Kisah
yang menyentuh hati saya…
Ceritanya
begini... 
Suatu
hari, seorang ustazah travel.Dia singgah di rumah
seorang sahabatnya yang mana
pasangan suami isteri 
tersebut adalah guru biasa. Si suami seorang guru 
penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini 
sekitar tengahari tapi
belum zohor. Kedua-dua suami 
isteri ini masih di sekolah.Walau bagaimanapun
beberapa 
orang dari 8 orang anak mereka yang ke semuanya lelaki 
yang mana yang
paling tua dalam tingkatan satu dan 
yang paling muda masih bayi. Anak sudah ada yang 
pulang dari sekolah.Waktu zohor masuk,abang yang tua 
mengajak semua
adik-adiknya yang baru pulang untuk 
solat berjemaah dengan dia sendiri sebagai
imam. 
Sewaktu
dalam rakaat kedua,salah seorang adiknya yang 
berumur lingkungan 8 tahun
pulang. Tanpa bertangguh 
tatkala melihat jemaah yang sedang solat,dia
mengambil 
wudhu' dan solat bersama jemaah, ia ikut ruku' apabila 
imam ruku'.
Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan 
selesai imam memberi salam, dia bangun
menyelesaikan 
satu rakaat solatnya yang tertinggal. Masya Allah..!!! 
adik yang
berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk... 
ustazah yang melihat terkejut dan
kami yang mendengar mengucap memuji ALLAH. Bayangkan betapa taatnya 
anak-anak yang
masih kecil ini menunaikan perintah 
ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua
mereka atau 
mana-mana orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh. 
Cerita tak berakhir
di situ.Ustazah
bermalam di rumah sahabatnya itu.Apabila subuh, ustazah menyangka dialah 
yang
paling awal bangun kerana dia bangun selesai sahaja
azan subuh berkumandang
kalau saya tak lupa.Takjubnya
dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak
kecil sedang 
sibuk ambil wudhu'.Bayangkan 7 orang budak lelaki 
dengan yang
paling tua berumur 13 tahun dan yang ke
tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil
wudhu' di 
bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu 
anak-anaknya
di tikar sembahyang dengan sabar sambil 
berzikir.
Mereka
solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). 
Sewaktu hendak mula solat,si ibu
meletakkan anak 
bongsunya yang masih bayi(yang sedang jaga)di sisinya. 
Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah 
sepanjang mereka solat.Dan
sekali lagi cerita tak 
berakhir di situ.
Ustazah
tersebut ingatkan hendak sambung tidur 
kerana penat travel semalamnya tak surut
lagi.Alangkah 
terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah 
berpusing menghadap jemaah sambil berkata,"Anak-anak..
hari ni ayah nak
beri kuliah mengenai solat dan puasa". 
Dan 8 orang anak termasuk si ibu
dengan tekun 
mendengar kuliah subuh yang disampaikan.
Masya Allah..bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kepada
anak-anaknya? Dia menjawab 
bahawa itu persediaan dia dan suaminya sebelum mati. 
Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 orang 
itu dapat membacakan
sekurang-kurangnya fatihah 
untuk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu..
Lagipun anak-anak mereka semuanya lelaki... Pasangan 
suami isteri ini tak
sanggup melihat anak-anak mereka 
terabai tanpa pedoman... 
Cuba kita tanya diri
kita sendiri...
-Berapa
ramai keluarga Islam hari ini yang dapat 
mengamalkan solat jemaah dalam
keluarga???
-Berapa
ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang 
pandai solat masbuk???
-Berapa
ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik-
adik mereka ??? 
-Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak 
mereka
sedemikian rupa yang taat melaksanakan 
perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka
yang lebih dewasa ???
perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka
yang lebih dewasa ???
Subhanallah.
.. Alhamdulillah... semoga apa yang saya 
sampaikan ini menjadi pedoman dan
iktibar buat kita 
semua...
Sumber :jiwahamba.blogspot.com 


No comments:
Post a Comment