Pages

Monday, March 31, 2014

Perjalanan Umrah Dan Ziarah...Part 1..

Assalamualaikum..??
Memang saya busy nak update blog, tambahan pula sehari 
sebelum balik umrah, (semasa di Mekah…) tekak terasa sakit,
selsema dan batuk dah ada sedikit..sehingga malam sebelum 
pulang, ada jemaah dari Singapore memberikan saya fisherman
friends bila melihat saya batuk sewaktu di Masjidil Haram…
solat Maghrib sambung ke Isyak…

Hingga sekarang walaupun ubat batuk dan selsema dah nak 
hampir habis,tapi batuk dan selsema masih ada lagi…ditambah
pulak si Iqa balik cuti membawa banyak assignment yang nak
disudahkan seolah-olah macam cuti sebulan…padahal cuti 
seminggu aje…sabar ajelah!!!!.

Bila dah banyak yang nak disiapkan saya pun kena terbabit 
sama dalam assignment tu.. dah tu sapa nak tolong kalau 
bukan ibunya..sudahnya dua-dua jadi tak sihat…si Iqa pun 
turut demam…

Update blog ni pun pasal nak masukkan gambar-gambar masa
Umrah tu… dok terperap dalam komputer…ada banyak yang 
ingin diceritakan..tapi tak sempat lak pulak..sebab semalam 
kakak buat kenduri doa selamat balik dari Umrah, saya skip 
sekejap dari tolong si Iqa dengan assignmentnya..sebab masak
puding (kat Ampang pun ada kenduri) dan juga kek kukus 
yang nak di bawa untuk kenduri dirumah kakak... Jadi anda
semua tengok gambar ajelah dulu..yekk!!!....


Jemaah menunggu wakil Andalusia..Passport dan boarding pass
Masukkan bagasi..
Ahli keluarga yang menghantar sama ramai dengan yang pergi

 
Naik train utk ke tempat pelepasan flight
Tunggu naik flight ...Saudi Airline


Ayra Dania dengan putingnya ...
Hidangan yang enak....
 Memang sedap hidangan dalam Saudi Airline
semua pakat menengok peta penerbangan....
 Lepas dari pihak Imegresen Jeddah

 Malam di Jeddah
Oklah semua....ada masa nanti Insya Allah...saya masukkan 
gambar lagi......

Monday, March 24, 2014

Menjadi Tetamu Allah SWT...



Assalamualaikum…????
Lama rumah ini ditinggalkan…saya tak dapat nak update
sebab masa tak mengizinkan..busy sesangat-sangat.
Cuma gambar yang boleh menceritakan…Bila lihat gambar 
anda semua pasti tahu kemana saya pergi sehingga blog tidak dikemaskini…yeapp…saya pergi ke Madinah dan Makkah..dalam 
urusan umrah dan ziarah…
Alhamdulillah..semua urusan di permudahkaan...saya selamat
tiba dan kembali bersama keluarga dan adik beradik, sanak 
saudara (seramai 24 orang termasuk 3 orang kawan abang),
jadi 21 orang adalah kami adik beradik ipar duai sepupu, 
makcik,anak-anak saudara juga termasuk cucu abang dan cucu
saudara.( Cucu abang pulak berusia 10 bulan dan 1 tahun 2 
bulan).
Jadi.. jika ada kelapangan saya akan masukkan gambar dan 
cerita waktu perjalanan di sana...Insya Allah. Lihat gambar
tarikhnya betul,tapi waktunya saya lupa set waktu disana..
jadi waktu yang tertera di dalam gambar adalah waktu 
Malaysia, sedangkan gambar kebanyakkan diambil waktu lepas
solat subuh atau waktu sebelum asar ataupun selepas asar.

Thursday, March 6, 2014

Krim Karamel Keledek...Memang Besttt!!!!....

 
Assalamualaikum?...Entri resepi....keledek lagiiii...ini kes
nak menghabiskan stok keledek.......teringin nak makan 
cream caramel..sebab dah lama tak buat..Hmm...
sedapppp...rupanya cream caramel campur keledek...

Puding Keledek Berkaramel - Amy     

Bahan-bahan : loyang kecil
150 g keledek merah
1 1/2 cawan air atau boleh dicampurkan dengan susu 
cair
3 biji telur A
1/3 cawan susu pekat manis
sedikit esen vanilla

Untuk karamel :
1/3 cawan gula pasir
1/3 cawan air panas

Untuk membuat karamel : 
1. Hanguskan gula di dalam periuk dengan api perlahan 
   dan setelah keperangan (jangan sampai hangit, nanti 
   jadi pahit), masukkan air panas. Kacau segera supaya 
   tidak berketul. Pastikan ia betul-betul cair. 
2. Tuangkan karamel ke dalam loyang/bekas bersesuaian. 
   Ketepikan.

Cara-cara : 
1. Keledek dicuci bersih dan kemudian direbus bersama
   sedikit garam hingga lembut. 
2. Setelah itu, kisar bersama air sehingga menjadi puri.
   Ketepikan.
3. Pecahkan telur di dalam mangkuk pengadun, pukul 
   sedikit sahaja tetapi jangan sampai berbuih.
4. Kemudian,masukkan susu pekat, puri keledek dan 
   esen vanilla. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati.
5. Tuangkan adunan ke dalam bekas gula hangus tadi 
   (tapis jika perlu).

6. Bakarlah lebih kurang 40 minit dengan suhu 170C 
   atau hingga keperangan (dengan kaedah bain marie- 
   letakkan loyang ke dalam dulang/bekas yang berisi 
   air panas)Setelah dibakar, sejukkan terlebih dahulu 
   sebelum dipotong.

*  Masa hidang saya tambah buah koktail..hmmm..lagi
   best...!!! Resepi ni buat kaedah bain marie...tapi 
   kalau nak kukus seperti biasa pun boleh..