Pages

Sunday, May 26, 2013

Cream Puff - Hasil Tangan Iqa Najiha

Si Iqa balik bercuti..ini hasil tangannya.

Cream Puff - Iqa Najiha
Pastry choux (cream puff)
125g tepung gandum
10g gula kastor
3g garam
85g mentega
200ml air
4 biji telur

1. Panaskan oven 200 ° c.
2. Panaskan mentega dan air di dalam periuk
   sehingga mendidih.   
3. Sebaik sahaja mendidih, masukkan gula, garam
   dan tepung. Kacau dengan senduk kayu. Kacau
   sentiasa sehingga doh lekang dari sisi periuk dan 
   membentuk bebola doh yang licin.(Tidak melekat 
   diperiuk).
4. Pindahkan adunan doh ke dalam mangkuk adunan
   dan pukul dengan pengadun elektrik.(Pengadun
   elektrik kecil) Jika size pengadun besar doublekan
   resepi. Untuk suamkan doh yang panas tadi.
5. Setelah doh suam, masukkan telur satu demi satu
   pukul sehingga mendapat pes yang pekat dan
   melekit.
6. Masukkan adunan ke dalam beg paiping dan
   paipkan doh ke dulang pembakar yang dialas
   dengan kertas minyak. Jika tak alas, sapu dulang
   pembakar dengan majerin. Jarakkan antara
   bebola doh sebanyak 2 inci.
7. Renjiskan sedikit air ke atas kertas baking dan
   bebola pastri choux (ini menghasilkan stim dan
   menggalakkan pastri menaik).
8. Bakar dalam ketuhar pada 200°c selama 20
   minit atau sehingga pastri naik dan keemasan.
   Kurangkan suhu kepada 120°c dan bakar selama
   15-20 minit.

9. Setelah masak, sejukkn puff. Buat lubang kecil

   di bawah puff, atau di belah separuh puff,
   untuk di pipekan filling krim kastard atau
   krim pilihan mengikut citarasa sendiri.

   (Nota: Jangan sekali-kali membuka pintu ketuhar
   semasa pastri choux sedanag dibakar. Suhu yang
   tinggi menyebabkan pastri naik, manakala suhu
   rendah membuatkan pastri garing di luar dan
   berongga di dalam. Jika pintu oven dibuka ini
   menyebabkan pastri boleh mengempis dan tidak
   naik.)
Inti Krim Kastard:
30 gm tepung kastad
30 gm tepung jagung
50 gm susu tepung
450 gm air
100 gm gula
10 gm majerin
Cara:
1. Bancuh susu tepung dan air.
2. Campurkan tepung kastad dan tepung jagung
   dengan 80 % bancuhan susu.(Tinggalkan 20% 
   bancuhan susu).
3. Panaskan bancuhan 80% susu, bersama gula.
4. Selepas itu bancuhan tersebut campurkan 
   dengan bancuhan susu yang tinggal 20% tadi. 
5. Kacau sebati campuran tersebut dan tuang semula 
   ke dalam periuk.
6. Masak hingga pekat. 

No comments:

Post a Comment