Showing posts with label Aneka kuih goreng. Show all posts
Showing posts with label Aneka kuih goreng. Show all posts

Monday, April 28, 2014

Cekodok Ikan Bilis Air Panas..Lembut Dan Sedapppp!!!

Sekali-sekala makan cucur atau cekodok memang sedap.
Resepi asal dari yatiememories,tapi ada bahan yang dah
saya tambah mengikut selera...(suka hati je kannn??)
dan cara diolah pun diubah suai ikut keselesaan. Jadi
siapa yang nak resepi asal boleh ke blog yang telah di
linkkan. Cekodok ni memang lembut walaupun dah
berjam di goreng...sedappp!!!!

Cekodok Ikan Bilis Air Panas
Bahan-Bahan
3 cawan tepung gandum*
1 cawan ikan bilis (bersihkan jangan di tumbuk)*
3 sudu besar udang kering - dikisar*
1 biji bawang besar potong2 kecil*
1 biji lada merah(dihiris)*
daun sup dan daun bawang (hiris)*
garam secukup rasa*
2 1/2 cwn air panas mendidih
2 sudu besar minyak panas
minyak untuk menggoreng

Cara-Cara:-
1.  Satukan bahan bertanda* gaulkan rata.
2.  Buatkan lubang ditengah adunan.
3.  Tuangkan air panas dan kacau dengan cepat,
    adunan akan menjadi berat dan kental. Gaul rata.
4.  Masukkan minyak panas, gaul rata, kemudian
     jemput adunan buat seperti bebola atau ikut suka 
     hati.
5.  Panaskan minyak dan goreng dengan api
     sederhana hingga kekuningan.
7.  Angkat dan toskan. Hidangkan bersama sos 
    kegemaran.
Tips: Jika tak masukkan minyak panas, tangan mesti
       disapu dengan tepung sebelum adunan menjadi
       bebola.
 

Thursday, December 26, 2013

Cucur Jagung...Lembut sedappp!!!....

Buat cucur ni untuk minum petang...sedap..lembut...

Cucur Jagung – Amy.
Bahan-bahan:
3 cwn tepung gandum
1 cawan udang segar -bersihkan
1 cwn jagung (whole kernel)
3 tangkai daun kucai dihiris
1 labu bawang besar - dikisar
2 sudu besar udang kering – dikisar
1 sudu teh baking powder
1 ½ sudu teh garam
1 biji telur
1 biji lada merah - cincang halus (atau ganti dengan
serbuk lada)
air panas secukupnya

Cara:
1. Udang bersihkan dan di hiris halus.Ketepikan.
2. Masukkan tepung, jagung, daun kucai dalam bekas adunan.
   Gaul rata.
3. Masukkan bahan kisar(udang kering dan bawang)juga udang
   segar yang telah dihiris halus.
4. Masukkan air panas sedikit demi sedikit, garam dan telur.
   Gaul sebati.
5. Adunan jangan terlalu pekat atau cair.
6. Panaskan minyak, goreng hingga masak, angkat dan toskan.
7. Hidang bersama sos.
   Tips: Air panas untuk jadikan cucur yang lembut.
   Air sejuk dan minyak panas untuk jadikan cucur rangup.
  


Thursday, December 12, 2013

Kuih Karipap Inti Yang Sedappp !!!!

Resepi karipap gabungan dari 2 resepi, adun doh ikut 
cara Kak Besah Myr, tapi guna air sejuk peti ais ikut 
cara kakak kat Klang dan perahkan jus limau ikut cara
blogger masakan Diana.Inti pulak ikut bahan dari resepi 
Blog Chef Azli Razali tapi saya lebihkan jumlah bahan 
dari resepi asal,pasal doh nya satu kilo dan tambah gula, bawang putih, daun sup juga daun bawang (dalam 
resepi asal tiada). Inti karipap ni memang sedapppp sangat…..!!!Tapi kalau nak resepi asal boleh terus ke 
blog Chef azlirazali.

Kuih Karipap – Amy
Resepi asal doh pastry – Kak Besah Myr.
Resepi inti – Chef Azli Razali.
Resepi inti asal - Asnawi moms's recipe

Inti Karipap  
Bahan–bahan:
8 biji kentang / 700 gm
1 biji /300 gm keledek kuning
6 sudu makan udang kering-di kisar
1 cawan daging kisar (pilihan)
2 paket kecil rempah kari ikan Babas
2 biji bawang besar – dikisar
2 ulas bawang putih
1 tangkai daun kari
2 tangkai daun sup dan daun bawang
5 cawan air
Secukup rasa garam dan gula.

Cara-cara penyediaan

1. Campurkan kari,daun kari,bawang kisar,udang kering 
   dan sedikit air hingga membentuk pes.
2. Kemudian tumis dengan minyak yang panas sehingga
   harum dan sedikit garing.
3. Masukkan daging jika menjadi pilihan dan kacau 
   sehingga daging masak.
4. Masukkan air,kentang dan keledek.
5. Masak sehingga kentang,keledek empuk dan perisakan 
   dengan garam dan gula.

Bahan untuk pastri:-
1 kg tepung gandum.
3 1/2 senduk minyak msk ( 340ml)
500ml air paip (1 botol mineral kecik) + 1 sudu 
makan garam.(saya guna air mineral sejuk dari peti ais)
2 biji jus limau kasturi

Cara :
1. Panaskan minyak(3 1/2 senduk) hingga betu-betul
   panas lalu curahkan ke dalam tepung. Kacau rata 
   dengan senduk.
2. Bila tepung dah mulai suam-suam, campurkan air 
   garam sedikit-sedikit sambil digaul/diuli hingga 
   menjadi doh. Air tak semestinya habis digunakan.
   Campur perahan jus limau kasturi dan uli lagi. 
   Tidak perlu uli dengan kuat asal sebati cukup. 
   Doh biarlah agak keras sedikit, bila diperap dalam 
   plastik nanti doh akan menjadi lembut.
3. Masukkan doh dalam plastik yang tidak bocor dan 
   ikat dengan getah. Perap/biar sehingga 15 minit 
   supaya doh berpeluh dan menjadi lembut.
4. Ambil secubit doh lalu digentel bulat sebesar 
   penutup botol mineral. Buat dlm 15 bebola dahulu. 
   Ikat balik plastik doh.
5. Gelek doh hingga leper (jgn nipis sangat).Letakkan 
   sesudu inti dan kelimkan.Ulang membuat bebola doh,
   gelek,isi inti dan kelim. Buat sampai habis.
6. Goreng dengan api perlahan supaya kulit pastry x 
   menggerutu. 
   -  pastry tahan 24 jm tanpa msuk fridge. 
   (tapi inti kena masuk fridge..) -



Terima kasih untuk En.Hubby, sebab dia yang tolong
kelim kuih karipap ni..saya hanya masak inti dan buat
bancuhan pastri juga uli doh..Oleh kerana resepi ni 
dapat banyak,sebab 1 kilo tepung, anda boleh simpan 
karipap yang sudah dibuat dalam peti ais, tapi sebelum
simpan saya masuk dalam oven bakar 5-10 minit,(ikut
cara kakak kat Klang)baru simpan dalam bekas (lapiskan 
dengan plastik) dan masuk dalam peti sejuk. 

Sunday, September 15, 2013

Donut Mudah @ Bebola Donut


Saya dah buat donut ni minggu lepas tapi tak sempat
update..sebab lepas buat, pegi Kuala Kangsar, ambil si Iqa
turun dari XPDC Gunung Bubu, sakit kaki, sakit pinggang,
bawa balik ke KL. Jumpa doktor, doktor bagi 2 hari MC.
Ni pulak update blog dari Penang.

Donut Mudah  - Amy
Resepi asal : iezamel78 Donut @ MYR
Sumber : Mamasya

Bahan-bahan ( 20 - 25 biji )
3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam kuku
2 sudu besar mentega
6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi
yang tak suka manis)
3 sudu besar susu pekat manis
1 paket yis (jenama mauripan)
1 biji telur

Cara-cara
1.  Cairkan mentega dan ketepikan.
2.  Gula dan susu disatukan di dalam air suam,
     kacau supaya gula larut. masukkan yis,
     kacau lagi.
3.  Biarkan selama 10 minit.
4.  Pukul telur sedikit dan campurkan bersama
     mentega cair tadi.
5.  Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih,
     masukkan pula mentega yang dicampur
     telur tadi. Kacau.
6.  Masukkan campuran yis kedalam mangkuk
     yang berisi tepung gandum, gaul sebati
     dengan senduk kayu. biar adunan lagi
     selama 45 minit.
7.  Banyakkan tepung ditangan supaya adunan
     tak melekat.(adunan memang agak lembik).
8.  Ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan
     atas papan pencanai. tekan acuan donut yg
     telah dicelup sedikit tepung.
9.  Sediakan minyak untuk menggoreng.
     Gunakan api sederhana. alih selalu supaya
     dapat warna yang sekata. setelah agak
     kekuningan bolehlah diangkat.
10. Tabur gula caster atau hias dengan coklat cair
      dan ditabur dengan coklat rice.. ikut cita rasa.

     * Saya tak pakai acuan, cuma bulat2kan....rehat 
       kejap..barulah digoreng. 

Sunday, March 4, 2012

Murtabak Segera @ Murtabak Popia


Malam tadi terasa nak makan murtabak..
malas nak keluar,
kebetulan kat dalam peti ais
ada kulit popia..
dan lebihan inti karipap...
hmm apa lagi, laju ajelah
membuat murtabak segera ni...
tapi saya sertakan jugalah
resepi penuh,senang untuk rujukan
 kemudian hari...
MURTABAK SEGERA
Resipi:
Minami133 MyR
Servings: 6 orang
100 g daging cincang
2 biji ubi kentang
*1 batang karot - potong dadu
1 sudu setengah rempah kari
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
daun sup
1 sudu kecil garam
kulit popia *size besar ye
2 biji telur
Cara-caranya:
1.  mula2 buat inti utk murtabak.
 bawang besar, bawang putih, kentang
dan karot di potong dadu.
 tumiskan bawang.
2.  apabila bawang sudah layu,
masukkan rempah kari
yang telah dibancuh dgn air.
 goreng sehingga pecah minyak.
 kemudian masukkan daging cincang.
3.  apabila daging masak,
masukkan kentang dan karot
yang dipotong dadu.
masukkan garam . jika terlalu kering,
tambahkan air.
masak sehingga kentang empuk.
akhir sekali masukkan daun sup.
4.  pukul telur di dalam mangkuk.
masukkan inti tersebut ke dalam telur.
 kacau sehingga sebati.
5.  ambil kulit popia
dan bungkus inti murtabak segiempat.
cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
6.  goreng murtabak dgn api yg perlahan
dan sedikit minyak.

Sunday, February 19, 2012

Jemput-jemput Udang


Petang hujan lebat, lapar lak pulak...apalagi goreng jemput-jemput sedap ni...kebetulan memang ada tauge dan kucai, udang pun ada lagi...

JEMPUT-JEMPUT UDANG -Amy
Bahan-bahannya :
3 cawan tepung gandum
1 mangkuk kecil udang basah dibuang kulit
2 biji bawang merah - dikisar
1 paket kecil udang kering - dikisar
1 mangkuk kecil sayur tauge
seikat daun kucai - dipotong
secubit baking powder
1 sudu kecil garam
air secukupnya - jangan cair
minyak untuk menggoreng

Cara-caranya :
Udang basah dibuang kulit dan dicincang kecil.
Bawang merah dan udang kering dikisar bersama.
Campurkan semua bahan-bahan dan masukkan air sedikit-sedikit.
Gaul hingga rata, kacau adunan sehingga elok pekatnya.
Adunan boleh digoreng guna sudu atau dijemput guna tangan
Goreng hingga kekuningan di dalam deep fryer(kuali biasa pun boleh).
Bolehlah dimakan bersama sos cili atau kuah kacang ke….
* Guna deep fryer ni, gorengan lebih sekata dan garing.

Monday, December 20, 2010

Kuih Cucur @ cekodok

Si kakak Diba tak suka kuih-muih...Fiqa kuih cucur manis je...dia makan...dan si Thira dan husband suka cekodok pisang, jadi kalau teringin kuih cucur @ cekodok ...dua jenis ni jelah saya buat..kalau buat cucur ikan bilis ke, udang ke, jagung ke...alamatnya saya sorang lah kena perabih.....mana emaknya tak gemuk....hua..hua...
Cucur manis...tapi....anak-anak panggil cucur putih..tak dak resepi noo...pakai ADABI punya...dan satu lagi cucur...
Cekodok pisang...resepi seperti di bawah....

JEMPUT-JEMPUT PISANG - UMMI

Bahan:-

7-8 biji pisang

1 1/2 cawan tepung gandum

2 sudu besar gula

1 sudu kecil garam halus

sedikit air (optional)  

Cara:-

Kupas pisang dan lenyek halus. Masukkan tepung, gula dan garam. Bancuh sebati. Goreng...Mudah aje kan...!

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails