Thursday, December 5, 2013

Prestasi Pendidikan Malaysia Kedua Tercorot Di Asia Tenggara !!!



Matematik
Mata dicapai
Membaca
Mata dicapai
Sains
Mata dicapai
Singapura
573
542
551
Vietnam
511
508
528
Thailand
427
441
444
Malaysia
421
398
420
Indonesia
375
396
382
Purata matanegara-negara OECD
494
496
501

Keputusan Program Penilaian Antarabangsa Pelajar 
(atau “Programme for International Students 
Assessment” PISA) menunjukkan Malaysia menduduki 
tangga kedua tercorot di Asia Tenggara di kalangan 
negara-negara yang menyertai penilaian ini di belakang 
Singapura, Vietnam dan Thailand. Hanya Indonesia yang 
berada di belakang Malaysia di kalangan negara-negara 
Asia Tenggara yang turut serta dalam penilaian ini.

PISA telah menjadi piawaian antarabangsa yang
digunakan untuk menilai keberkesanan dan mutu
sistem pendidikan sekolah di dunia.
         
Terkejut kan??? Boleh kedua tercorot, dan yang paling
memalukan berada jauh dari negara Vietnam...negara
bekas perang. Negara bekas perang lebih bagus, lebih
maju..amacam?? Ekonominya jauh lebih mundur
berbanding Malaysia.

Bukan sahaja Malaysia jauh ketinggalan dengan Singapura
yang menduduki tangga kedua pencapaian di seluruh
dunia,tapi peningkatan mendadak sekolah-sekolah di
Vietnam yang mengatasi prestasi sekolah-sekolah di
negara maju dan Eropah. Dalam tahun 2012, Vietnam
berjaya memasuki tangga 10 negara teratas dalam mata
pelajaran sains dengan menduduki tangga 8 mengatasi
Amerika Syarikat, United Kingdom dan negara-negara
Eropah lain.

Bagaimana Vietnam yang sumbernya cukup terhad,
infrastruktur kurang baik dan ekonominya lebih kecil
dari Malaysia berjaya melonjakkan mutu pendidikan
sekolahnya sedemikian rupa??, berbanding negara
Malaysia yang kaya raya?? (menteri dan kroninya yang
kaya-raya).

Adakah sebab Malaysia asyik bertukar dasar Pendidikan??
Asal tukar menteri Pendidikan ..dasar pun bertukar,
slogan pun bertukar. Dasar yang sebuk menggejar A...
berpuluh A, tapi sekolah, universiti rangking asyik
tercorot. Pelajar dah jadi bahan ujikaji...dan yang jadi
mangsa bukan pelajar aje tapi termasuk guru-guru.
Macam-macam nak dibuat, bukan aje kerja mengajar,
sampaikan kerja Pentadbiran (kerani) pun kena buat.
(bukan setahun dua, tapi dah berpuluh tahun).
Macam-macam nak direkod..sampai kerja mengajar dah
jadi kerja akhir.

Lepas ni lihat apa jawapan menteri-menteri kat
Malaysia ni..masih nak diteruskan dasar Penilaian
Berasaskan Sekolah (PBS)??. Ibubapa mempamerkan
pencapaian banyak A setiap kali keputusan
peperiksaan diumumkan. Media juga mempamerkan
pencapaian yang sentiasa meningkat dari tahun ke
tahun ..rupa-rupanya kita sedang syok sendiri!!!

No comments:

Post a Comment

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails