Saturday, September 28, 2013

Di Celah Kesempitan..Dan Yang Mengambil Kesempatan !!!..



Presiden Malawi sanggup jual pesawat presiden dan
kereta mewah menteri-menteri kabinetnya, kerana
membantu kesusahan dan kemiskinan rakyat. Malahan
wanita itu telah menurunkan gajinya sebesar 30 persen.
(Jual 35 buah kereta Mercedes Benz yang digunakan para menteri kabinet).

Membela laa sangattt!!!...
Bagaimana sikap pemimpin-pemimpin negara kita?
Menteri Malaysia disaran guna duit sendiri beli minyak
jika guna kereta..dikatanya orang tu BODO.Lihat aje kos
rumah PM dan TPM lebih RM18,000 untuk sehari. Kos
termasuklah kos baik pulih mencecah RM60,000 sebulan,
bil elektrik RM5,704 sehari dan bil air RM1,092 sehari.
Musykil sungguh , takkan ubah suai rumah tiap-tiap 
bulan? dan tak masuk akal bil air sampai seribu sehari
mandi ke berkubang?? Yang terbaru kos jamuan hari 
raya RM.2.88 juta- kos bagi menjamu 80,000 tetamu.
Juta weh!! Tapi apa nak herankan..Kerajaan yang bayar
bukan dia atau keluarganya yang kena bayar…

Anak menteri lak beli rumah bernilai Rm. 7.2 juta…
macam nilai tu pada dia Rm 72 hengget aje…kalau 
ditengok dari pekerjaan dan perniagaannya..memang 
tak mampu dia beli harga tu..tapi dah apaknya kata 
"Dia boleh beli istana, ini bukan masalah saya,". 
Apo nak dikato…buah cempedak jadik nangko…!!!

Baru 3 tahun jadi menteri
rumah dah sebesar ni...
Kalau lebih tahun lagi ???

Sejarah telah mencatatkan bila Khalifah Umar Abd Aziz
naik takhta, Badwi di gurun pun tahu kerana serigala
telah boleh berjinak-jinak dengan sekawan kambing.
Begitu juga apabila perginya Khalifah Umar, Badwi
di gurun telah awal lagi menjangkakannya kerana
serigala yang selama ini tidak mengganggu ternakan
telah mula mengganas kembali.Itu lah peri pentingnya 
kita memilih pemimpin.Binatang pun tahu.Kalau 
binatang pun mengambil kesempatan, apatah lagi 
manusia?
Kenaikan harga petrol bukan sahaja akan menaikkan
segala bagai harga di sekeliling kita, tetapi gejala lain
yang tidak dapat kita banteras seperti ragut, curi,
merompak, merogol mungkin akan berleluasa…bila 
manusia ini hilang akal warasnya, pasti terjadi yang 
diluar kawalan. Berawas-awas, berwaspada dan 
beringat-ingatlah kita.
Berdoalah... Allah itu dekat, Dia tempat kita mengadu. 
Pohonlah padaNya.
"Ya Haiyyu..Ya Qayyum dengan rahmatMu daku 
memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, 
dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku 
walaupun sekelip mata”
(Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani).

Memang tepat, apa yang dikatakan oleh Allahyarham
Ustaz Fadzil Mohd Noor-"Ujian daripada Allah ada dua, 
ujian kesusahan dan ujian kesenangan. Ramai yang 
berjaya ujian kesusahan tetapi gagal dalam ujian 
kesenangan." 

“Tidak beriman kepadaku orang yang tidur dengan 
kenyang sementara tetangganya lapar padahal dia 
mengetahui hal itu.” (HR. Al Bazzaar)

47% yang memilih Pemimpin Carakin (Cakap Tak
Serupa Bikin) Pekak atau Tuli, seluruh rakyat
1Malaysia diperbodohkan.... Yenna deyy!!

No comments:

Post a Comment

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails