Kadang-kadang kita ni terlalai dengan apa yang kita
ada.Terlupa apa yang kita ada hanyalah pinjaman.
Artikel ni untuk peringatan diri sendiri, juga keluarga
dan untuk perkongsian ilmu kita bersama. Mudah-
mudahan hidup kita sentiasa dalam rahmat dan 
redha Allah. Amiinnnn...
Pemberian
nikmat Allah kepada manusia yang mana 
pemberian
itu tidak diredhaiNya. Inilah yang 
dinamakan istidraj.
Rasullulah s.a.w. bersabda : "Apabila kamu melihat 
bahawa Allah
Taala memberikan nikmat kepada 
hambanya yang selalu
membuat maksiat (durhaka), 
ketahuilah bahawa orang
itu telah diistidrajkan oleh 
Allah SWT."
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)
Seumur
hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, 
rumahnya tersergam indah, kereta
mewah menjalar, 
duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Mengapa 
orang kafir
kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup 
senang /mewah.
Tetapi orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, 
bangun
tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin,
Khamis dan puasa sunat 
yang
lain.Tapi, hidup mereka biasa sahaja.Ada yang susah 
juga.
Kenapa?
Maka terjawablah segala keraguan. Bahawa pemberian 
yang diberikan oleh Allah pada mereka (manusia yang 
durhaka) bukanlah yang
diredhaiNya.Rupa-rupanya 
ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. 
Untuk apa hidup ini tanpa
keredhaanNya?
Rasullulah
s.a.w bersabda: "Apabila Allah menghendaki 
untuk
membinasakan semut, Allah terbangkan semua 
itu
dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul'Ibad)
Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk
Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk
diam
di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, 
tetapi
jika Allah hendak membinasakannya, Allah 
berikan dia
sayap.Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai 
pun menjadi kelkatu.Kelkatu, bila
mendapat nikmat
(sayap), dia akan cuba
melawan api.
Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah SWT. Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak
terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak
pernah 
kerana Allah berikannya nikmat kesihatan.Orang lain 
selalu sakit,tapi
Firaun tidak, orang lain mati, namun 
dia masih belum mati-mati juga, sampai
rasa angkuh 
dan besar diri lantas mengaku dirinya Tuhan.Tapi 
dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.
Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa
besar pangkat Namrud?Dia begitu
sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor 
nyamuk
masuk ke
dalam lubang hidungnya.
Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun.Anak kunci
gudang hartanya sahaja kena
dibawa oleh 40 ekor unta.
Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya 
sekali akibat terlalu takbur.Jadi kalau kita kaya,jangan 
sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya
binasa 
juga.
Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk
masjid
dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj.
Orang naik pangkat, istidraj.
Orang-orang besar, istidraj.
Jangan!
Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan
Orang naik pangkat, istidraj.
Orang-orang besar, istidraj.
Jangan!
Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan
untuk
mengabdi kepada Allah bukan istidraj.Dan jangan 
pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak
selamat, 
hidup kita mesti ada pegangan.
Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita 
cari.Tujuan
hidup kita adalah mencari keredaan Allah.
Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang
Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang
diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat 
yang sebenarnya tentang nikmat yang
diterimanya itu 
ialah apabila dia bersyukur nikmatnya.
Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan 
sentiasa redha dan ikhlas
mengabdikan diri kepada Allah.
Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah
Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah
nikmat pemberian yang
diredhai Allah.


No comments:
Post a Comment