Dalam kehidupan kita ni..cara berfikir..cara bercakap,
cara kita menyampaikan apa yang kita fikir berbeza-beza
dan orang yang mendengar dan juga untuk orang
memahami juga berbeza-beza. Ada orang akan faham dan
ada orang yang tidak faham apatah lagi jika orang yang
bercakap itu berbahasa dalam bahasa "yang tinggi".
Tetapi cerita yang ingin dikongsikan ini, sangat mudah
untuk difahami. Jika kita merasa kepayahan dan
keperitan hidup untuk kita tempuh hari-hari yang
mendatang, jadikanlah kisah ini sebagai INSPIRASI atau MOTIVASI.
Kisah Pakcik Penjual
Laksa Beras
Suatu
hari sedang saya membersihkan halaman,lalu
seorang
penjual laksa beras, menaiki motorsikal
mengelilingi
kampung. Oleh kerana matahari telah makin
merendah
selepas Asar,saya pun berhenti rehat.Apabila
nampak
penjual laksa beras lalu,saya pun memanggil
untuk
merasa laksa berasnya.Baru kira-kira satu bulan
saya
dan keluarga berpindah ke kampung ini, bertugas
sebagai
inspektor menjaga parit dan saliran.
Saya
melaung bertanya kepada isteri dan anak-anak,
adakah
mereka juga turut ingin makan laksa beras.
Isteri
dan anak-anak 4 orang juga inginkan laksa beras.
Bermakna
saya pesan 6 pinggan laksa beras. Dengan
menggunakan
ukuran mangkuk standardnya laksa dihidang
dalam
mangkuknya dahulu sebelum dituang ke pinggan
yang
pelanggan sediakan.
Zaman
ini,kebanyakan penjual laksa beras bermotorsikal
tidak
perlu bawa banyak mangkuk atau plastik bungkus.
Cukup
sebuah mangkuk yang dibawanya untuk jadi ukuran
yang
sama setiap pinggan yang dipesan pelanggan.Semua
yang
membeli laksa beras perlu membawa pinggan atau
mangkuk
sendiri ke motor pakcik jual laksa itu berhenti.
Setelah
membeli laksa beras, pelanggan akan makan
di
dalam rumah masing-masing bersama keluarga.Cara ini
telah
menyelamatkan alam sekitar, tidak ada pelupusan
bahan
plastik atau pembaziran bekas.
Setelah
membayar harga bagi 6 pinggan laksa beras,saya
melihat
penjual itu membahagikan duit yang saya bayar
kepada
3 tempat. Duit itu di bahagi 3, 1/3 ke dalam
dompet,
1/3 ke dalam laci duit dan 1/3 ke dalam bekas
seperti
tabung.
Melihat
keadaan itu, menjadikan saya teruja ingin tahu
kenapa
duit-duit itu diasingkan. Maka terus saya
bertanya,“Pak
cik kenapa pakcik asing-asingkan duit
tersebut?”
Pakcik
itu pun menjawab, “Duit yang masuk dompet
digunakan
untuk perbelanjaan perniagaan dan keluarga,
duit
yang masuk tabung untuk simpanan
penyempurnaan
agama dan duit yang masuk laci untuk
infak.
Dalam
setiap rezeki yang kita perolehi,ada hak orang
lain
juga. Walaupun sikit, kita wajar berbagi sama.Saya
menggilirkan
wang itu antara beberapa surau dan masjid.
Atau
untuk rumah anak yatim juga. Selama lebih 20
tahun
saya berniaga laksa beras, dari berbasikal,sekarang
sudah
bermotorsikal, setiap tahun saya dapat
melaksanakan
ibadah korban walaupun cuma 1 ekor
kambing
yang sederhana besar. Alhamdullilah, saranan
agama,
walaupun sunat, ia dapat dilakukan. Setiap hari
saya
mula berniaga dari pukul 11.00 pagi. Apabila tiba
di
mana-mana kampung,menjelang waktu solat sama ada
zohor
atau asar, saya akan berhenti untuk solat
berjemaah
di mana-mana surau kampung berkenaan.Saya
tidak
akan lupa memasukkan sedikit hasil jualan laksa
beras
ini walaupun sedikit.
