Seperti
mana yang semua orang tahu, aurat 
wanita
adalah seluruh tubuhnya iaitu dari hujung 
rambut
hingga hujung kaki kecuali muka dan 
pergelangan
tangannya. Ia telah direkodkan dalam 
hadith
sahih yang berbunyi:
Asma’
binti Abu Bakar telah masuk ke tempat 
Rasulullah
s.a.w berada sedangkan dia memakai 
pakaian
nipis. Rasulullah s.a.w lalu berpaling daripada memandangnya sambil berkata,
“Wahai Asma’ 
sesungguhnya
seorang wanita itu apabila telah baligh 
(haid)
maka tidak boleh baginya menampakkan 
tubuhnya
kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan 
wajah
dan telapak tangannya.” (H.R. Abu Dawud)
Ummu
Salamah pernah bertanya Rasulullah s.a.w, 
“Apakah
seorang wanita boleh menunaikan solat 
di
dalam pakaian labuh dan tudungnya jika dia 
tidak
mempunyai sarung?” Rasulullah s.a.w 
menjawab,
“Asal pakaian labuh (jubah) itu sempurna 
dan
menutupi zahir kedua kakinya.” (H.R. Abu Dawud)
Di
zaman moden kini tak ramai yang mahu menutup 
aurat
sepenuhnya seperti mana yang dilandaskan oleh 
syarak.
Mungkin ada yang beranggapan kaki bukanlah 
suatu
yang wajib ditutup kerana ia tidak mendatangkan 
syahwat
kepada lelaki, namun tanggapan itu jelas salah. 
Ada
juga yang mungkin tidak mengetahui bahawa 
pergelangan
kaki adalah termasuk daripada aurat 
yang
wajib ditutup wanita. Zaman kini wanita 
beranggapan(mungkin
tanpa sedar) bahawa pergelangan 
kaki
bukan lagi satu aurat walhal dalam Al-Quran telah 
jelas
menyuruh wanita menutup aurat sepenuhnya moga 
dengan
itu mereka akan dianggap wanita yang baik-baik 
dan
tidak akan diganggu.
Wahai
Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta
perempuan-perempuan yang 
beriman,
supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup 
seluruh
tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang 
demikian
lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai 
perempuan
yang baik-baik) maka dengan itu mereka 
tidak
diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha 
Pengampun,
lagi Maha Mengasihani. (Al-Ahzab, 33:59)
Namun
kerana pergelangan kaki adalah anggota paling 
bawah
dan sentiasa terdedah, maka ada rukhsah 
(keringanan)
ke atasnya dalam menutupinya. 
Antaranya
ialah:
(1)     Wanita
yang di mana adik iparnya (adik lelaki 
kepada suaminya) tinggal tetap bersamanya dan suami
dibenarkan untuk tidak menutup aurat kaki (pergelangan 
kaki) di dalam rumahnya
oleh kerana ia akan sentiasa 
sibuk membuat kerja rumah yang mungkin mendedahkan 
ia dengan basah pada kaki. Namun jika adik iparnya 
bukan tinggal tetap (tempoh masa lama) bersama 
abangnya, maka tidak dibenarkan atas keringanan ini.
(2)     Wanita
yang sibuk membuat kerja dapur, di mana 
dia terdedah kepada persekitaran dan pekerjaan yang 
basah, tatkala itu pula terdapat orang bukan mahram
memasuki dapur untuk sesuatu hajat, maka keringanan 
ke atasnya untuk tidak menutup pergelangan kaki.
(3)     Wanita
yang telah sangat tua (golongan-golongan 
nenek)dan tidak mempunyai langsung nafsu syahwat.
(4)     Darurat.
Oleh
itu, tutuplah aurat kaki dengan apa cara sekalipun, 
sama
ada melabuhkan kain sehingga tidak menampakkan pergelangan kaki atau gunalah
cara mudah iaitu 
memakai stoking yang tebal supaya tidak ternampak
pergelangan kaki dan warna kulit. Jika kita sudah
menutup aurat dengan memakai tudung yang labuh,
baju yang longgar, tetapi pergelangan kaki masih
tidak tertutup, itu menandakan kita punya masalah
dalam memahami aurat yang dilandaskan syarak.
Pakailah pakaian seperti mana kita solat kerana solat
kita hanya sah dengan menutup aurat dengan sempurna.
Jika di tempat awam kita diwajibkan begitu, apatah
lagi di Masjid atau tempat-tempat mulia bukan?
Adakah kita rela dibakar oleh Neraka hanya kerana
kita mengambil ringan akan hal ini?
memakai stoking yang tebal supaya tidak ternampak
pergelangan kaki dan warna kulit. Jika kita sudah
menutup aurat dengan memakai tudung yang labuh,
baju yang longgar, tetapi pergelangan kaki masih
tidak tertutup, itu menandakan kita punya masalah
dalam memahami aurat yang dilandaskan syarak.
Pakailah pakaian seperti mana kita solat kerana solat
kita hanya sah dengan menutup aurat dengan sempurna.
Jika di tempat awam kita diwajibkan begitu, apatah
lagi di Masjid atau tempat-tempat mulia bukan?
Adakah kita rela dibakar oleh Neraka hanya kerana
kita mengambil ringan akan hal ini?
Seorang
muslimah sejati akan berbicara begini:
Ku
RELA stoking kaki ku BASAH terkena air yang 
melimpah
daripada kakiku TERKENA PECIKKAN API 
NERAKA.
Ku
RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala 
aurat
yang ku JAGA daripada ku berendam dalam 
LAUTAN
NERAKA.
Ku
RELA rambutku disimpan RAPI terpelihara juga 
TUDUNGku
labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG rambutku hingga MENDIDIH OTAK derita. 
Sumber: di sini
·       
Dulu saya pun begini…kalau keluar rumah, 
menonong je sarung kasut atau selipar…tapi bila fikir 
kenapa bila Solat kita beria-ia menutup bahagian kaki 
supaya jangan nampak walaupun tumit, kenapa pula
bila bukan waktu solat kita biar terdedah, jadi saya 
berusaha
untuk berubah dengan membeli stoking, 
untuk kegunaan harian, spare dalam kereta,
spare 
dalam handbag, jadi bila terlupa waktu tergesa-gesa 
keluar rumah…saya
masih boleh memakainya walaupun 
dalam kereta.  


No comments:
Post a Comment