Monday, September 30, 2013

Kau Yang Rasuah..Kami Yang Tanggung???..." Err.. Pasaipa Tak Tanya Bekas Timbalan Saya ..."

Dua posting menarik minggu ni yang patut anda baca.
Dari blogger yang memang popular King Jason,tapi blog
dia saya tak dapat nak cari jadi saya salin dari blogger
yang ada muatkan posting ni. Satu lagi posting yang
patut anda baca dan fikir, adalah posting dari blogger
Mantot (Cursing Malay).

(1)Kamu yang rasuah...kami yang tanggung??
oleh King Jason

Kamu bina lebuhraya..guna wang rakyat..patut
kami dapat free..rupanya kami kena bayar tol!!
Perjanjian tol..kami tak tahu apa apa..kamu kata
kerajaan berjimat dengan menswastakan lebuhraya..
sudahnya...hutang negara makin bertambah!!!

Kamu bina KLIA2, KLIA 1 tu nak buat apa? Tukun?
LCCT tu pula nak buat apa? Bakal jadi macam Subang
airport ka? Kamu bina projek membazir dengan kos
segala mahal..KAMI LAGI YANG TANGGUNG!!! Siapa
kata projek ni tak wujud RASUAH KRONY??

Kami tanggung kos bil electric yang tinggi..lebih tinggi
kos yang kami tanggung dari negara jiran kami!! Kamu
kata..IPP dapat subsidi gas..rupanya yang kamu bantu
tu kawan2 niaga kamu..bukan kami!!! Semua kos tu
last-last dari cukai kami!!! MENGAPA KAMI KENA
TANGGUNG?

Kamu membazir kan wang cukai kami dengan
berbagai perkara yang kami tak diberi AUDITNYA.
Kamu suruh kami berjimat cermat, kami sudah
habis berjimat..apa yang kamu buat DIKERUSI
PERDANA MENTERI ?

Semua yang kamu buat..GUNA WANG KAMI, kenapa
negara kami terHUTANG RM622 bilion ? Siapakah
yang akan bayar? Kamu yang salah urus negara..
KAMI YANG TANGGUNG???
Sumber di sini:
(2)"Errr....Itu Bukan Saya. Saya Sudah Lupa. 
    Pasaipa Tak Tanya Bekas Timbalan Saya ..."

Mereka adalah bekas pengarah syarikat itu Datuk
Philip Lim Jit Meng dan Datuk Tan Liang Keat,
pengurus besar syarikat Lim Kah Heng serta
penasihat perniagaan, Datuk Ng Poh Weng, Datuk
Marcus Yee Yuean Seng dan Datuk Chin Wai Leong.

Selepas dua jam prosiding mahkamah, kesemua mereka 
meminta dibicarakan terhadap tuduhan tersebut. Ia 
mengambil masa hampir lima jam bagi mahkamah 
mendaftar lebih 900 tuduhan terbabit, sebelum 
prosiding bermula pada jam 3.30 petang.

Terdahulu, Jit Meng, 56, dan Tan, 41, mengaku
tidak bersalah di Mahkamah Sesyen lain atas tuduhan 
membuat kenyataan palsu di sebuah lamanweb 
bahawa perdagangan emas itu adalah selaras dengan 
prinsip-prinsip syariah.
...............
Orang kata,
Pakcik Mahathir kita ni adalah seorang yang
Mempunyai visi yang melangkaui masa.

Orang kata lah....
Betul atau tidak, Wallahuallam.

No comments:

Post a Comment

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails