Thursday, September 26, 2013

Merdeka Kah Kita ???????

Hari Rabu selalu blogger buat entry WW, tapi
saya jarang sekali. Ada aje yang nak dibebelkan...
31 Ogos sudah berlalu dah nak sebulan. Kata seorang
sejarahwan sebelum PRU13 lepas, bahawa " Tanah
Melayu tidak pernah di jajah!!" Jadi saya dan orang lain
tertanya-tanya untuk apa kita sambut Hari Merdeka,
kalau negara kita tak pernah dijajah ?? Kita merdeka
dari siapa??  Disuruh pasang bendera untuk apa?? 
Takkan sambut hari Merdeka sebab nak menghabiskan
duit peruntukkan kerajaan?? Haa itu kisah hari merdeka.

Tapi pernah tak kita menyoal sekali diri..adakah kita ini  
betul betul menjadi rakyat yang merdeka???....

Nak belajar tak berduit, kena berhutang, apalagi 
PTPN KAN ADO!!!! pinjam PTPTN..bila tak lepas bayar,
Passport kena tahan tak boleh keluar kemana-mana..
lebih baik pinjam duit jual LEMBU!!!
Along berlesen...???

Nak beli barang keperluan..korek duit yang mana ada, 
tapi beban bertambah bila minyak naik, tambang bas, 
teksi jadi naik, harga barangan keperluan pun mengikut 
sama, saya baca ada keluarga sampai nak beli sardine 
dalam tin pun tak mampu..apatah lagi ikan segar….
Takkan nak pakai “BUKU TIGA”..

Masa keje dulu saya pelik, bila Abang yang kat pantry 
pejabat buka buku 3…kira apaa?...rupanya budak-budak 
ofis minum hutang kat dia, bila cukup bulan baru bayar…
adehhh!!!! Biar betul..??? abang tu kata BETULLLL…kalau 
kau tengok pantry ni kosong, maknanya dah dapat 
gajilah tu..diaorang akan makan kat tempat lain…bila 
poket kosong…pantry ni akan penuh balik…wah!! Itu 
macam pun ada ka??...Abang tu jawab….ADA!!!!...Jangan 
tak percaya!!!!...Inflasi meningkat berganda-ganda…gaji 
naik seciput, nak cover apa???...

Malaysia sebuah negara yang kaya dengan segala sumber 
alam, kita kaya raya dengan limpahan minyak, gas, 
kelapa sawit, balak, hasil pelancongan, industri dan
banyak lagi. Kenapakah kita, rakyat sering termangsa 
dan dimangsakan dengan tekanan inflasi yang 
berterusan. Tak sudah - sudah kisah subsidi..sekarang
ni cerita subsidi gula..nak naikkan harga gula..cerita
pasal diabetes...corner sana corner sini..mangkuk ayun
betul!!!!

Malaysia negara pengeluar minyak. Kenapakah kita tidak menikmati limpahan nikmat minyak negara sama seperti
Brunei, Saudi Arabia, UAE. Negara-negara tersebut
menyisihkan sebahagian pengeluaran minyak untuk 
kegunaan dalam negeri. Malahan siap ada dana untuk 
anak baru lahir, setiap pasangan baru kahwin ada 
peruntukan untuk beli rumah. Hasil jualan minyak 
siapakah yang sebenarnya menikmatinya. Jika ianya 
PETRONAS. Petronas ini milik siapa dan bertanggung 
jawap kepada siapa? PETRONAS buat bangunan canggih
-canggih seperti KLCC...tapi anda tahu tak tuan tapak 
tanah bangunan KLCC tu adalah tauke MAXIS dan tuan 
punya ASTRO?

Yang pasti hutang negara dah melebihi RM500 billion 
had yang dibenarkan, sekarang nih dah jadi RM622 
Billions. Dalam hutang yang dah melebihi had.. Gabenor 
Bank Negara kata.... "Hutang Isi Rumah Rakyat Malaysia 
masih terkawal".... adehhh!!!....Nak kata tak belajar 
ekonomi…pelajaran dan jawatan..GAH sekali..tak kan 
nak tipu orang kampong??..orang kampong mana?? 
Ramai sekarang yang berpelajaran termasuklah anak-
anak, cucu dan cicit mereka…
Gaji kena 5 digit baru boleh beli...

Dulu zaman 80 an rumah murah harga RM 25,000, 
rumah teres RM 60,000, rumah Bandar (town house) 
dalam harga RM35,000 pun ada orang tak mampu 
beli…sekarang rumah teres RM 500,000 ke atas…baru 
ni saya tengok iklan rumah sedang dibina 2 ½ tingkat…
harga RM 800, 000 lebih nak dekat sejuta…gilerr ke 
hape!!!! Nak gaji berapa baru boleh beli? Setakat 4 – 5k 
tak mampu nak beli…inikan pula gaji bawah tu..mampu? 
Sampai bila nak menyewa…??? 
Rakyat Malaysia umpama anak tauke/anak hartawan, 
bapak kaya raya, anak miskin melata..logik? Tak logikkan?
Nak beli kereta, harga kereta kita yang kedua termahal 
di dunia…DI DUNIA wehhh..MYv kita sama dengan harga
AUDI TT kat London …apa cer???? Kalau AUDI TT kat 
Malaysia tak tahu nak katalah….Sedangkan kereta itu 
sudah jatuh jadi barang keperluan..
Harga Audi TT di London 
sama harga MYv di Malaysia

Nak harap pengangkutan awam..bas..hmm entah 1-2 
jam baru muncul…LRT, Komuter, ERT..tengok kawasan
bukan semua ada,dengan jalan sesak, janji ribu kali
di janji, konon selaras subsidi sebab nak perbaiki sistem
pengangkutan awam..hasilnya..?? Phuii !! Beli bas kroni, 
dapat tender buat MRT kroni, kalau tak dapat kat kroni
memang tak ada projek baru...selagi tak MASYUKK, 
selagi tu laa...diaorang yang berkuasa ni buat bodoh je...
jalan sesak mana nak rasa pasal pegi keje ada out rider
siap suruh KETEPI..KETEPI..rupanya nak bagi malaun 
laluan..dahlah memasing mulut longkang. Bila mulut
longkang, kepala diaorang pun dah jadi jam***...memang
tak terfikirlah susah orang…yang penting pada diaorang 
MASYUKKK!!!! 

Jadi..adakah kita MERDEKA dalam erti kata yang
sebenarnya ??. Merdeka dalam kehidupan seharian??

Kata-kata dari Ibnu Khaldun memang 
tepat dan benar sekali.
“Di awal sesebuah kerajaan atau pemerintahan bilangan 
orang kaya kurang dan kadar cukai juga rendah tetapi 
kutipan hasil negara banyak. Di akhir sesebuah 
pemerintahan atau sesebuah kerajaan hampir tumbang, 
bilangan orang kaya besar dan kadar cukai juga tinggi 
tetapi hasil negara sentiasa tiada kecukupan atau hilang”
- Ibnu Khaldun.

No comments:

Post a Comment

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails