Malam tadi terasa nak makan murtabak..
malas nak keluar,
kebetulan kat dalam peti ais
ada kulit popia..
dan lebihan inti karipap...
hmm apa lagi, laju ajelah
membuat murtabak segera ni...
tapi saya sertakan jugalah
resepi penuh,senang untuk rujukan
kemudian hari...
MURTABAK SEGERA
Resipi: Minami133 MyR
Servings: 6 orang
Resipi: Minami133 MyR
Servings: 6 orang
Sumber resepi:-http://azurarahman.blogspot.com/
100 g daging cincang
2 biji ubi kentang
2 biji ubi kentang
*1 batang karot - potong dadu
1 sudu setengah rempah kari
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
daun sup
1 sudu setengah rempah kari
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
daun sup
1 sudu kecil garam
kulit popia *size besar ye
kulit popia *size besar ye
2 biji telur
Cara-caranya:
1. mula2 buat inti utk murtabak.
bawang besar, bawang putih, kentang
dan karot di potong dadu.
tumiskan bawang.
2. apabila bawang sudah layu,
masukkan rempah kari
yang telah dibancuh dgn air.
goreng sehingga pecah minyak.
3. apabila daging masak,
masukkan kentang dan karot
yang dipotong dadu.
masukkan garam . jika terlalu kering,
tambahkan air.
masak sehingga kentang empuk.
akhir sekali masukkan daun sup.
4. pukul telur di dalam mangkuk.
masukkan inti tersebut ke dalam telur.
kacau sehingga sebati.
5. ambil kulit popia
dan bungkus inti murtabak segiempat.
cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
6. goreng murtabak dgn api yg perlahan
dan sedikit minyak.
No comments:
Post a Comment