Thursday, December 12, 2013

Kuih Karipap Inti Yang Sedappp !!!!

Resepi karipap gabungan dari 2 resepi, adun doh ikut 
cara Kak Besah Myr, tapi guna air sejuk peti ais ikut 
cara kakak kat Klang dan perahkan jus limau ikut cara
blogger masakan Diana.Inti pulak ikut bahan dari resepi 
Blog Chef Azli Razali tapi saya lebihkan jumlah bahan 
dari resepi asal,pasal doh nya satu kilo dan tambah gula, bawang putih, daun sup juga daun bawang (dalam 
resepi asal tiada). Inti karipap ni memang sedapppp sangat…..!!!Tapi kalau nak resepi asal boleh terus ke 
blog Chef azlirazali.

Kuih Karipap – Amy
Resepi asal doh pastry – Kak Besah Myr.
Resepi inti – Chef Azli Razali.
Resepi inti asal - Asnawi moms's recipe

Inti Karipap  
Bahan–bahan:
8 biji kentang / 700 gm
1 biji /300 gm keledek kuning
6 sudu makan udang kering-di kisar
1 cawan daging kisar (pilihan)
2 paket kecil rempah kari ikan Babas
2 biji bawang besar – dikisar
2 ulas bawang putih
1 tangkai daun kari
2 tangkai daun sup dan daun bawang
5 cawan air
Secukup rasa garam dan gula.

Cara-cara penyediaan

1. Campurkan kari,daun kari,bawang kisar,udang kering 
   dan sedikit air hingga membentuk pes.
2. Kemudian tumis dengan minyak yang panas sehingga
   harum dan sedikit garing.
3. Masukkan daging jika menjadi pilihan dan kacau 
   sehingga daging masak.
4. Masukkan air,kentang dan keledek.
5. Masak sehingga kentang,keledek empuk dan perisakan 
   dengan garam dan gula.

Bahan untuk pastri:-
1 kg tepung gandum.
3 1/2 senduk minyak msk ( 340ml)
500ml air paip (1 botol mineral kecik) + 1 sudu 
makan garam.(saya guna air mineral sejuk dari peti ais)
2 biji jus limau kasturi

Cara :
1. Panaskan minyak(3 1/2 senduk) hingga betu-betul
   panas lalu curahkan ke dalam tepung. Kacau rata 
   dengan senduk.
2. Bila tepung dah mulai suam-suam, campurkan air 
   garam sedikit-sedikit sambil digaul/diuli hingga 
   menjadi doh. Air tak semestinya habis digunakan.
   Campur perahan jus limau kasturi dan uli lagi. 
   Tidak perlu uli dengan kuat asal sebati cukup. 
   Doh biarlah agak keras sedikit, bila diperap dalam 
   plastik nanti doh akan menjadi lembut.
3. Masukkan doh dalam plastik yang tidak bocor dan 
   ikat dengan getah. Perap/biar sehingga 15 minit 
   supaya doh berpeluh dan menjadi lembut.
4. Ambil secubit doh lalu digentel bulat sebesar 
   penutup botol mineral. Buat dlm 15 bebola dahulu. 
   Ikat balik plastik doh.
5. Gelek doh hingga leper (jgn nipis sangat).Letakkan 
   sesudu inti dan kelimkan.Ulang membuat bebola doh,
   gelek,isi inti dan kelim. Buat sampai habis.
6. Goreng dengan api perlahan supaya kulit pastry x 
   menggerutu. 
   -  pastry tahan 24 jm tanpa msuk fridge. 
   (tapi inti kena masuk fridge..) -



Terima kasih untuk En.Hubby, sebab dia yang tolong
kelim kuih karipap ni..saya hanya masak inti dan buat
bancuhan pastri juga uli doh..Oleh kerana resepi ni 
dapat banyak,sebab 1 kilo tepung, anda boleh simpan 
karipap yang sudah dibuat dalam peti ais, tapi sebelum
simpan saya masuk dalam oven bakar 5-10 minit,(ikut
cara kakak kat Klang)baru simpan dalam bekas (lapiskan 
dengan plastik) dan masuk dalam peti sejuk. 

5 comments:

  1. Yumm..nmpk sedap sgt.. nak cuba la..tq for the recipe Amy!!

    ReplyDelete
  2. Sama2 cubalah...Puan Azlita Masam-manis tu kata sedap...(blogger masakan yg top tu).

    ReplyDelete
  3. Sedapnya recipe epok2 kakak.. saya pun mau mencuba :))

    ReplyDelete

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails