Anda
tahu apa itu Pegar??? Peribahasa yang selalu
di ajar berbunyi ...
"
Harapkan pagar, pagar makan padi "
berpuluh
tahun...itulah yang disebut...
Pagar
mana boleh makan padi...bukan ada mulut pun..
hehehe............
Peribahasa
tu betul cuma tang pagar aje yang
tak
betul, sebabnya perkataan tu sepatutnya PEGAR.
Pegar
seekor burung yang seakan-akan ayam, haiwan
yang
duduk dihutan...dalam kategori liar bukan
binatang
peliharaan.
Maksudnya:-
1. Harapan diletakkan pada bahu seseorang
tetapi
akhirnya orang itu pula yang
merosakkannya.
2. Orang yang tidak menjaga amanah yang
diberikan
kepadanya.
Jadi
sajak ini adalah tribute kerana harga minyak naik!!!
Mereka
adalah pegar
Di
teratak usang ini,
Ku tenung
wajah anak dan isteri,
Berjujur
jernihan air membasahi pipi,
Mengenangkan
nasib esok yang belum pasti
Oh...!!Apakan daya kami hanya manusia desa,
Tiada
motor mahupun kereta,
Namun
kenaikan minyak tempiasnya tetap ku rasa,
Benar….
Aku bukan
manusia yang mengisi petrol,
Namun ada
perut yang perlu ku isi,
Ada
pendidikan yang perlu ku beli,
Barang
naik di sana sini,
Akibat
“bijaknya” Pak Menteri
Ah...Ianya
sudah berlalu,
Pegar
yang diharap ternyata membaham padi,
Akhirnya
padi yang menjadi mangsa,
Pegar
pula rakus membaham harta,
Demi anak
bangsaku di hari kelak,
Azam
dihatiku kian tersemat,
Ingin ku
lihat sang pegar ini terduduk duka,
Insyaallah...PRU 14 menjadi saksi.
Sumber Sajak: http://ikutsukaatiaku.blogspot.com/
Pemimpin
hidup mewah, senang lenang, rakyat marhaen
masih ada
duduk rumah yang sebegini.....
Adakah
anda tidak terasa hati???????
blog akak best la......teruskn!!! sy mnyokong
ReplyDeleteTerima kasih atas sokongan... lain kali datang jenguk lagi.
ReplyDelete