Sunday, September 15, 2013

Donut Mudah @ Bebola Donut


Saya dah buat donut ni minggu lepas tapi tak sempat
update..sebab lepas buat, pegi Kuala Kangsar, ambil si Iqa
turun dari XPDC Gunung Bubu, sakit kaki, sakit pinggang,
bawa balik ke KL. Jumpa doktor, doktor bagi 2 hari MC.
Ni pulak update blog dari Penang.

Donut Mudah  - Amy
Resepi asal : iezamel78 Donut @ MYR
Sumber : Mamasya

Bahan-bahan ( 20 - 25 biji )
3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam kuku
2 sudu besar mentega
6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi
yang tak suka manis)
3 sudu besar susu pekat manis
1 paket yis (jenama mauripan)
1 biji telur

Cara-cara
1.  Cairkan mentega dan ketepikan.
2.  Gula dan susu disatukan di dalam air suam,
     kacau supaya gula larut. masukkan yis,
     kacau lagi.
3.  Biarkan selama 10 minit.
4.  Pukul telur sedikit dan campurkan bersama
     mentega cair tadi.
5.  Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih,
     masukkan pula mentega yang dicampur
     telur tadi. Kacau.
6.  Masukkan campuran yis kedalam mangkuk
     yang berisi tepung gandum, gaul sebati
     dengan senduk kayu. biar adunan lagi
     selama 45 minit.
7.  Banyakkan tepung ditangan supaya adunan
     tak melekat.(adunan memang agak lembik).
8.  Ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan
     atas papan pencanai. tekan acuan donut yg
     telah dicelup sedikit tepung.
9.  Sediakan minyak untuk menggoreng.
     Gunakan api sederhana. alih selalu supaya
     dapat warna yang sekata. setelah agak
     kekuningan bolehlah diangkat.
10. Tabur gula caster atau hias dengan coklat cair
      dan ditabur dengan coklat rice.. ikut cita rasa.

     * Saya tak pakai acuan, cuma bulat2kan....rehat 
       kejap..barulah digoreng. 

2 comments:

  1. slm
    alamak..sy xbaca betul2 part kene letak tepung bnyk di tgn...
    sy bajet letak teung jika adunan lembik huhuhu
    skrg, xtau la apa jd kat adunan yg sdh terlebih tepung tu
    sy ingat selagi lembik tambahkan tepung huahuahua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak nak guna tepung, boleh sapu minyak masak ditangan, Insya Allah tak melekat tepung tu...maaflah baru hari ni nak reply comment... Terima kasih sebab sudi jenguk blog ni.

      Delete

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails