Monday, September 26, 2016

Kempen Daftar Pemilih...Cepat ..Cepat..!!!!

Assalamualaikum???
Post yang lepas cerita pasal Daftar Pemilih. Hari ni nak
cerita lagi…dah capai umur 21 tahun tolonglah pegi daftar
nama anda semua sebagai pengundi. Saya sendiri bawa 
anak saya pegi pejabat pos untuk daftar nama beliau..sebab 
kalau harap dia sendiri pergi memang taklah….
Apa yang saya perhatikan anak-anak muda hari ini ada 
yang tak ambil berat pasal pilihanraya ini. Buat hal masing
-masing. Apatah lagi kalau leka dengan telefon bimbit…
hmmm!!!!
Jadi ibu bapa harus main peranan untuk perkara begini..
kalau kita tak buat nak harap siapa lagi…Pendatang asing 
berduyun masuk ke Malaysia, bulan ni jer bederet-deret
kumpulan ni tiba di KLIA, walaupun menteri kata di 
berhentikan kemasukan mereka ini…hampehhhhh…!!!!
Pendaftaran warga asing ni pun sangat aktif di Sabah,
Fahamkan daftar untuk apa??? Kalau tak faham tak dapek 
den nak nolong. Saya kagum dengan wanita yang duduk 
di Oman ni sampai sanggup bayar untuk iklan daftar pemilih ..
Ada  baki 4 hari lagi untuk daftar kalau nak mengundi 
PRU 14. Kalau lambat daftar..lambat lagilah nak mengundi.
Tapi kalau kita tak kisah apa nak jadi dengan Negara kita, 
apa nak jadi-jadilah..buek bodo jerlaa.!!!Sebab kesedaran 
kena datang dari diri sendiri. Macam ada sorang ni kata…
Kalau kita sayang Negara kita, ambillah peluang ini, mainkanlah
peranan yang sewajarnya.Jangan asyik leka dengan hphone jerrr..
  

Friday, September 23, 2016

Dah Umur 21 Tahun ??? Daftarlah Nama Sebagai Pengundi.

Assalamualaikum???
Hari ni nak cerita pasal Daftar Pemilih. Bagi anda yang
dah capai umur 21 tahun tolonglah pegi daftar nama
anda semua sebagai pengundi.
KENAPA ANDA PERLU MENDAFTAR ?
Untuk mendapat hak anda mengundi dalam pilihan raya
serta menggunakan hak anda sebagai seorang warganegara.
PASAL APA NAK KENA MENGUNDI ?
Pasalnya nak memilih wakil pemimpin untuk memerintah 
Negara. Korang nak penyamun tarbus jadi pemerintah???
Hutang Negara dah ratus billion,5 keturunan pun hutang 
tu tak habis nak bayar, pasal yang nak kena bayar hutang
tu kita semualah sampai cucu cicit kita nanti, jadi korang 
yang muda ni lah kena main peranan untuk generasi akan 
datang, atau lebih tepat untuk anak cucu korang nanti…
Takkan korang nak tunggu dan lihat sampai Negara ni jadi
macam Greece ??? Muflis !!!!
Sekarang dah hujung bulan September,dan bulan September
ni lah bulan terakhir untuk daftar pemilih jika nak mengundi
PRU 14 nanti.Jika daftar nama lewat, selepas bulan September
kemungkinan besar senarai nama daftar pemilih tu hanya 
boleh digunakan untuk PRU yang seterusnya bukan PRU 14..
jika ini terjadi RUGI BESAR !!!
Alaaa..pergi je PEJABAT POS yang berdekatan (Pejabat Pos berkomputer) kat kawasan rumah atau yang dekat kat 
tempat kerja atau pergi Pejabat SPR dan tunjukkan jer Kad Pengenalan kata nak daftar nama untuk Daftar Pemilih 
Pilihan Raya. Ada masa lagi ni, pegilahhhh…….

Wednesday, September 21, 2016

Apa Khabar ???...



Assalamualaikum???
Sudah berbulan tidak menjenguk rumah ini…dah berhabuk
bersawang, bila jenguk semalam banyak pula komen dan pertanyaan…In shaa Allah, jika saya lapang saya akan 
jawap satu persatu.              
Buat masa ni “mood” tengah tak ada…gambar-gambar 
masa bercuti di JB dan Singapore pun tak upload…
Resepi pun lama dah tak masukkan kat blog ni…
Lappy pun bermasalah..penyakit lama datang balik, jangan 
masuk rumah sakit sudah..
Tahun ni pula tahun paling ramai anak-anak saudara yang 
sudah dan akan mendirikan rumah tangga…berderet-deret 
kenduri dan bulan Disember akan datang berderet majlis akan diadakan dari awal, pertengahan hingga tarikh akhir bulan,
silap haribulan bertembung antara sebelah saya dan suami….
Kalau bertembung kena berbagi-bagi lah pegi majlis.
Memandangkan tahun ni adalah tahun MAHAL…sebab segala-galanya mahal dari barang keperluan sampailah ke segala yang remeh temeh…belanja dan bil meningkat…satu perkara kena
ingat duit “CASH” kat tangan penting ada simpanan…jangan
nanti jadi Greece, pegi cucuk kat ATM duit tak keluar…oh masak engko!!!!  Oklah nanti kalau ada masa kita sambung lagi...
Assalamualaikum.

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails