Thursday, December 19, 2013

Ajar dan Suruhlah Anak-anak Solat !!!


Kisah yang menyentuh hati saya…
Ceritanya begini...

Suatu hari, seorang ustazah travel.Dia singgah di rumah
seorang sahabatnya yang mana pasangan suami isteri 
tersebut adalah guru biasa. Si suami seorang guru 
penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini 
sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami 
isteri ini masih di sekolah.Walau bagaimanapun beberapa 
orang dari 8 orang anak mereka yang ke semuanya lelaki 
yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu dan 
yang paling muda masih bayi. Anak sudah ada yang 
pulang dari sekolah.Waktu zohor masuk,abang yang tua 
mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk 
solat berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam.

Sewaktu dalam rakaat kedua,salah seorang adiknya yang 
berumur lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh 
tatkala melihat jemaah yang sedang solat,dia mengambil 
wudhu' dan solat bersama jemaah, ia ikut ruku' apabila 
imam ruku'. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan 
selesai imam memberi salam, dia bangun menyelesaikan 
satu rakaat solatnya yang tertinggal. Masya Allah..!!! 
adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk... 
ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji ALLAH. Bayangkan betapa taatnya 
anak-anak yang masih kecil ini menunaikan perintah 
ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau 
mana-mana orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh. 

Cerita tak berakhir di situ.Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu.Apabila subuh, ustazah menyangka dialah 
yang paling awal bangun kerana dia bangun selesai sahaja
azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa.Takjubnya
dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang 
sibuk ambil wudhu'.Bayangkan 7 orang budak lelaki 
dengan yang paling tua berumur 13 tahun dan yang ke
tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil wudhu' di 
bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu 
anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil 
berzikir.

Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). 
Sewaktu hendak mula solat,si ibu meletakkan anak 
bongsunya yang masih bayi(yang sedang jaga)di sisinya. 
Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah 
sepanjang mereka solat.Dan sekali lagi cerita tak 
berakhir di situ.

Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur 
kerana penat travel semalamnya tak surut lagi.Alangkah 
terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah 
berpusing menghadap jemaah sambil berkata,"Anak-anak..
hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa". 
Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun 
mendengar kuliah subuh yang disampaikan.

Masya Allah..bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab 
bahawa itu persediaan dia dan suaminya sebelum mati. 
Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 orang 
itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah 
untuk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu..
Lagipun anak-anak mereka semuanya lelaki... Pasangan 
suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka 
terabai tanpa pedoman... 

Cuba kita tanya diri kita sendiri...
-Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat 
mengamalkan solat jemaah dalam keluarga???
-Berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang 
pandai solat masbuk???
-Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik- adik mereka ??? 
-Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak 
mereka sedemikian rupa yang taat melaksanakan 
perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka 
yang lebih dewasa ???

Subhanallah. .. Alhamdulillah... semoga apa yang saya 
sampaikan ini menjadi pedoman dan iktibar buat kita 
semua...

No comments:

Post a Comment

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails