Showing posts with label Aneka Sos. Show all posts
Showing posts with label Aneka Sos. Show all posts

Friday, May 16, 2014

Sos Cheesy Wedges...Resepi Sedappp Dan Mudah Sangatttt......!!!!!

Resepi kali ni khas untuk kentang wedges ala KFC atau boleh
juga dimakan bersama kentang goreng.Kentang wedges boleh
buat sendiri, tapi saya beli dah siap aje. Tapi sos saya buat
sendiri...senang wehhh..buat sos tu....sedap sangatttt....
Ini entah kali keberapa buat pun dah tak tahu...oleh kerana
anak-anak suka jadi saya masukkan dalam blog...senang untuk 
anak-anak buat rujukan.Pada siapa yang belum buat...cubalah
buat sendiri....senang ajerrrr tak payah membazir duit beli
kat KFC, bukan dapat banyak pun kalau beli, baik buat 
sendiri...!!!!

Sos Cheesy Wedges - Amy. 

Bahan-bahan:-
2 camb mentega @ majerin
1 kiub pati ayam
2 sudu besar serbuk cili
2 sudu kecil serbuk lada putih @ serbuk lada sulah
2 cawan susu segar @ susu cair  
8 - 10 keping cheesedale
1/2 cawan keju parut mozzarella  
sedikit pewarna kuning

Cara membuat:
1.   Cairkan mentega atas api sederhana perlahan.
2.  Masukkan susu segar @ susu cair, kacau rata. 
3.  Masukkan kiub pati ayam, serbuk cili dan serbuk lada 
    sulah.
4.  Kacau perlahan-lahan, masukkan cheesedale dan keju 
    parut mozarella.
5.  Kacau selalu hingga cheese dan keju cair.
6.  Masukkan sedikit pewarna kuning, kacau rata.
7.  Jangan sampai mendidih. Angkat.
8.  Tuangkan diatas kentang wedges.

* Boleh simpan dalam bekas plastik, jika beku bila dah simpan
  boleh panaskan semula. 
  Saya masukkan dalam botol untuk buat roti jala, tu yang
  boleh di celorengkan diatas kentang wedges.




Thursday, March 14, 2013

Kacang Panggang Bersosej


Kacang Panggang Bersosej- Resepi Hanieliza

Bahan
10 batang sosej
1 tin kacang panggang
4 s/b sos tomato
3 s/b sos cili
1 labu bawang besar [hiris]
1 s/k lada hitam
1/2 cawan air
garam
minyak

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang sehingga layu.
2. Masukkan sausage dan goreng sehingga masak dan 
    garing.
3. Masukkan garam, air, lada hitam, sos cili dan sos 
   tomato. Kacau rata.
4. masukkan baked beans dan kacau perlahan.
5. Masukkan air dan kacau perlahan-lahan.
6. Bila nampak pekat, angkat dan hidangkan dengan 
    roti atau nasi.



Wednesday, March 13, 2013

Sos Black Pepper Bercendawan

Satu lagi resepi bila tak nak masak nasi...

Sos Black Pepper Bercendawan

Bahan-bahan:
2 camb mentega
1 labu bawang besar - dicincang/dipotong dadu
2 camb tepung gandum
500ml air rebusan ayam atau guna kiub ayam
2-3 camb kicap pekat
1 camb oregano atau mix herbs
2 camb serbuk lada hitam
1 cawan cendawan butang - dihiris

Cara:
1.  Panaskan mentega, tumiskan bawang besar
   sehingga wangi .
2.  Masukkan pula tepung dan kacau sebati.
3.  Masukkan air rebusan ayam, kicap pekat, serbuk
Lada hitam, oregano (jika suka). Kacau rata.
4.  Akhir sekali masukkan hirisan cendawan butang.
5.  Kacau dan biarkan kuah pekat.
6.  Hidangkan dengan chiken chop, steak juga
sampingan lain seperti kentang goreng, coleslaw,
kacang panggang.

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails