Biskut
@ Kek Batik Marie Coklat Mudah- Amy
Bahan-bahan:
1
buku butter
1
cawan (metrik) susu pekat
1
paket biskut marie – dipatah-patahkan
½
kilo coklat compound (500 gm)- di cincang kecil
Cara-cara
1.  Cairkan
butter dalam kuali..kacau..di atas api perlahan
    
sampai cair.
2.  Masukkan
1 cawan susu pekat ke dalam kuali tadi..
    
kacau sebati.
3.  Masukkan
coklat compound yang telah di cincang kecil
    
ke dalam kuali, Kacau perlahan sehingga sebati.
4.  Masukkan
 biskut merry yang telah siap dipatah-
    
patahkan. Kacau sampai sebati.
5.  Masukkan
dalam plastik tahan panas, ratakan dan
    
di gulung plastik tersebut.
6.  Sejukkan
dahulu barulah dimasukkan ke dalam peti sejuk.
7.  Jika
ingin memotong keluarkan dahulu plastik berisi
     adunan tadi, 15-20 minit, supaya mudah di
potong.
     * Resepi ada pelbagai...ada bubuh telur, ada bubuh air,
        ada bubuh milo , ovaltine, nestum, kekacang.Tapi 
       inilah yang paling mudah dan rasanya tetap sedap!!!. 

.jpg)
No comments:
Post a Comment