tentang kesusahan hidup rakyat Islam tidakn menghalangnya.
“Boleh
dibuat, hendak berhimpun ke.. hendak berdoa ke..
atau
naik sepanduk pun boleh. Negara demokrasi Islam
membenarkan
rakyat tegur kerajaan,” kata Tuan Guru
Datuk
Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Mursyidul Am PAS berkata,Islam
memberi peluang kepada
rakyat untuk beritahu kesusahan
mereka kepada kerajaan.
“Waktu
Saiyidina Abu Bakar jadi Khalifah beliau menyebut
kalau
aku betul tolong bantu aku, kalau aku salah tolong
betulkan
aku. “Kemudian
bangun seorang sahabat, dia kata
kalau kamu salah
aku akan betul dengan mata pedang,”
katanya ketika ditemui
di pejabat Institut Pemikiran Tok
Guru di sini,hari
ini.
Beberapa
NGO termasuk Gerakan Turun Kos Sara Hidup
(Turun)
menganjurkan perhimpunan aman pada malam
31
Disember ini bagi mendesak kerajaan menurunkan kos
hidup
rakyat.
Bagaimanapun
kerajaan BN melalui media dikuasainya
melabelkan
perhimpunan aman tersebut sebagai agenda bagi menggulingkan kerajaan. (hanya bersandarkan e-mel palsu)
Tuan
Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, beliau menyokong
perjuangan
anak-anak muda yang bersusah payah membawa
isu
rakyat.
“Tidak
boleh kita membisu, hak kita menegur. Hak orang
besar
mesti dengar. Sebab
itu agama tidak boleh diasingkan
daripada politik. Kalau
agama dianggap lain daripada politik
itu tidak kena.
“Kalau
tidak ada kaitan dengan agama, maka mereka bebas
melakukan
apa sahaja sehingga boleh menyelewengkan wang
rakyat
dan sebagainya.
“Bebas
macam mana mereka pun makhluk. Dunia yang
kita duduk
bukan hak kita,apabila mati kita akan disoal
dalam kubur
lagi,” ujarnya. Menurutnya juga menjadi
orang besar (pemimpin) bukan suatu kesenangan.
Bekas
Mufti Perlis pula,Prof Dr Mohd Asri Zainal Abidin
telah pun menyuarakan mengenai perkara itu, hari ini beliau
terus menyindir tindakan kerajaan.Beliau yang juga pendakwah
bebas itu turut meluahkan rasa mengenai tindakan kerajaan
apabila menerima respons rakyat berhubung perkara tersebut.
Mohd
Asri berkata,tindakan rakyat biasa sering disalah tafsir
dan
dianggap untuk menjatuhkan kerajaan.
"Inilah
nasib seorang rakyat biasa... jika bicara soal
kenaikan harga, dituduh ingin gulingkan negara.
kenaikan harga, dituduh ingin gulingkan negara.
"Diri
diancam undang-undang penderhaka,jika diam
menyimpan rasa di dada, dikata pula suka dan reda.
menyimpan rasa di dada, dikata pula suka dan reda.
"Naiklah
harga semahunya, jika merungut duka dihalau
pula keluar dari negara, agak-agak Malaysia ini siapa
punya?,"tulisnya di laman Twitternya, hari ini.
pula keluar dari negara, agak-agak Malaysia ini siapa
punya?,"tulisnya di laman Twitternya, hari ini.
No comments:
Post a Comment