Pages

Friday, August 30, 2013

Inilah Dia Kalau Pandai Tidak Boleh Di Ikut....


Bila idea merapu dan meraban ni di beri, adakah
TENDER BISNES yang difikirkan??? Kontrak besar
ni wehh!!! 28,000 jemaah haji Malaysia saja untuk
musim haji September/Oktober nanti. Boleh kaya!!!
Cuba fikir sapa akan dapat kontrak buat baju Melayu? 
Malaun mana dapat Kontrak supply sampin?
Lahanun mana pulak dapat kontrak supply songkok?
Itu belum lagi kontrak supply capal?  Kontrak butang
Baju Melayu…. (Mana butang baju aku Pah??? Cerita
P.Ramlee.. rupanya nak menikah lagi!!!!)

Ini bisness juta-juta, kalah bisness supply kurma
di bulan Ramadhan.Untung memang boleh untung maa!!!
Takkan asyik-asyik Al Baukari saja sapu semua…kasi
Kontrak sama EE laa atau OO laa…baru betul sedara…!!!

Bila melantik orang yang bukan ahlinya, jadi beginilah
sudahnya. Macamanalah orang tak pertikaikan 
perlantikan Pengeeroosi TH yang baru ni. Belum apa-
apa dah merapu meraban tahap gaban. Melantun-
lantun punya...Ini sudah terlebih Melayu!!!!

Nampak gayanya semua pakat-pakat belajar sampai SPM
ajelah gamaknya…sebab boleh jadi CEO. Gaji bukan seribu
dua ribu…ratus ribu tu wehh!!!!

Kalau idea inilah yang dia nak bawak dalam mengelola
Tabung Haji, habislah………. jadi tabung ayam ajelah
gamaknya….Bukan dia nak permudahkan urusan jemaah
haji tu…lagi menyusahkan adalah…..Kalau dah berbaju
Melayu…(Melayu lah sangattt) Kain ihram nak letak di
mana????

Antara pakai baju Melayu dengan pakai Jubah putih,
Jubah putih lagi dapat pahala …pakaian sunnah Nabi tuu
Apatah lagi kalau jubah putih tu dipakai pada hari
Jumaat…takkan itu pun tak tahu????? Susahlah jika
pandai tak boleh diikut…ayat seterusnya sambung sendiri
Wakakaka!!!






Wednesday, August 28, 2013

Hiasan Rumah 2013 - Ikut Saja Citarasa Anda.


Menghias rumah sebenarnya ikut cita rasa
masing-masing. Sebabnya minat manusia ni
tak sama. warna pilihan pun berbeza. Janji rumah
kemas, bersih dan sedap mata memandang, selesa 
untuk penghuni rumah. Tak kira rumah anda teres, 
flat, apartment maupun rumah sebuah ataupun 
rumah kampong.

Ada orang suka macam-macam warna, ada orang
suka warna senada, atau ada yang suka gabungan 
dua atau tiga warna. Ada yang suka bunga, ada yang 
suka lukisan ada yang suka kedua-dua, malah ada 
yang suka dengan barang antik dan ukiran.
Yang penting anda tak perlu membazir,untuk memenuhi
kehendak sewaktu menghias rumah. Kalau tiap-tiap
tahun tukar langsir tukar segala macam...mak oii yaii
botak kepala ...tak gitu???

Pentingkan yang lebih penting...kalau anak anda masih
kecil atau masih belajar, simpan duit untuk pelajaran
mereka. Simpanan waktu kecemasan juga perlu ada.
Jangan kerana nak menghias rumah...duit sampai pokai.
Tak perlulah begitu.

Ini gambar yang sempat dirakam....
Hiasan untuk rumah saya tahun ni. Penat oo..duk
menghias sorang-sorang...langsir pakai yang tahun 
lepas, bab langsir minta En.Hubby tolong...Bunga-bunga
celup air sabun, bilas air bersih jemur..kemudian dah
kering hias balik. Cuma warna dinding ditukar dan
dicat oleh En.Hubby dari masa bulan Mei sampai Jun.
Pasal apa lama, mengecat hanya hari Sabtu atau Ahad.
Saya pilih cat minyak ICI...promote jangan tak promote
ekekeke!!!!















 
Hiasan untuk rumah Apartment. Rumah 3 bilik milik
abang yang duduk Rawang. Walaupun tidak luas, tapi 
susun aturnya sangat kemas. Abang saya ni, memang 
seorang yang sangat pembersih. Gambar dirakam 
sewaktu nak balik (baru teringat), dapurnya baru 
lepas digunakan untuk memasak hidangan untuk kami 
yang datang.  









Ini pulak rumah kakak, tahun ini warna-warni...
yang seorang ni memang gemar dengan bunga, 
semua gubah sendiri, sampai ke botol ke piring, 
macam- macam direkabentuknya. Sampai ke kipas 
stand yang rosak pun digubahnya jadi lampu tidur. 
hahaha.....tapi ini ajelah yang sempat saya rakam, 
ruang menonton dan ruang makan keluarga masa tu 
ramai lak pulak...jadi saya rakam ruang tamu sahaja.






.
Hiasan taman ini pulak adalah hiasan di rumah abang.
(Saya ada 5 orang abang,dan seorang dah meninggal
anak lelaki yang sulung). Saya berkenan dengan kerusi
taman yang diperbuat dari kayu, di tukang dan di
varnish oleh abang saya sendiri...tapi tak dapat nak 
rakam, sebab ramai duduk melepak disitu...jadi saya 
rakam bunga-bunga Bonsai yang ditanam dan 
direkacipta oleh abang saya sendiri.




Cantikkan bunga-bunga bonsai ni...abang dah pesan
kalau nak suruh dia buatkan dan gubah pokok-pokok
bunga hantar aje kerumahnya di Sekinchan...En.Hubby
belum lagi cabut dan potong pokok-pokok bunga kat
rumah...nantilah..Insya Allah....
Saya teringin juga nak merakam rumah ipar duai saya
tapi saya segan pulak...terasa macam pegawai JKR buat 
Inspection pulak...dahlah pernah keje kat JKR...ekekeke...

Friday, August 23, 2013

Sambal Tumis Ikan Bilis (ii) Sedap Sangat!!!...Tanpa Bawang Putih.


Masa saya keje JKR Bhg. Pendidikan dulu, saya satu 
pejabat dengan sorang akak ni orang Rawa Perak. Dia
cerita kalau nak sambal tumis sedap jangan bubuh
bawang putih. Kemudian ayat yang sama juga keluar
bila tengok Shiela Rusly memasak, dia pesan jangan 
sesekali bubuh bawang putih jika buat sambal tumis. 
Kalau orang N.S pulak masakan cili api nya tanpa segala
bawang.
Tapi memang betul masakan sambal tumis lebih ummph..
tanpa bawang putih. Mabeles uuuuuuuuu.
  
Sambal Tumis Ikan Bilis (ii)
Bahan-bahan :
5 biji bawang merah *
1 labu bawang besar *
½ inci belacan bakar *
1 cawan ikan bilis (dibasuh dan tanpa digoreng)
270 gm cili kering kisar/giling
sedikit air asam jawa
garam dan gula secukupnya
1 labu bawang besar (dihiris)
Sedikit minyak untuk menumis
Bahan bertanda * dikisar bersama.

Cara-cara :
1.  Panaskan minyak di dalam kuali.
2.  Tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau.
3.  Masukkan cili kisar/giling tumis hingga pecah minyak.
    Guna api perlahan.
4.  Selepas terbit minyak, masukkan ikan bilis, kacau lagi.
5.  Masukkan air asam jawa dan hirisan bawang besar.
6.  Masukkan garam dan gula secukupnya.
7.  Apabila bawang sudah layu, dipadamkan api.
8.  Boleh dihidang bersama nasi lemak, roti putih,
     Lempeng, ubi rebus atau sukun goreng.
* Tapi saya masak sambal memang lama, sampai cili tu
   betul-betul garing dan berminyak. Bawang merah
   atau bawang besar pulak lebih...hmmmm sedapnya.
   bahan diatas anggaran waktu saya memasak, jika ada
   yang nak guna bawang merah lebih atau kurang
   atau tukar gula ke gula melaka terpulang pada 
   citarasa masing-masing. 
   



