 
'melekat' di rumah tanpa pergi ziarah-menziarahi sanak 
saudara dan sahabat handai. Amalan ziarah- menziarahi 
orang tua, sandara-mara, kaum kerabat, orang-orang 
yang berjasa kepada kita seperti para guru dan sabahat 
handai ini sebenarnya tidak terbatas sempena Hari Raya 
sahaja, tetapi perlu dilakukan pada hari dan bulan lain 
yang sesuai dari semasa ke semasa, sebagaimana sabda 
Rasullullah s.a.w.yang bermaksud : " Ziarahilah saudara 
mara kamu dari masa ke masa kerana ia boleh menambahkan 
kasih sayang."  Lebih-lebih lagi menziarahi ibu bapa kita, 
hendaklah dilakukan lebih kerap dan janganlah menunggu 
Hari Raya sahaja.

7.   Janganlah pula kita asyik berhari raya sepanjang bulan 
Syawal sehinggakan kita terlupa untuk menunaikan ibadah 
sunat berpuasa 6 hari di dalam bulan Syawal  kerana besar 
fadhilatnya sepertimana hadis dari Nabi Muhammad SAW 
yang bermaksud “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan , 
kemudian diikuti dengan 6 hari daripada Syawal, adalah 
seperti berpuasa setahun.”(Hadis riwayat Muslim).
Sumber: di sini

Diharap sambutan Hari Raya Eidul Fitri kita itu tidak 
melampaui batas dan janganlah pula kerana alasan nak 
menyambut Hari Raya , kita mengenepikan soal hukum 
hakam. Janganlah dijadikan Syawal itu merosakkan segala 
pahala yang telah dikumpul sepanjang bulan Ramadhan. 

Wallahu'alam....