Pages

Tuesday, March 6, 2012

Undang-undang dunia!!!! Hakim Syurga @ Hakim Neraka

Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud :
“Hakim ada tiga;

dua di antara mereka masuk neraka,
sedangkan satu diantara mereka masuk syurga.
Iaitu seorang lelaki yang mengetahui Al Haq,
lalu ia memutuskan perkara dengannya ( al haq),
maka ia masuk syurga.
Adapun lelaki yang mengetahui Al Haq,
tapi ia tidak memutuskan perkara dengannya,
maka ia masuk neraka.
Sedangkan seseorang yang tidak mengetahui al haq
lalu ia memutuskan perkara manusia dengan kebodohannya
maka ia juga masuk neraka.”
( Hadis Riwayat Abu Dawud, At Thawawi)
Kisah di bawah ini harus menjadi tauladan
 kepada penegak/pengamal undang-undang di Malaysia.

Seorang Hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.
Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.
Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.
”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.
Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil dan memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.
‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.
“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh” sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya. - sumber Kerengga.


*Kisah ini mengingatkan saya pada sebuah kejadian, seorang remaja dari utara, dihukum penjara 3 hari kerana tidak dapat mengikuti kursus PLKN, kerana mencari rezeki untuk menolong keluarganya yang miskin. Bila kisah ini menjadi "PANAS", Menteri Besarnya membayar denda bagi pihaknya dan remaja ini dapat keluar dari penjara.

*Persoalan yang bermain di minda adalah....jeng..jeng..jeng.....!!!
Ada tak anak-anak menteri dikerah mengikuti PLKN ini ?
Tak pernah pun dengar anak-anak menteri mengikuti PLKN...
sedangkan anak-anak VIP....yakni keluarga remaja yang mempunyai TITLE di depan, contohnya Dato' , Datuk......bila diarah mengikuti PLKN pun diasingkan Kem latihan mereka dari anak-anak orang biasa...itu baru anak-anak yang family mereka ada TITLE di depan.....KALAU anak-anak menteri ????


No comments:

Post a Comment