No to MAXIS Caj Yang Tersembunyi.....


Masa bulan ramadhan dulu si Iqa balik cuti,
dia bawa balik Maxis wifi broadband sekali.
Ibu orang tak nak berukband ni…lembap gilerr.
Kalah siput babi …
Saya pun telefon si kakak Diba kat Poli,
Kak Wifi sana ok ke?..
Lembap..dah satu blok guna…
Nak tak WIFI MAXIS adik Iqa?…mana tau tempat 
akak ok…tempat dia kat Kuala Kangsar…coverage 
tak bagus… dia kata slow gilerr…
si kak Diba jawab, tak nak la ibu…kawan kakak ada 
guna…memang lembap gilerr….

So bila dah banyak “GILERR”  Bila nak bayar bil 
bulan Julai (walaupun tak digunakan..bil bulanan 
tetap kena bayar) En.Hubby pun bayar dan terus 
terminate…si petugas MAXIS kata ada bayaran lagi 
nanti. Saya dengan En.Hubby tak kisahlah mungkin 
bayaran bulanan untuk Ogos…sekali bil sampai mak oii…
rupanya bayar sebab terminatekan perkhidmatan…

Kenapa masa beli Maxis wifi broadband tu tak ada
sorang pun orang Maxis tu ingatkan akan dikenakan
bayaran jika kita pulang broadband atau bahasa
mudahnya”Terminate”. Jika tak cukup bulan ke tahun
ke…Masa terminate tu, dia ada bagi kertas tulisan
halus sangat, jangan kan orang rabun…orang celik pun
kena guna kanta nak tengok huruf kat kertas tu…
rupanya syarat-syarat jika modem hilang  atau tak
cukup syarat berdasarkan kontrak dia…
Badigol…samdol otak berjambol punya MAXIS!!!.

Lepas ni MAXIS oii..wassalam lah sama lu punya
perkhidmatan..Keje nak menipu aje….lain kali jujur
sama lu punya pelanggan. Kasi tau..kalau nak guna
perkhidmatan kami ada syarat yang pelanggan kena
ikut…guna sebelum cukup tempoh, atau modem hilang
pelanggan kena bayar Letak poster besar-besar syarat tu..
guna font 40 ke….baru pelanggan tahu dan tak rasa
kena tipu….Ini main sembunyi-sembunyi pulak…
Main aci-aci ke??? Deyyy…sini mana ada aci-aci…
mangkuk ayun bertingkat-tingkat sungguhlah MAXIS ni!!.

Laa ingat saya je yang bengang melantun-lantun kat
MAXIS ni, rupanya ada blogger lain juga marah ..
haa ini link diaorang... 

Classic Shortbread - Hasil Tangan Iqa Najiha


Biskut ni senang aje ibu nak buat, empat bahan aje,
kata si Iqa. Dalam bahasa sekarang "senang kacang".
Saya suka biskut ni simple tapi sedap....
CLASSIC SHORTBREAD - Iqa Najiha
Bahan-bahan:-

240 g mentega
330 g tepung superfine
140 g gula kastor
30g tepung beras

Cara membuatnya:
1.  Panaskan oven 170°C
2.  Ayak kedua-dua tepung
3.  Potong mentega kepada ketulan kecil.
4.  Masukkan mentega ke dalam tepung.
5.  Gaul dan ramas tepung dan mentega
  menggunakan hujung jari.
6.  Masukkan gula, gaul rata.
7.  Masukkan kedalam acuan atau terapkan doh.
8.  Bakar pada suhu 170 C selama 20-25 minit. 
  Suhu 190 C pula selama 10-15 minit.
9.  Keluarkan dari oven dan taburkan dengan
  sedikit gula kastor.


Wednesday, August 21, 2013

Mexican Wedding Cookies - Biskut yang enak dan rangup...



Mexican Wedding Cookie  - Amy
Resepi asal dari- kingarthurflour.com

Nampak sama tapi bukan dia..macam biskut Arab,
Bola salji, Suji atau yang sewaktu dengannya. Ini 
biskut import mari...tengoklah namanya...memang 
sedap, rangup tambahan pula ada serbuk badam...
memang cair dimulut...!!!

Bahan-bahannya:
1 cawan (16 tablespoons) unsalted butter*
(atau guna mentega atau majerin)
1/2 cawan gula icing – (haluskan gula pasir
guna blender kering)
1 1/2 sudu teh esen vanilla @ extract vanilla
1 sudu teh almond extract, optional (saya tak bubuh)
1 sudu teh garam*
3/4 cawan serbuk almond
2 1/4 cawan tepung serbaguna 
*Jika gunakan salted butter, kurangkan 
garam menjadi 1/2 sudu teh.

Salutan untuk biskut (Coating)
1 1/2 cawan gula icing

Cara membuat:
1. Gunakan mixer, masukkan mentega/majerin,
   gula, garam, esen vanila.
2. Putar hingga mentega dan gula menjadi adunan
   yang lembut.
3. Tambahkan serbuk badam, terus putar hingga
   adunan bergaul rata.
4. Masukkan tepun gandum, kacau rata.
5. Ambil doh, guna sudu penyukat (ukuran 1 sudu teh)
   dan bulatkan dengan telapak tangan. 
6. Susun doh yang telah dibulatkan di atas loyang. 
   (Loyang dilapik dengan kertas minyak). Susun dalam 
   jarak 1 inci. 
7. Bakar selama 15 - 20 minit atau hingga masak.
   Suhu 175'C. 
8.Keluarkan dari oven dan masukkan biskut ke dalam
   mangkuk berisi gula icing. Golek biskut agar tertutup
   dengan gula icing seakan Biskut Arab.
9.Kemudian susun biskut di rak dawai hingga sejuk.
  Alas rak dawai agar gula tidak bertaburan di 
  bawahnya. Bila biskut sejuk, golekkan sekali lagi 
  dalam gula, seakan snowy white barulah disimpan 
  dalam bekas kedap udara. 
  * Saya bubuh dalam paper cup.



Peluru Hidup Vs Lastik...Mesir Oh Mesir!!!!

Kedua-dua wanita ini telah menemui Allah SWT.
1) Asmaa Mohamed El Beltaji (Mesir)
2) Ummu Nidhal (Palestin)

Asmaa  Mohamed  El Beltaji berusia 17 tahun dan 
adalah antara yang dibunuh pada tragedi berdarah   
di  Medan Rab'ah.  Beliau juga  adalah anak kepada 
tokoh Ikhwan Muslimin iaitu Mohammed El Beltaji.

Ummu Nidhal pula atau dikenali juga sebagai Khansa' 
Palestin  adalah  seorang  'ibu hebat'  yang  telah 
menyerahkan kesemua 4 anaknya untuk menentang 
tentera  Zionis.  Tiga  daripada  empat  anaknya 
telah syahid bertemu dengan Allah swt. Manakala 
seorang lagi daripada anaknya masih lagi didalam 
tahanan Israel. 

Antara perkataan yang sering diungkapkan oleh 
Ummu Nidhal adalah:
"Kematian adalah suatu perkara yang menyedihkan, 
tetapi jangan bimbang kerana bertemu dengan Allah, 
adalah  suatu  kegembiraan  yang  tidak  dapat 
digambarkan (mengatasi perasaan sedih tersebut)".

Maka bertepatan dengan firman Allah dalam Surah 
Ali'-Imran ayat 169 yg bermaksud:
"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-
orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan 
Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka 
adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka 
dengan mendapat rezeki"
Lastik
vs
peluru hidup
Mana pegi orang-orang yang sibuk mewar-warkan 
diri nya “Pejuang Islam” kat Malaysia ni? JATI ke, 
PERKASA lah, dan entah apa-apa lagilah dari Ulama 
UMNO sampailah ke menteri - menterinya........ 
Senyap je!!! Semua sudah bisu ??? Negara  seperti  
Peranchis  pun  dah tarik DUTA mereka....negara 
Malaysia????