# Pelik ya..duit RM 50 kelihatan begitu besar
bila dibawa ke kotak derma masjid,
Tetapi begitu kecil bila
kita bawa ke supermarket.
# Pelik ya..30 minit terasa begitu lama untuk berzikir ,
Tetapi betapa pendeknya waktu untuk satu cerita komedi.
# Pelik ya..betapa lamanya 1 jam berada di masjid,
Tetapi betapa cepatnya 2 jam berlalu
saat menonton wayang di panggung.
# Pelik ya..tak sampai 30 minit
dengar khutbah Jumaat,dah rasa jemu,
Tetapi tidak pernah puas dengar lagu kesukaan kita
walaupun dah ulang 2,3 kali.
# Pelik ya..susahnya orang mengajak
menyebarkan dakwah,
Tetapi mudahnya orang menyertai
dan menyebarkan gosip.
# Pelik ya.. kita boleh mengirimkan ribuan jenaka
dan surat berantai di email mahupun di facebook,
Tetapi bila mengirim yang berkaitan ibadah,
berfikir dua tiga kali..
Renung-renungkanlah semua..
*kredit kepada http://iluvislam.com/
No comments:
Post a Comment