Walaupun
cuma menjual laksa beras, saya tetap
dapat
mengerjakan
solat di awal waktu secara berjemaah.Dapat
menginfak
wang hasil jualan laksa beras untuk dikongsi
dengan
orang lain. Saya suka berniaga mengelilingi
kampung
dan berhenti solat di mana-mana surau atau
masjid
yang ditemui menjelang waktu solat.Saya pernah
dengar
tuan guru kata, nanti di mahkamah akhirat,bumi
dan
hari akan menjadi saksi. Maka nanti bumi akan
berkata,
si polan pernah solat di sini, di sini, di sini.
Hari
Isnin sipolan solat di masjid ini, hari Selasa kata
si
polan solat di surau ini dan seterusnya.Saya tidak
kaya,tidak
punya harta yang banyak untuk melaksanakan
zakat
atau wakaf, namun saya tetap bersedekah ikut
rezeki
yang Allah berikan kepada saya setiap hari.
Duit
dalam tabung pula sebagai simpanan untuk
menyempurnakan
rukun Islam.Islam terdiri dari 5 rukun,
mengerjakan
haji adalah rukun ke 5. Adakah solat itu
sempurna
jika rukunnya tidak sempurna? Saya merasakan
Islam
saya tidak akan sempurna jika rukunnya saya
tidak
sempurnakan. Oleh itu saya mahu berusaha
menyempurnakan
rukun Islam ke 5 iaiatu mengerjakan
haji.
Jika tidak menabung, bagaimana mungkin saya
dapat
mengerjakan haji kerana ia memerlukan biaya
yang
besar.”
Terpegun
saya dengan jawapan yang diberikan oleh
seorang
penjual laksa beras ini. Seorang penjual laksa
beras,mempunyai
misi dan visi yang jelas sebagai seorang
Islam.
“Pakcik,bukankah
mengerjakan haji bagi yang mampu saja,
jika
tidak mampu kita tidak dituntut untuk
mengerjakannya.”
“Bagaimana
boleh mampu jika kita tidak usaha menuju
ke
arah mampu.Jika tidak menabung, bagaimana mungkin
akan
mampu mengerjakan haji suatu hari nanti? Mampu
itu
kita sendiri yang tentukan. Adakah selamanya kamu
mahu
hidup miskin jika kamu tidak usaha menjadi kaya
dengan
menabung sedikit-sedikit mengumpul modal bagi
meluaskan
perniagaan?”
MasyaAllah,begitu
jelas sekali fikirannya tentang maksud
mampu.
Tersentap hingga hujung hati bila membanding
diri
ini dengan pakcik yang hanya menjual laksa beras
bermotosikal
menggelilingi kampung. Muka saya bagai
ditampar-tampar
kerana berilmu tetapi tidak beramal.
Siapa
yang sangka dan ambil peduli akan kejernihan
fikiran
pakcik dalam melaksanakan syariat agama Islam
ini.
Kisah
ini saya abadikan bagi mengingatkan keenakan laksa
beras
yang selalu saya beli dari seorang penjual laksa
beras
yang bermotosikal mengelilingi kampung.Tidak pasti
adakah
pakcik ini masih hidup atau telah meninggal dunia.
Laksa
berasnya memang enak.
Sama-samalah
kita mengambil iktibar darinya untuk
kebaikan
diri kita sendiri. http://fid.ohmacamitu.com/
*Kata
orang alim - Rezeki yang berkat itu sedikitnya
cukup,banyak
boleh diagih-agihkan. Semuga kita dalam
rahmat
dan lindungan Allah selalu..Aminnnn....!!!
No comments:
Post a Comment