Wednesday, March 13, 2013

Mee Bandung .....Memang Sedap!!!!


Satu lagi resepi bila tak nak masak nasi...hik..hik...hik..

MEE BANDUNG
Bahan-Bahan:
1 paket mee kuning  atau 1 kg (dicelur dan tuskan)
100 gm udang (dibuang kulit)
100 gm sotong (dihiris)
1 paket bebola ikan (biar sebiji-sebiji)
2 keping fish cake (dihiris)
2 mangkuk air rebusan kulit udang (stok)
(atau 1 kiub ayam + 2 mangkuk air)
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2 biji limau kasturi/limau nipis (belah 2)
2 biji telur  
Sedikit sawi, cili merah (dihiris)
daun sup & daun bawang (dihiris)
1 biji tomato (dibelah)
bawang goreng
Garam & minyak masak
Bahan tumis:-
2 s/b cili mesin
3 ulas bawang putih (ditumbuk/dikisar)
5 ulas bawang merah (ditumbuk/dikisar)
Cara:
1.  Panaskan minyak, tumiskan bawang putih,
       bawang merah & cili kisar hingga garing.
2.  Masukkan stok udang/ayam dan biarkan mendidih.
3.  Kemudian masukkan sos tomato, sos cili,
    sos tiram & garam.
4.  Biarkan mendidih perlahan-lahan.
5.  Masukkan udang, sotong, bebola ikan juga fish cake.
6.  Masukkan sawi, hirisan tomato,kemudian
   pecahkan telor, seakan telor mata kerbau dan
   masak selama 2 minit.
7.  Hidangkan mee yang telah dicelur kedalam mangkuk,
Tuangkan kuah keatas mee, hias dengan bawang goreng, hirisan cili dan hirisan limau juga daun sup/bawang .

13 comments:

  1. saya dah cuba...mmg sedap..thanks :)

    ReplyDelete
  2. Salam. saya dah cuba juga resepi ni tp stok udang saya letak udang kering yang dah ditumbuk n rendam sikit. Tak letak fish balls/cakes sbb takde.memang sedap. Terima kasih :)

    ReplyDelete
  3. sedappnyeeeee...i like mee bandung...tq for sharing...
    kalau senang2 singgahla sini www.acuonlineshop.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...resepi yang saya suka...orang lain pun suka...

    ReplyDelete
  5. Nk try la buka pose nt. Tq

    ReplyDelete
  6. Makanan kegemaran saya..tapi x penah confident nak masak sendiri..
    tapi, tgk resepi ni macam simple je..nak try la..harap2 menjadila..hehe

    Jemput ke blog saya

    http://norzuryati.blogspot.com

    ~ perkongsian tentang kisah hidup, anak2, aktiviti seharian, tips kesihatan, kecantikan dan lain2..

    Moga dapat manfaat daripadanya..insyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Terima kasih Pn.Norzuryati ..sebab jenguk blog yg tak seberapa ni...Insha Allah nanti saya akan jenguk blog Pn.Nor...jika internet tak ada masalah...blog Miz Farah pun tak jenguk lagi...

      Delete
    3. Pn.Norzuryati boleh cuba resepi ni sebab mudah dan sedap...

      Delete
  7. terima kasih admin berkongsi resepi. kalau nak melancong, boleh visit page sy pula :) http://europenasia.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. boleh try mee bandung johor di warung suka2, no 37 jalan masjid, kg isnin maarof, 86200 simpang rengam, johor.... A+

    ReplyDelete

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails