Pages

Saturday, May 4, 2013

Apa Yang Kita Mahu Sebenarnya??? Jangan Ulangi Kesilapan Kali Ke 13!!!




“Peluang terletak di atas pengundi. Dia (pengundi) nak kekal 
dengan jahiliah ke hendak terima Islam. Kalau nak kekal 
jahiliah apa boleh buat. Sekarang ada dua.... ada jahiliah, 
ada Islam... tolak jahiliah ambil Islam,itu yang betul dunia 
akhirat.”
 - TG Datuk Nik Aziz Nik Mat.

“Kalau dengan sumpah sahaja boleh membebaskan saya, 
saya pasti ramai orang yang mencuri, merogol dan membunuh 
akan mengangkat sumpah menafikan kesalahan mereka, 
ia adalah salah.Sepatutnya dibawa bicara di mahkamah syariah. 
Jadi adakah saya perlu mengikut nasihat ulama-ulama besar 
atau mereka yang minum dan memiliki saham dalam syarikat 
arak?"
- Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5%
daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam
kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang
dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-
kontrektornya". –
Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Buah ranum pada tangkai; bahasa gugur dari hati,
sekali janji, sekali nafi; sekali pancang, sekali pincang,
iktibar apakah semua ini?
Lalu pemimpin angkuh berkata …Aku apa peduli,
kalaupun Shakespear turun ke bumi! Jangan berikan undi,
pada mereka yang menghina bahasa sendiri.
Jangan diundi pemimpin yang …bertelinga satu, berlidah dua.
– Datuk A. Samad Said.

Negara memiliki 3 juta hektar Rizab Tanah Melayu pada 
tahun 1957. Pada tahun 1995, Rizab Tanah Melayu hanya 
tinggal 1.7 juta hektar.[ 1.3 juta hektar atau 43 % Rizab 
Tanah Melayu hilang dalam tempoh 38 tahun] Kini, pada 
tahun 2012, agaknya berapa hektar lagi Rizab Tanah Melayu 
yang tinggal? Mengapa kerajaan UMNO dan BN yang 
diamanahkan memimpin dan mentadbirkan negara tidak 
menjaga dan memeliharanya.? Apakah rakyat masih tega
untuk menyerahkan amanah kepimpinan negara kepada 
mereka pada PRU 13 nanti ? 
- Nasrudin Hassan.

"Kuasa sebenarnya di negara ini sejak Merdeka adalah 
di tangan pemimpin Bumiputera. Oleh itu, janganlah kita 
persalahkan orang Cina atau parti politik berasaskan kaum 
Cina di atas kegagalan pemimpin kita sendiri untuk 
meletakkan kedudukan sosioekonomi Bumiputera pada 
tempat yang seadil dan sepatutnya. Kita telah diberi masa 
lebih 50 tahun untuk melaksanakan tanggungjawab ini"
- Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir


Sebagai rakyat biasa, pada saya tentulah saya nak kehidupan 
yang selesa, dan dalam waktu yang sama di redhoi oleh 
Allah SWT tuan empunya langit dan bumi.Saya bukan ahli 
mana-mana parti tapi sudah tentulah saya memihak kepada 
pemimpin yang taat dan mempertahankan agamaNya, dan 
pemimpin yang boleh memberi kesejahteraan kepada rakyat 
yang dipimpinnya.

Sebagai seorang bekas penjawat awam, banyak kisah yang saya
ketahui.Tambahan pula saya pernah bertugas di JPA Bahagian
Biasiswa,  di Jabatan Hal Ehwal Wanita, di JKR dan Kementerian
Kerja Raya.

Hanya orang yang tak nak ambil kisah...yang sikapnya "peduli
apa aku?"...atau pun "gua tak ambil pot"...atau pun dulu, kini
dan selamanya kaki membodek, yang akan membiarkan banyak
perkara tak betul atau salah laku berleluasa..."Janji dia tak 
kacau aku...ada aku kisah???" Pendirian sebeginilah yang 
merosakkan Perkhidamtan Awam...dia terlupa gaji bulanan 
yang diterimanya rakyat yang bayar.Takkanlah sekali seumur 
hidup tak bertanya pada diri sendiri..."Duit gaji aku ni 
halal ke?...aku bagi anak isteri aku makan halal ke? Kalau  
tak pernah menyoal diri sendiri maknanya tak takut pada 
Allah, tak takut pada balasan di akhirat.

Bila kita takut dengan Allah dengan balasan hari akhirat,
kita tidak akan membiarkan orang yang menjadi PEROMPAK 
BERLESEN menjadi ketua ataupun pemimpin.Caranya adalah 
membuat pilihan dengan nawaitu kerana Allah pada hari yang 
kita diberikan hak untuk memilih.Kalau kita pernah silap 
memilih, maka hari esuk 5.5.2013 jangan ulangi kesilapan 
itu lagi.

Untuk diri saya pula, saya sudah tetapkan pendirian untuk
memilih siapa jadi pemimpin untuk negara yang saya cintai 
ini sejak dari tahun 1998 lagi, dan Alhamdulillah..pendirian 
ini tidak pernah berganjak. Saya selalu berdoa semuga Allah 
tidak membolak-balikkan hati saya,diteguhkan pendirian 
dan dikuatkan iman.Amiiin.





Siapa yang tak nak harga barangan murah, kereta, rumah...
pelajaran anak-anak percuma, kalau tak nak harga 
barangan murah orang ramai tak menyibuk untuk pergi 
Shopping Kompleks bila ada SALE!!!!

Sebagai rakyat apa salahnya jika kita memberi ruang dan 
peluang untuk orang yang menjanjikan kebaikan untuk 
menjadi pemerintah.Bukankah sudah ada contohnya 
seperti Negeri Kelantan, Selangor,Penang dan Kedah. 

Sebagai warga Negeri Selangor, seronok apa bila bayar bil 
air  hanya RM 5 – RM 10 sahaja, anak-anak saudara yang 
masuk IPTA dapat RM 1000, 00, kakak saya warga emas 
dapat bantuan,malahan ibu tunggal pun dapat bantuan…
tak seronok ke tengok orang lain bahagia?.Hanya orang 
yang zalim pada dirinya sendiri malahan pada anak-anak 
keluarganya yang nak sangat mempertahankan pemerintah 
yang zalim, yang gila kuasa...gila harta, gila wang ringgit. 
Kalau boleh semua nak disapunya,dari harta benda sampai 
ke isteri orang.Nauzubillah!!!!


No comments:

Post a Comment