Pages

Friday, August 23, 2013

Sambal Tumis Ikan Bilis (ii) Sedap Sangat!!!...Tanpa Bawang Putih.


Masa saya keje JKR Bhg. Pendidikan dulu, saya satu 
pejabat dengan sorang akak ni orang Rawa Perak. Dia
cerita kalau nak sambal tumis sedap jangan bubuh
bawang putih. Kemudian ayat yang sama juga keluar
bila tengok Shiela Rusly memasak, dia pesan jangan 
sesekali bubuh bawang putih jika buat sambal tumis. 
Kalau orang N.S pulak masakan cili api nya tanpa segala
bawang.
Tapi memang betul masakan sambal tumis lebih ummph..
tanpa bawang putih. Mabeles uuuuuuuuu.
  
Sambal Tumis Ikan Bilis (ii)
Bahan-bahan :
5 biji bawang merah *
1 labu bawang besar *
½ inci belacan bakar *
1 cawan ikan bilis (dibasuh dan tanpa digoreng)
270 gm cili kering kisar/giling
sedikit air asam jawa
garam dan gula secukupnya
1 labu bawang besar (dihiris)
Sedikit minyak untuk menumis
Bahan bertanda * dikisar bersama.

Cara-cara :
1.  Panaskan minyak di dalam kuali.
2.  Tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau.
3.  Masukkan cili kisar/giling tumis hingga pecah minyak.
    Guna api perlahan.
4.  Selepas terbit minyak, masukkan ikan bilis, kacau lagi.
5.  Masukkan air asam jawa dan hirisan bawang besar.
6.  Masukkan garam dan gula secukupnya.
7.  Apabila bawang sudah layu, dipadamkan api.
8.  Boleh dihidang bersama nasi lemak, roti putih,
     Lempeng, ubi rebus atau sukun goreng.
* Tapi saya masak sambal memang lama, sampai cili tu
   betul-betul garing dan berminyak. Bawang merah
   atau bawang besar pulak lebih...hmmmm sedapnya.
   bahan diatas anggaran waktu saya memasak, jika ada
   yang nak guna bawang merah lebih atau kurang
   atau tukar gula ke gula melaka terpulang pada 
   citarasa masing-masing. 
   



4 comments:

  1. 1st time jmp resepi sambal bilis xletak bwg putih. Boleh cuba ni. Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang boleh dicuba...sedap sanggat...dan terima kasih sebab jenguk blog akak.

      Delete
  2. Thanx kak,ptg ni gak nk try..hehe..sblm ni wat slalu x jdi..

    ReplyDelete