Thursday, September 5, 2013

Minyak Naik, Orang Naik Minyak Jangan Jadi Orang Minyak !!!!!....


Ingatkan aku aje yang sakit hati bila harga minyak 
naik, yalah kalau pihak pembangkang memanglah 
diaorang marah sangat, sebab diaorang berkempen 
nak turunkan harga...Tapi aku bukan ahli mana-mana 
parti pun marah dan sakit hati sebab aku rakyat biasa. 
Semua nak kena beli dan bayar bukannya dapat free.!!!

Masa budak-budak Poli sain kontrak dengan PTPTN, 
si kak Diba tidak. Kawan-kawan dorm tanya kenapa 
tak ambil? Diba jawab “Ibu tak bagi” memang tak bagi, 
belum keje, belum ada pendapatan dah hidup dalam 
hutang…bukankah hutang itu satu bebanan hidup???
Tapi kawan-kawan dia ambil walaupun ada Pensyarah
nasihatkan jangan ambil..ialah diaorang kata kalau tak
ambil PTPTN mana nak ada duit untuk belanja harian..
betullah juga tu...bukannya orang kaya pun...Aku pun tak
kaya...tapi untuk duit belanja kak Diba memang diambil
kira sama macam adik-adiknya.

Sekarang minyak dah naik, pengusaha teksi, bas, caj pengangkutan, semua dah berbunyi nak naikkan harga,
GST dah menunggu,tinggal masa je.. dah berminggu tak
pegi pasar…mesti orang pasar riuh pasal harga barang 
pulak…
Tup-tup dalam keriuhan harga minyak naik rupanya
penyokong UMNO pun berbunyi juga….ingatkan tak ada
hati dan perasaan,bacalah luahan hati penyokong tegar..

Yang ini pulak dari blog Penyokong Tegar...
Kita bising minyak naik bukan kerana 
kita benci Malaysia.
Kita bising minyak naik bukan kerana 
kita tak mampu bayar.
Tapi...
Kita bising sebab janji tak serupa bikin.
Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen.
Memang kita berduit.
Memang kita berharta.
Namun,
jauh di pelusuk sana,
ada yang menghitung syiling.
Ada yang bekerja teruk terkontang kanting.
Mereka tak ada slip gaji.
Jauh sekali socso mahupun kwsp. 
Kerjanya keluar pagi balik dinihari.
Dan kalian pula berbicara indah persis 
pujangga metropolis?
Hanya 20 sen?
Itu pun nak bising?
Kerja lah lebih kuat lagi?
Buatlah part time?
Beribadatlah lebih lagi?
Untuk dimurahkan rezeki?
Ya...
Sembang kalian sembang mereka yang berharta.
Sembang kalian sembang orang yang penuh wibawa.
Sedangkan ada mereka yang facebook pun tiada.
Motor buruk hanya tunggu masa.
Kerja lebih kuat dari si sarjana muda.
Kerja lebih ikhlas dari si phd mahupun master.
Hanya untuk mulut mereka sekeluarga.
Ya..
Mereka tak berharta.
Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda.
Tapi adakah kita berilmu untuk menjadi penindas mereka?
Kalau itu sistem kehidupan.
Aku rela jadi bodoh dari kalian.
Kerana aku tak nak hilang perikemanusiaan.



1 Malaysia...Kaut Untung Dilaksana..
Rakyat yang dulu kena.....
Minyak Naik...orang ramai naik minyak
tapi jangan jadi orang minyak.......nanti bertambah
masalah...dahlah bertimbun-timbun masalah.....
Kes culik, kes samseng, kes tembak.....Oh!!Malaysia......

3 comments:

  1. akak....sy ada bukak blog pro umnu....rata2 xnk post pasal isu mnyak..klau ada pun asyik ckp isu mnyak kita lbh murah dr ngara jiran lain...dan ada yg komen bersetuju dgn mnyak naik...sy ada gak komen ke blog mmi..tp x siar komen sy...agaknya admin malu...sy adalah golongan yg ada kelulusan..tp xkrja dlm bidang yg sy blajar....kenaikan mnyak mmg beri kesan....ibu sy dh mula bising gas dh naik..haha...apa bleh buat...klau nk ikut cdngan mnteri ayam..mmg xla...xkn la nk pakai dapur kayu....ntah la..akak xrsa mcm kita ni di perintah oleh golongan binatang ke???haha....geram....

    ReplyDelete
  2. Yang..lu pro umnu..mmglh x nak komen nama pun penyokong...ttpi penyokong membabi buta,,semua nak jadi yes man...mme payahlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak....check patul bari ckp apa..hahahahahaha.......dia slalu buat lawak bodoh......

      Delete

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails