Showing posts with label Santapan Jiwa. Show all posts
Showing posts with label Santapan Jiwa. Show all posts

Sunday, January 31, 2016

Inikah Yang Terjadi ?????


Sabda Rasulullah S.A.W.“Jika amanah disia-siakan, maka 
tunggulah kiamat.” Bertanya, “Bagaimana menyia-
nyiakannya?” Rasulullah S.A.W. menjawab, “Jika urusan 
diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah 
kiamat.” (HR Bukhari)

Sabda Rasulullah S.A.W….“Nanti akan datang di akhir
zaman menjelang kiamat, Pemimpin-pemimpin manusia
ketika itu adalah umpama Singa, dan Menteri-menteri
mereka pada hari itu ibarat Serigala, Hakim-hakim
mereka pula adalah Anjing gila,dan manusia-manusia
ketika itu hidup adalah umpama kambing tanpa
pedoman.”

Apa akan jadi kepada struktur sebuah masyarakat bila 
pemimpin bermentaliti seperti singa?..Singa itu kerjanya
tukang terkam.Dari dahulu lagi singa itu memang Raja.
Samada ada pilihanraya atau tidak Singa tetap Raja…
Raja di hutan. Kerjanya terkam sana, terkam sini.

Menterinya pula adalah Serigala. Serigala itu adalah
binatang paling licik, binatang yang sangat pandai 
mengampu.. bahasa sekarang pandai membodek. Bukan 
sahaja licik tapi kuat membodek.Serigala si tukang ampu.

Manakala hakimnya adalah Anjing Gila. Anjing itu 
kesetiaannya memang sangat bagus. Boleh mengecam 
majikannya dan ikut arahan majikannya.Anjing memang 
setia tetapi ada kekurangannya. Anjing tidak boleh 
membezakan mana tetamu orang baik dengan tetamu 
orang jahat.Bagi anjing yang baik @ jahat tidak penting
..yang penting daging. Bila orang jahat sebelum masuk 
rumah beri daging..anjing akan senyap..hilang kes..buang 
kes.. Cuba yang datang Ustaz tangan kosong..dari anjing 
tu diam…dia akan menyalak malah lebih kuat salakannya.
Cari alasan, cari-cari kesalahan. Ertinya bagi hakim yang mentalitinya seperti anjing, salah atau betul itu tidak 
penting, yang penting baginya adalah daging..yakni 
suapannya. Nilai suapannya, nilai sogokan atau nilai benda 
atau hartanya atau wangnya.Boleh sahaja yang benar jadi 
salah dan yang salah boleh jadi benar.

Manusia hidup tiada pegangan seperti kambing. Kambing 
ke mana di bawa pun bunyinya sama..mbekkkk!!! Ke 
padang rumput..mbekk,ke pasar mbekk,ke masjid mbekk
ke parlimen mbekk, di sembelih pun mbekk..nak bunyi 
lain tak reti..tak tau..Akhir zaman akan terjadi seperti itu..


Saturday, February 28, 2015

Pilihlah Suami Yang Boleh Menjadi Imam....

Pesan kepada anak-anak perempuan…
Cari suami yang boleh menjadi IMAM…yang boleh membimbing,
menyayangi, menjaga amanah yang Allah berikan. Jangan jadi
seperti kes ni...


Jangan cari lelaki yang nampak baik..tapi sebenarnya hantu
Jangan cari lelaki yang nampak warak ...tetapi lucah
Jangan cari lelaki yang nampak pendiam..(tak banyak cakap)
sekali cakap Mulut Longkang...
Jangan cari nampak pemurah...tetapi hakikat berkira...kedekut....
Cari dan lihat lelaki sewaktu dia MARAH...



Sejahat-jahat lelaki..bila cari isteri..mesti nak cari macam bidadari..
Perempuan pulak sekali tersilap langkah...buruknya tu diungkit sampai kesudah...jadi carilah lelaki yang menerima kamu seadanya...
yang tahu bahawa perempuan itu Amanah Allah buat mereka.



Memang perangai perempuan pelik...tapi inilah penyeri kehidupan..
Sebab itu lelaki kena BANYAK SABAR...tapi kalau kes macam kat atas..maki isteri depan orang ramai....??? DAYUS laki macam tu...
dan jangan tak tahu ada kes seperti di bawah ni...

 
Semua orang ingat BAHAGIA...sedangkan hakikatnya Allah aje yang tahu... dan lelaki yang bergelar suami kena ingat....




dan kaum perempuan samada belum bergelar isteri atau sudah...
bergelar isteri...



Friday, February 6, 2015

Semoga kita lebih khusyuk dalam ibadah...In sha Allah. Sebarkan dan kongsi ilmu....

         
As salam...lama blog ni tak update...kali ni saya update sebab nak kongsi sangat-
sangat ilmu ni...
Mari kita fahamkan betul-betul maksud atau makna bacaan dalam solat. Semoga dengan itu, kita lebih khusyuk dalam ibadah kita dan menambah kekuatan iman 
kita, Inshaa Allah.  

MAKSUD SEBENAR BACAAN DALAM SOLAT
1) Takbiratul-Ihram / Takbir:

ALLAHU AKBAR - Allah Maha Besar.
2) Doa Iftitah:
Doa Iftitah dalam rumi
Allahu akbar kabiraw-walhamdu lillahi kathiraw-wasubhanallahi bukrataw-wa-asila.Wajjahtu wajhia lillazi fataras sama-wati wal-ardha hanifam-muslimaw-
wama ana minal-musyrikin.Inna solati wanusuki wamahyaya wamamati lillahi rabbil'alamin.La syarikalahu wabiza-lika umirtu wa ana minal muslimin.

Maksudnya:
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

3) Al-Fatihah:
Al-Fatihah dalam rumi:

Bismi Llâhi r-rahmâni r-rahîm Al-hamdu liLlâhi rabbi l-`âlamîn Ar-rahmâni r-rahîm Mâliki yawmi d-dîn Iyyâka na`budu wa'iyyâka nasta`în Ihdina s-sirâta l-mustaqîm Sirâta llazîna an`amta `alayhim ghayri l-maghdhûbi `alayhim wala dh-dhâllîn

Maksudnya:

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

4) Bacaan ketika rukuk:

SUBHANA RABBIYAL 'ADZIMI WABIHAMDIH. (3 KALI)
Maksudnya:
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

5) Bacaan ketika bangun dari rukuk:

SAMI'ALLAHU LIMAN HAMIDAH. 
Maksudnya:
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

6) Bacaan ketika iktidal:

(RABBANA LAKAL HAMDU.)
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

7) Bacaan ketika sujud:

SUBHANA RABBIYAL A'LA WABIHAMDIH. (3 KALI)
Maksudnya:
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

8) Bacaan ketika duduk di antara dua sujud:

RABBIGHFIRLI WARHAMNI WAJBURNI WARFA'NI WARZUQNI WAHDINI WA'AFINI WA'FU 'ANNI.
Maksudnya:
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

9) Bacaan ketika Tahiyat Awal:

Bacaan Tahiyat Awal dalam rumi:
Attahiyyatul Mubarakaatush sholawaatuth thayyibatu lillaah,
Assalaamu’alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh,
Assalaamu’alaina wa’alaa ‘ibaadillaahish shoolihiin. Asyhadu allaa ilaaha illallaah,
Waasyhadu anna Muhammadan rasuulullaah. Allahhumma sholli ‘alaa Saidina Muhammad wa ‘ala aalihi Saidina Muhammad”
Maksudnya:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

10) Bacaan ketika Tahiyat Akhir:

Bacaan Tahiyat Akhir dalam rumi:
Attahiyyatul Mubarakaatush sholawaatuth thayyibatu lillaah,
Assalaamu’alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh,
Assalaamu’alaina wa’alaa ‘ibaadillaahish shoolihiin. Asyhadu allaa ilaaha illallaah,
Waasyhadu anna Muhammadan rasuulullaah. Allahhumma sholli ‘alaa Saidina Muhammad wa ‘ala aalihi Saidina Muhammad (#) kamaa sholaita ‘ala saidina Ibrahiim wa ‘ala aalihi saidina Ibrahiim, wa baarik ‘ala saidina Muhammad wa ‘ala aalihi saidina Muhammad, kamaa baarakta ‘ala saidina Ibrahiim wa ‘ala aalihi saidina Ibrahiim, fil alamina innaka hamiidum majiid.”
Maksudnya:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

11) Doa Qunut:

Bacaan Doa Qunut dalam Rumi:

Allah hummah dini fiman hadait.
Wa'a fini fiman 'afait.
Watawallani fiman tawalait.
Wabarikli fimaa a'tait.
Waqinii syarramaa qadzait.
Fainnaka taqdhi wala yuqdha 'alaik. Waiinahu layadziluman walait. Walaa ya'izzuman 'adait.
Tabaa rakta rabbana wata'alait.
Falakalhamdu 'ala maaqadzait.
Astaghfiruka wa'atubu ilaik.
Wasallallahu 'ala Saidina Muhammad. Wa'ala alihi wasahbihi Wasallam.
Maksudnya:
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.

Semoga bermanafaat untuk semua. Sebarkan ilmu, sebarkan bahagia!

#sumber Ustaz Zainal Abidin

Whatsapp Group

Thursday, December 25, 2014

Doa Sewaktu Banjir Dan Di Landa Musibah.....


"Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul"
 Bersabar dan terus berdoa...Allah tempat mengadu.


Monday, June 30, 2014

Alhamdulillah.... Bersama Ramadhan Lagi....,

Ramadhan datang bukan 
untuk mengubah jadual hidup kita,
Tetapi 
ia datang untuk mengubah hati kita. 

Thursday, June 12, 2014

5 kunci perkara ghaib.....

Nabi Muhammad saw bersabda :
    5 kunci perkara ghaib,tiada yang mengetahuinya 
    melainkan Allah iaitu :-

1)  Tiada yang mengetahui apa yg tersimpan di dalam 
    rahim melainkan Allah.
2) Tiada yang mengetahui apa yg akan terjadi esok hari
    melainkan Allah.
3) Tiada seorang pun yang mengetahui bila waktunya 
    hujan akan turun melainkan Allah.
4) Tiada seorang pun mengetahui di negeri mana dia 
    akan mati melainkan Allah.
5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi 
    melainkan Allah.

[Riwayat Bukhari]

Monday, May 26, 2014

10 Permintaan Syaitan Yang Di Perkenan Oleh Allah


Pada awalnya, Iblis adalah salah satu golongan seperti
Malaikat,  mereka rajin beribadah dan selalu tunduk
kepada perintah Allah . Bahkan Iblis mempunyai tahap
yang lebih tinggi dibanding malaikat. Dan mereka pun
mendapat kedudukan menjadi penasihat malaikat.
Namun hingga pada suatu peristiwa.  Dimana ketika
Allah telah menciptakan Nabi Adam. Lalu Allah
memerintahkan malaikat untuk bersujud dihadapan
manusia pertama itu maka , malaikatpun tunduk
untuk melakukannya. Namun ketika giliran Iblis yang
mendapat perintah yang sama, Iblis dengan tegas
menolak, kerana mereka menganggap merasa lebih
mulia dibanding Nabi Adam. Iblis merasa lebih mulia
kerana diciptakan dari api sedang Nabi Adam dari
tanah.Kerana penolakan itulah Iblis mendapat murka
Allah dan akhirnya terusir dari Syurga.

Saat itulah timbul dendam Iblis kepada Adam, dengan
satu tekad,Adam harus sama-sama terusir dari syurga.
Dan hingga kini, pergolakan antara penggoda dan
yang digoda terjadi secara turun temurun dan telah
berlangsung selama ribuan tahun. Alhasil iblispun
berjaya mempengaruhi pembunuhan pertama diatas
bumi oleh Qabil putra Nabi Adam. Maka kejahatan
demi kejahatan akibat dari bisikan jahat itu terus
terjadi hingga kini. Jika Kehendak Allah telah
menetapkan iblis menjadi penghuni Neraka , maka
iblispun mempunyai tekad yang sama ketika berusaha
mengeluarkan Adam dari syurga, iaitu .. MANUSIA
HARUS IKUT KE NERAKA! .

Dalam suatu kesempatan, Iblis datang menemui
Rasulullah SAW. Dan ketika Nabi SAW mengetahui
kedatangan Iblis , maka terjadilah dialog diantara
keduanya, dan Rasulullah bertanya tentang permintaan
Iblis pada Allah SWT.
Nabi Muhammad: " Berapa yang kau pinta dari
Tuhanmu? "
Iblis: " 10 macam"
Nabi muhammad : "Apa saja?"
Lalu Iblis pun menyebutkan satu persatu :
1.   Aku minta agar Allah membiarkan aku berbagi
     dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan.
     Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya.
2.   Aku juga makan dari makanan haram dan yang
     bercampur dengan riba.
3.   Aku juga makan dari makanan yang tidak
     dibacakan nama Allah. (Tidak baca Bismillah...)
4.   Aku minta agar Allah membiarkan aku ikut bersama
     dengan orang yang berhubungan dengan isterinya
     tanpa berlindung dengan Allah, maka syaitan ikut
     bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat
     patuh kepada syaitan.
5.   Aku minta agar boleh ikut bersama dengan orang
     yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang
     halal.
6.   Aku minta agar Allah menjadikan bilik mandi
     sebagai rumahku.
7.   Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai
     masjidku .
8.   Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai
     Al - Qur'anku
9.   Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk
     sebagai teman tidurku
10.  Aku minta agar Allah memberikanku saudara,
     maka Ia jadikan orang yang membelanjakan
     hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku .
     Allah swt berfirman, "Orang -orang boros adalah
     saudara -saudara syaitan". (QS. Al- Isra: 27).

Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku
boleh melihat manusia sementara mereka tidak boleh
melihatku.Dan aku minta agar Allah memberiku
kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah
manusia. Allah menjawab, " Sila " , dan aku bangga
dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar
manusia bersamaku di hari kiamat. "

Iblis berkata: " Wahai muhammad, aku tak boleh
menyesatkan orang sedikitpun , aku hanya boleh
membisikkan dan menggoda. Jika aku boleh
menyesatkan , maka tak akan tersisa walau seorang
pun ! Sebagaimana dirimu, kamu tidak boleh
memberi hidayah sedikitpun , engkau hanya rasul
yang menyampaikan amanah . Jika kau boleh
memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun
di muka bumi ini. Kau hanya boleh menjadi penyebab
untuk orang yang telah ditentukan sengsara. Orang
yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia
sejak di perut ibunya. Dan orang yang sengsara adalah
orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam
kandungan ibunya.

Rasulullah SAW lalu membaca ayat: " Mereka akan
terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh
Allah SWT" . ( QS. Hud: 118 - 119) dan juga
membaca , "Sesungguhnya ketentuan Allah pasti
berlaku". (QS. Al -Ahzab : 38)

Iblis lalu berkata :
"Wahai Muhammad Rasulullah , takdir telah ditentukan
dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang
menjadikanmu pemimpin para Nabi dan rasul,
pemimpin penduduk syurga, dan yang telah menjadikan
aku pemimpin makhluk - makhluk celaka dan pemimpin
penduduk neraka. Aku si celaka yang terusir , ini akhir
yang ingin aku sampaikan kepadamu dan aku tak berbohong.



Thursday, May 15, 2014

Syarat Menutup Aurat (Wanita Wajib Baca)



1- Tidak menampakkan warna kulit.
2- Tidak menampakkan bentuk tubuh.
3- Tidak menarik perhatian.
4- Tidak berwangi-wangian.

Wanita solehah RELA stokin kakinya BASAH terkena air 
yang melimpah daripada TERKENA PERCIKAN API 
NERAKA.

Wanita solehah RELA berpanas memakai jubah MENUTUP 
segala aurat yang DIJAGA daripada berendam dalam 
LAUTAN NERAKA.

Wanita solehah RELA rambutnya disimpan RAPI terpelihara 
dan TUDUNG labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG 
rambutnya sehingga MENDIDIH OTAK derita. ...

Wanita dicipta bukan untuk dikagumi ramai lelaki, Tapi 
untuk seorang lelaki yang bernama, Suami.

Sumber: detik islam


Thursday, April 10, 2014

Kisah Benar - Pelajar UIA Bermimpi Menemui Rasulullah!

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau 
menghabiskan masa 3 tahun untuk menghafal 30 juzuk 
Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal 
sendiri untuk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan 
ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau 
hafizah.Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab 
ini untuk menjadi contoh kepada adik-adik yang lain. Setiap 
hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dengan 
ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 
4 jurusan Undang-Undang Syariah di UIAM.

Akak ni memang diuji dengan sakit yang tak tahu apa punca 
sejak lebih setahun yang lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-
tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan 
pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak 
pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau 
muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.

Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. 
Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu 
membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang 
selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau 
hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 
kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah 
sepanjang hari.

Hari-hari yang dilaluinya dipenuhi dengan membaca Al-Quran 
dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yang terus
-terusan menyakiti diri.Diceritakan makhluk-makhluk halus itu 
akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, 
Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata 
tempat, berjumpa doktor-doktor pakar, malah ulama’ yang 
faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu 
sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. 
Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah 
Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah 
terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 
4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yang 
digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu’ dengan memapah 
dinding dan segala apa yang mampu membantu beliau untuk 
berdiri. Habis berwudhu’,beliau jatuh tersungkur, rasa seperti 
ada yang menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah 
tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik.Sampai 
saja di bilik,beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik 
tersebut. Disebabkan sakit yang mungkin dah tak tertanggung, 
dengan spontan beliau niatkan, 
“Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi 
kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-
kata semangat daripada Rasulullah S.A.W. sendiri..”

Kemudian beliau pengsan. Sahabat-sahabat sebilik mengangkat 
beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, 
sahabat-sahabatnya telah pun ‘forward message’ pada rakan-
rakan yang lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau 
nampak sudah nazak.Malah mereka telah sedia dengan nombor
-nombor ahli keluarganya untuk dihubungi kiranya ada apa-apa
berlaku dengan izin Allah.

Kira-kira jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dengan tenang 
dalam waktu qoilullah,beliau bermimpi.Beliau sedang terbaring 
dalam keadaan memakai telekung dengan tangannya diqiam 
seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. 
Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang 
di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dengan wajah yang 
bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira kira 
2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanAllah...indah sekali, tak 
dapat nak digambarkan. Beliau tertanya-tanya, siapakah orang 
ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat 
tenang dengan hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh 
kesengsaraan yang ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan; 

"Assalamu’alaikum, ana Rasulullah.. ”

Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih 
dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau 
nampak dengan jelas mata Baginda Nabi,janggut Baginda, 
rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh 
Baginda. Kemudian Nabi katakan: 

“Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid 
Nabawi)..Allahuakbar! Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata; 
QalAllahuta’ ala; ”InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya 
Allah bersama orang-orang yang sabar).

Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah,terasa 
bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya 
Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dengan penuh 
kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tapi 
diterjemahkan di sini) ;

“Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dengan sakit 
yang enti tanggung selama ini, dan dengan berkat Al-Quran 
yang enti pelihara di dalam hati, maka Allah bukakan hijab 
untuk enti nampak ana..”

Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah.. Ketika itu, 
beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat 
yang begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; 
“Sampaikan salamku buat sahabat-sahabat seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..”

Nabi S.A.W.kemudian melafazkan;
“Ummati..ummati..ummati..”
dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa 
titisan airmata Baginda yang suci mengalir untuk ummat 
Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.

Beliau merintih,“Jangan pergi Ya Rasulullah..”tetapi Baginda 
tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua 
dengan Nabi yang mulia,Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya.Beliau sendiri tidak pasti,apakah Baginda menangis 
kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda 
sedih dengan ummat akhir zaman ini? wallahua’lam....

Sedar daripada tidur yang amat indah pengisiannya itu,beliau 
masih dikelilingi oleh rakan-rakan yang turut terdengar 
rintihan beliau dalam tidurnya“Jangan pergi Ya Rasululah…” 
Beliau kemudian menceritakan kepada para sahabat tentang 
mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat 
ummat Baginda. Semua yang mendengar menangis lantaran 
rindu pada Nabi.

Rasa malu pada Nabi kerana kita jarang-jarang ingat pada 
Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya.Lebih-
lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yang dikejar 
di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yang lebih tinggi daripada 
kalimah Alhamdulillah untuk di rafa’kan pada Allah atas 
ni’mat yang begitu besar yang Allah berikan pada dirinya. 
Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dengan ujian yang 
hanya sedikit berbanding insan-insan yang lebih berat diuji 
oleh Allah SWT. Kiranya ada kalimah pujian yang lebih tinggi 
dari Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang 
Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yang
melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya.Cuma 
kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi untuk kesakitan 
ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yang ditanggung makin hebat. 
Tak pernah beliau merasakan sakit yang sebegitu rupa.Terasa 
panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada 
setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam 
menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk 
diri untuk tidak menangis.

“Apa sangatlah sakit yang aku tanggung ini berbanding nikmat 
yang Allah telah bagi untuk melihat Baginda Nabi S.A.W..”

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat 
tinggi, tempat yang biasa hadir sepanjang beliau menerima 
gangguan. Beliau katakan:

“Ya Allah,apa lagi yang hendak Engkau berikan buat hambamu 
yang hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” 
Kemudian dengan izin Allah, datang empat orang yang 
berpakaian serba hijau.Salah seorang daripadanya mengatakan; 

“Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah S.A.W. 
sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasulullah..
Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakar, ini Ummar 
Al-Khattab, Uthman bin ‘Affan dan Ali..”

Para Sahabat mengatakan; 
“Kami diutuskan oleh baginda Nabi untuk membantu enti..”
Kemudian keempat-empat mereka membacakan ayat 102 
surah Al-Baqarah yang bermaksud:

“Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan 
pada masa kerajaan Sulaiman.Sulaiman itu tidak kafir tetapi 
syaitan-syaitan itulah yang kafir, mereka mengajarkan sihir 
pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di 
negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.

Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang 
sebelum mengatakan ’sesungguhnya kami hanyalah cubaan 
(bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari 
dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan 
antara seorang (suami) dengan isterinya. Mereka tidak akan 
dapat mencelakakan seseorang dengan sihirnya kecuali dengan 
izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, 
dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, 
mereka sudah tahu,barang siapa membeli(menggunakan sihir) 
itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat.Dan 
sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual 
dirinya dengan sihir, sekiranya mereka tahu..”

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus 
pada makhluk-makhluk yang sedang mengganggu beliau dan 
mereka semua hancur terbakar.

Subhanallah. .waktu itu terus terasa seolah-olah tubuhnya 
yang sakit dahulu ditukarkan Allah SWT dengan tubuh yang 
baru. Hilang segala kesakitan yang setahun lebih ditanggung 
beliau dengan sabar.

Saidina Abu Bakr mengatakan;
“Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar”
Kemudian, para sahabat Nabi yang mulia pun pergi 
meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yang kedua ini, beliau bangun dari tidur 
dan terus duduk. Rakan-rakan sebilik pelik, kenapa beliau 
dapat bangun dan duduk dengan mudah . Kemudian sahabat-
sahabatnya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan 
Alhamdulillah..dengan mudah beliau bangun berdiri dan berjalan 
di sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua 
sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian 
beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh 
yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah SWT.
“Ya Allah,kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum 
dapat diriku menjadi hamba-Mu yang bersyukur atas nikmat 
yang telah Engkau berikan..”

Beliau berpesan pada kami;
“Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup 
mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki 
melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup 
berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk 
beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yang mulia. 
Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita 
atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. 
Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh,nak je akak 
pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik-adik dapat 
merasakan betapa beningnya hati ini.Tapi itu tak mungkinkan, 
mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya 
Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi 
kita bersabar…”

Keperibadiannya indah. 
Cerminan Al-Quran katanya ‘Aisyah ra.
Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah 
kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka 
bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. 
Kasih sayangnya tiada bertepi,dari yang kecil hingga yang tua, 
dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, 
hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman.

Mencintainya suatu kemuliaan
Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis 
bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda 
s.a.w.Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka 
senangi di wajah Rasulullah S.A.W. Bila ditanya oleh Saidina 
Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui 
ikhwannya..Saidina Abu Bakar ra sekali lagi bertanya 
Rasulullah S.A.W, “bukankah kami ini ikhwanmu?” 
Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. 
ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku 
tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku..... 
Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..”

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya bershalawat 
untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah 
kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan 
kepadanya (al-Ahzab:56)


"Berkata Abu Salamah, “Telah berkata Abu Qatadah, 
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud,sesiapa yang telah 
melihat daku dalam mimpinya, maka sesungguhnya dia telah 
melihat yang benar (al-Haqq). 
Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim."

Subhannallah!


Sumber di sini

Gambar perempuan ini diletakkan sekali dalam artikel tersebut,
jika benar inilah pemilik cerita yang bernama Syamimi...
Subhannallah..Masya Allah...cantik wajahnya, cantik ilmu
agamanya dan cantik ilmu akademiknya...Alhamdulillah..!!!!

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails