Thursday, September 19, 2013

Bercuti Ke Pulau Mutiara..Penang!! Bhg.4

Hari ni hari keempat di Penang. Selepas sarapan kami 
jalan-jalan di pantai Batu Feringghi…sambil tengok orang 
main jet ski, naik bot, main parachute, lepas tu kami 
cari jeruk..masing-masing nak bawa balik untuk kawan 
kolej dan rakan kerja En.Hubby.




Yang herannya gerai jeruk kat Teluk Bahang jual satu
paket Rm 5.00, yang gerai kat Jalan Batu Feringghi
jual Rm 6.00, nasi lemak bungkus pun macam tu, kat
gerai depan Eden Parade rm 1.20, tapi kat gerai depan
Hard Rock Hotel udah jadi rm 1.50, padahal nasi lemak
yang sama.

Lepas beli jeruk, kami balik bilik sebab nak check out..
Kami singgah Teluk Bahang jumpa kawan En.Hubby,
Yahya dan Asma…tapi kebetulan Yahya keluar, yang 
ada cuma Asma dan Danial (anak bongsu) dan kawan-
kawannya. Ucapkan terima kasih kepada mereka 
sekeluarga. Anak-anak Asma 4 lelaki bujang, Amir, 
Haffiz, Shafiq dan Danial. Yang dapat kami jumpa, 
Shafiq dan Danial aje. Shafiq kami jumpa masa datang 
makan tengahari tempohari, Danial pula masa nak balik 
tu. Dua yang kami jumpa, tinggi-tinggi muka mix… ala-
ala Christiano Ronaldo pun ya juga.

Kami balik ikut feri…sebab anak-anak tak pernah naik…
jalan sesak..



Menarik di Pulau pinang...rekabentuk kedai, rumah 
hingga ke signboard perniagaan cantik-cantik belaka

Kedai pakaian - Jenama Bruberry, Polo
Butik Chocolate..yum..yum
Kedai Pizza, Pasta
Tempat makan steak
Taman Perumahan

Taman Perumahan

Villa Percutian - The Lost Paradise
Hotel Hard Rock

No comments:

Post a Comment

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails