Showing posts with label Coklat dan manisan. Show all posts
Showing posts with label Coklat dan manisan. Show all posts

Thursday, March 6, 2014

Krim Karamel Keledek...Memang Besttt!!!!....

 
Assalamualaikum?...Entri resepi....keledek lagiiii...ini kes
nak menghabiskan stok keledek.......teringin nak makan 
cream caramel..sebab dah lama tak buat..Hmm...
sedapppp...rupanya cream caramel campur keledek...

Puding Keledek Berkaramel - Amy     

Bahan-bahan : loyang kecil
150 g keledek merah
1 1/2 cawan air atau boleh dicampurkan dengan susu 
cair
3 biji telur A
1/3 cawan susu pekat manis
sedikit esen vanilla

Untuk karamel :
1/3 cawan gula pasir
1/3 cawan air panas

Untuk membuat karamel : 
1. Hanguskan gula di dalam periuk dengan api perlahan 
   dan setelah keperangan (jangan sampai hangit, nanti 
   jadi pahit), masukkan air panas. Kacau segera supaya 
   tidak berketul. Pastikan ia betul-betul cair. 
2. Tuangkan karamel ke dalam loyang/bekas bersesuaian. 
   Ketepikan.

Cara-cara : 
1. Keledek dicuci bersih dan kemudian direbus bersama
   sedikit garam hingga lembut. 
2. Setelah itu, kisar bersama air sehingga menjadi puri.
   Ketepikan.
3. Pecahkan telur di dalam mangkuk pengadun, pukul 
   sedikit sahaja tetapi jangan sampai berbuih.
4. Kemudian,masukkan susu pekat, puri keledek dan 
   esen vanilla. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati.
5. Tuangkan adunan ke dalam bekas gula hangus tadi 
   (tapis jika perlu).

6. Bakarlah lebih kurang 40 minit dengan suhu 170C 
   atau hingga keperangan (dengan kaedah bain marie- 
   letakkan loyang ke dalam dulang/bekas yang berisi 
   air panas)Setelah dibakar, sejukkan terlebih dahulu 
   sebelum dipotong.

*  Masa hidang saya tambah buah koktail..hmmm..lagi
   best...!!! Resepi ni buat kaedah bain marie...tapi 
   kalau nak kukus seperti biasa pun boleh..



Sunday, May 26, 2013

Cream Puff - Hasil Tangan Iqa Najiha

Si Iqa balik bercuti..ini hasil tangannya.

Cream Puff - Iqa Najiha
Pastry choux (cream puff)
125g tepung gandum
10g gula kastor
3g garam
85g mentega
200ml air
4 biji telur

1. Panaskan oven 200 ° c.
2. Panaskan mentega dan air di dalam periuk
   sehingga mendidih.   
3. Sebaik sahaja mendidih, masukkan gula, garam
   dan tepung. Kacau dengan senduk kayu. Kacau
   sentiasa sehingga doh lekang dari sisi periuk dan 
   membentuk bebola doh yang licin.(Tidak melekat 
   diperiuk).
4. Pindahkan adunan doh ke dalam mangkuk adunan
   dan pukul dengan pengadun elektrik.(Pengadun
   elektrik kecil) Jika size pengadun besar doublekan
   resepi. Untuk suamkan doh yang panas tadi.
5. Setelah doh suam, masukkan telur satu demi satu
   pukul sehingga mendapat pes yang pekat dan
   melekit.
6. Masukkan adunan ke dalam beg paiping dan
   paipkan doh ke dulang pembakar yang dialas
   dengan kertas minyak. Jika tak alas, sapu dulang
   pembakar dengan majerin. Jarakkan antara
   bebola doh sebanyak 2 inci.
7. Renjiskan sedikit air ke atas kertas baking dan
   bebola pastri choux (ini menghasilkan stim dan
   menggalakkan pastri menaik).
8. Bakar dalam ketuhar pada 200°c selama 20
   minit atau sehingga pastri naik dan keemasan.
   Kurangkan suhu kepada 120°c dan bakar selama
   15-20 minit.

9. Setelah masak, sejukkn puff. Buat lubang kecil

   di bawah puff, atau di belah separuh puff,
   untuk di pipekan filling krim kastard atau
   krim pilihan mengikut citarasa sendiri.

   (Nota: Jangan sekali-kali membuka pintu ketuhar
   semasa pastri choux sedanag dibakar. Suhu yang
   tinggi menyebabkan pastri naik, manakala suhu
   rendah membuatkan pastri garing di luar dan
   berongga di dalam. Jika pintu oven dibuka ini
   menyebabkan pastri boleh mengempis dan tidak
   naik.)
Inti Krim Kastard:
30 gm tepung kastad
30 gm tepung jagung
50 gm susu tepung
450 gm air
100 gm gula
10 gm majerin
Cara:
1. Bancuh susu tepung dan air.
2. Campurkan tepung kastad dan tepung jagung
   dengan 80 % bancuhan susu.(Tinggalkan 20% 
   bancuhan susu).
3. Panaskan bancuhan 80% susu, bersama gula.
4. Selepas itu bancuhan tersebut campurkan 
   dengan bancuhan susu yang tinggal 20% tadi. 
5. Kacau sebati campuran tersebut dan tuang semula 
   ke dalam periuk.
6. Masak hingga pekat. 

Monday, December 20, 2010

Kek cawan coklat ganache

Ggee anak saudara husband telefon ..boleh buatkan kek cawan, topping cholate ganache....nak 24 biji untuk bawa kat ofis...saya pun buatkan....kek ni lagi remeh sebenarnya dari choklat.....tapi saya buatkan juga....
Dia kata nak pelbagai hiasan...inilah hasilnya...








Friday, October 29, 2010

Coklat dan kek cawan

Masa 10.10.10 tarikh hari perkahwinan yang cukup popular, anak saudara husband pun termasuklah dalam kategori pasangan pengantin untuk tarikh tersebut, tapi sebelah lelaki, sebelah beliau buat pada 09.10.10. Waktu dah dekat nak kenduri lepas Hari Raya, tanya adik sipengantin..kak Siti nak tak hantaran coklat ?, kalau nak boleh buatkan...masa kitaorang kat Melaka, dia telefon dari Bangi...kata nak, termasuklah kek cawan...so..saya buatkanlah...inilah hasilnya....


Kek cawan bersalut choklat ganache,strawberry, cherry dan hiasan bunga gula.

Coklat pula..coklat badam, coklat pralin, dan coklat badam + bubble crispy rice.

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails