Ini kisah yang saya dapat dari wassap.group..
Masuk ofis, termenung sekejap, muhasabah diri sebentar.
Sayu mengenangkan
kejadian sebentar tadi. Bersyukur
atas nikmatMu. Alhamdulillah.. Kalau kita
terasa susah,
ada lagi yang lagi susah. Dan mereka tak pernah
merungut, kerana
mereka tahu, rungutan mereka tidak
akan kemana.... Allahhurabbi....
Tiap pagi.., sebelum sampai ofis, akan saya
berhenti beli
nasi lemak disimpang tak jauh dari rumah sewa.
Pelanggan tetap
pakcik tu kononnya... dan saya pasti
akan muncul di sekitar jam 6:30pagi. Dan
setiap kali
berhenti membeli, setiap kali itulah juga anak kecil
bernama Ashraf
berusia 9 tahun akan membeli nasi
lemak di gerai yang sama dengan lengkap
berpakaian
sekolah.
Setiap kali kami membeli diwaktu yang sama, akan
saya
bayarkan nasi lemak yang adik ini mahukan. Pada saya,
apalah sangat harga
Rm1.50 untuk dikongsi bersama
adik comel ni...., dan dalam kesayuan suaranya,
dia tak
putus2 ucapkan terima kasih. Mungkin inilah peluang
yang Allah berikan
untuk saya bersedekah.
Pernah saya bertanya padanya, bersekolah dimana,
awalnya keluar berjalan kaki ke sekolah dimana tinggal
dan sebagainya. Katanya,
dia bersekolah agak jauh,
25-30 minit berjalan kaki, sebab tu kena keluar awal,
(terkenang anak-anak sedara dirumah yang sebaya
dengan Ashraf, semuanya serba
tersedia, walaupun
tidaklah semewah mana, tapi lebih beruntung dari adik
ini, kesian adik ini..)
Setelah hampir 3 minggu
berulang-alik dari rumah
Ayah Bonda di Kajang (masih dalam mood raya
kononnya), maka 3 minggu jugalah saya tak membeli
nasi lemak pakcik dan tak berjumpa dengan
Asyraf.
Hinggalah pagi ni.., saya memulakan kembali rutin
membeli nasi lemak pakcik. Tapi, saya pelik kenapa
Asyraf terus berjalan tanpa berhenti di kedai
pakcik
macam selalu..saya belikan sebungkus dan saya
berhentikan kereta saya
disebelah Ashraf.
Saya: Ashraf...!!! akak
tunggu Ashraf tadi, kenapa
tak beli nasi lemak? dah boring nasi lemak pakcik
ke...?
(cuba bergurau). Nah akak belikan satu.
Ashraf: ehhhh..., kak
Jiha.. lama tak nampak?
Terima kasih banyak-banyak kak...., Ashraf ingat
kak
Jiha dah pindah... bukan dah boring. Tapi..
(muka sayu)
Saya: ehhhh.. kenapa
macam sedih tiba-tiba ni....
jom akak hantar pergi sekolah nak..??? (setelah 2-3
kali saya bertanya, barulah adik ini bersuara)
Ashraf: Ashraf tak ada
duit nak beli. Sebelum ni
mak bagi RM1.50 sehari untuk sekolah pagi dan
petang, boleh la Ashraf beli. Tapi, minggu lepas mak
terpaksa potong duit belanja sebab
ayah sakit. Malam
tadi mak potong lagi sebab mak kata minyak naik,
mak perlukan duit lebih untuk tambang ke tempat
kerja. Ashraf ada RM0.80 jer... kak Jiha.
Takpa la...,
Ashraf beli karipap jer... disekolah nanti. Ashraf tak boleh
tumpang kak Jiha..mak pesan jangan tumpang orang.
Jangan susahkan orang. Nanti mak marah. (sayu dan
jujur anak kecil ni bercerita.... ku tahan air mata dari
meleleh mendengar ceritanya)
Puasku pujuk untuk hantar ke sekolah, akhirnye dia
beralah..Yes..., memang jauh
sekolahnya... PJS7 ke
Kampung Lindungan. Gigihnya dia berjalan kaki kerana
ilmu. Tanpa menghiraukan bahaya diculik dan bahaya
dilanggar kereta sewaktu
melintas jalan besar.
Gigih
juga anak ni bersekolah dari seawal 6:30 pagi
hingga
6 petang setiap hari hanya dengan berbekalkan
sebungkus
nasi lemak. Ya Allah.. dan isu minyak, bukan
kita
sahaja yang terkena kesan dari kenaikan harga
yang
HANYA 20sen, tapi juga anak2 kecil yang tak
tahu
apa2.
Kerana mereka bukan dari keluarga yang senang
Kerana mereka bukan dari keluarga yang senang
(orang senang/kaya merasakan 20
sen tu hanyalah
dicelah gigi sahaja).
Tapi bagi org2 yang tak
berkemampuan, kerana 20sen
mereka tak mampu
lagi untuk membeli barang2 asas dan makanan seperti
biasa. Dari nasi lemak terpaksa bertukar kepada sekeping
karipap satu hari nanti.
Wallahuaklam
Sumber: http://ikutsukaakuisa.blogspot.com
biasa. Dari nasi lemak terpaksa bertukar kepada sekeping
karipap satu hari nanti.
Wallahuaklam
Sumber: http://ikutsukaakuisa.blogspot.com
Memang menteri tak tahu apa...gaji dan elaun riban-
riban...penyengaraan rumah semua kerajaan tanggung,
mewah gilerrr... Rakyat marhaen?????? Bila pemimpin
tidak tahu susahnya hidup rakyatnya adakah dia layak
jadi pemimpin?????
No comments:
Post a Comment