Thursday, July 17, 2014

Kuih Kaswi Gula Merah - Sedappp...kenyal-kenyal..memang mabeles !!!!........

Resepi yang mabeles, sedap sangat kenyal-kenyal,
sapa yang suka kuih kukus, ini salah satu kuih yang boleh
dicuba resepi nya...memang menjadi...

Kaswi Gula Merah - Amy
Resepi asal : Chef Hanieliza

Bahan Sirap :
5 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
beberapa helai daun pandan
Masakkan semua dan sejukkan.

Bahan :
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kanji @ ubi @ jagung
1 sudu kecil kapur kueh - optional -
Kelapa parut - yang muda
Sedikit garam

Cara:
1. Panaskan kukusan.
2. Sapukan sedikit minyak dalam loyang yang nak 
   digunakan. Lapikkan pelastik saiz loyang.
3. Bancuh semua bahan hingga sebati dan tapiskan.
4. Tuangkan dalam loyang. Kukus sehingga masak.
    (30 minit).
5. Tunggu sehingga sejuk baru boleh potong dengan 
    pisau pelastik.
6. Kelapa muda digaulkan sedikit garam.
    (kukus sekejap). 
7. Lumurkan kuih kaswi yang dipotong bersama dengan 
    kelapa tadi.
Tips: Jika permukaan kuih dalam loyang basah...boleh
lapkan dengan tisu dapur.

1 comment:

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails