Friday, September 23, 2016

Dah Umur 21 Tahun ??? Daftarlah Nama Sebagai Pengundi.

Assalamualaikum???
Hari ni nak cerita pasal Daftar Pemilih. Bagi anda yang
dah capai umur 21 tahun tolonglah pegi daftar nama
anda semua sebagai pengundi.
KENAPA ANDA PERLU MENDAFTAR ?
Untuk mendapat hak anda mengundi dalam pilihan raya
serta menggunakan hak anda sebagai seorang warganegara.
PASAL APA NAK KENA MENGUNDI ?
Pasalnya nak memilih wakil pemimpin untuk memerintah 
Negara. Korang nak penyamun tarbus jadi pemerintah???
Hutang Negara dah ratus billion,5 keturunan pun hutang 
tu tak habis nak bayar, pasal yang nak kena bayar hutang
tu kita semualah sampai cucu cicit kita nanti, jadi korang 
yang muda ni lah kena main peranan untuk generasi akan 
datang, atau lebih tepat untuk anak cucu korang nanti…
Takkan korang nak tunggu dan lihat sampai Negara ni jadi
macam Greece ??? Muflis !!!!
Sekarang dah hujung bulan September,dan bulan September
ni lah bulan terakhir untuk daftar pemilih jika nak mengundi
PRU 14 nanti.Jika daftar nama lewat, selepas bulan September
kemungkinan besar senarai nama daftar pemilih tu hanya 
boleh digunakan untuk PRU yang seterusnya bukan PRU 14..
jika ini terjadi RUGI BESAR !!!
Alaaa..pergi je PEJABAT POS yang berdekatan (Pejabat Pos berkomputer) kat kawasan rumah atau yang dekat kat 
tempat kerja atau pergi Pejabat SPR dan tunjukkan jer Kad Pengenalan kata nak daftar nama untuk Daftar Pemilih 
Pilihan Raya. Ada masa lagi ni, pegilahhhh…….

No comments:

Post a Comment

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails