Pages

Friday, May 3, 2013

Amanah Dan Tanggungjawab...!!!



"Ya Allah Ya Tuhanku. Aku tak berdaya lagi untuk
 menjaga agamaMu di Kelantan dan di Malaysia kerana 
amat kuat serangan yang datang dengan pelbagai cara.

"Oleh itu aku minta kepada Mu pertahankan agamaMu 
sebagaimana Engkau pertahankan rumahMu dari serangan.

"Hancurkanlah mereka sebagaimana hancurnya 
tentera Abrahah seperti daun kayu dimakan ulat," 
kata Tuan Guru Nik Aziz dalam doa itu.

Saya terlalu sebak, dan menitiskan air mata kerana
doa ini, saya tidak tahu anda semua bagaimana, tapi
saya terasa seperti hati saya hancur luluh kerana doa 
yang dimunajatkan ini. Allah Hu Akbar...!!!!Semuga
Allah SWT memakbulkan doa dan mendengar munajat
kita semua.Amiin....Amiin....Amiin!!!!


Allah memilih umat Islam menjadi umat terbaik di sisi-Nya 
kerana mereka menyuruh yang makruf dan mencegah 
kemunkaran di samping mereka beriman kepada Allah. 
Hal ini dapat dirujuk melalui firman-Nya:

"Kalian (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat 
yang ditampilkan bagi (faedah) umat manusia umumnya, 
(kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik 
dan melarang segenap perkara yang salah (buruk dan keji), 
di samping kamu beriman kepada Allah (dengan keimanan 
yang sebenar). Dan seandainya Ahli Kitab (Yahudi dan 
Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah 
(iman) itu lebih baik untuk mereka. (Tetapi sayang) di antara 
mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang
-orang yang fasik." (Surah Ali-Imran : ayat 110)


No comments:

Post a Comment