Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri
Zainal Abidin hari ini membidas
sikap sesetengah
pemimpin negara yang didakwa hanya berani menegur
rakyat
sebaliknya tidak berani mengkritik salah urus
tadbir negara demi kelangsungan
politik.
Menulis
di dalam entri Facebooknya, Dr Asri
menganggap pemimpin yang mempunyai perilaku
seperti
ini tidak layak untuk diangkat sebagai tokoh kerana
baginya mereka
berjuang untuk kepentingan dan
kesenangan sendiri dan bukan untuk kepentingan
awam.
"...tokoh-tokoh
yang hanya berani mengkritik rakyat
yang daif tapi mendiamkan diri atas
kesalahan
pemerintah yang mempunyai kuasa, merupakan tokoh
yang mendahulukan
kepentingan dirinya dari
kemaslahatan awam.
"...tokoh-tokoh
yang hanya berani menyuruh rakyat
bawahan bersabar, bersyukur dan berjimat
semasa
keadaan kehidupan rakyat mendesak tapi tiada
keberanian mengkritik
pembaziran, salah urus, tidak
menepati janji yang berlaku di pihak berkuasa
tidak
layak untuk diangkat sebagai tokoh yang dihormati
rakyat.
"...kerana
mereka berjuang untuk kepentingan dan
kesenangan sendiri bukan untuk
kepentingan awam,"
katanya lagi.
*Saya tidak tahu bidasan ini ditujukan kepada siapa..?? Adakah kepada orang-orang yang gah
namanya tapi tak berbuat apa-apa atau isu yang
tengah hot sekarang ni...Wallahu'alam....
Teringat orang tua-tua pernah berkata..
Cakap siang pandang-pandang,
cakap malam dengar-dengar...
Kerana pulut santan binasa,kerana mulut...
sambung sendiri aaa..!!!
No comments:
Post a Comment