Monday, March 12, 2012

Qatar Berkongsi Kekayaan Negara Dengan Rakyatnya!!!!


Qatar negara yang menduduki tempat pertama dalam senarai negara terkaya di dunia. Negara ketiga pengeluar gas asli dunia itu mempunyai keluaran dalam negara kasar (KDNK) $88,222 perkapita.
Pada 22 Februari lepas, Majalah Forbes telah mengeluarkan senarai negara terkaya di dunia. Faktor kedudukan negara terkaya di dunia ini dinilai melalui:

  • Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita yang diselaraskan dengan kuasa beli
  • Kuasa beli yang disesuaikan dengan KDNK telah digunakan oleh pakar ekonomi ketika membuat perbandingan, yang mana mengambil kira faktor perbezaan kos sara hidup dan kadar inflasi
  • Senarai Penuh Negara Terkaya Di Dunia .
    1.    Qatar   
    2.      Luxembourg
    3.      Singapura
    4.      Norway
    5.      Brunei
    6.      Emiriah Arab Bersatu
    7.      Amerika Syarikat
    8.      Hong Kong
    9.      Switzerland
    10.  Netherlands
    11.    Australia
    12.   Austria
    13.   Ireland
    14.   Canada
    15.   Kuwait
    Qatar pada asalnya adalah merupakan negara pengeluar mutiara yang bermutu tinggi. Telaga-telaga minyak hanya ditemui pada tahun 1940an dan sebelum itu ekonomi Qatar bergantung  kepada aktiviti-aktiviti laut seperti nelayan dan mencari mutiara.  Rakyat Qatar atau lebih dikenali sebagai Qatari kini hidup aman  dan makmur dibawah pemerintahan Emir Qatar,  Sheikh Hamad Bin Khalifa Al-Thani. Emir mempunyai tiga isteri dan 21 anak. 
     
     
     
    TIADA PENGANGGURAN dan  TIADA RAKYAT yang TIDAK MEMPUNYAI TEMPAT TINGGAL. Rakyat tidak perlu membayar apa-apa cukai. PENDIDIKAN dan PERUBATAN adalah PERCUMA.  Ia sememangnya selamat untuk berjalan di mana-mana, pada bila-bila masa.  
    Amatlah menakjubkan: liter lima (kira-kira 1.3 gelen) gasolin bernilai $ 1, ya, satu dolar, manakala dua liter air bersih juga hanya satu dolar.
    Tiada nyamuk, tiada daging babi, tiada anjing sebagai haiwan kesayangan, kucing okay. Tiada tawar-menawar di pasar. Rakyat Qatar begitu bangga.
     
     
     
    Baru-baru ni ada pasangan suami-isteri (ayah dan ibu kepada seorang Ustaz) dari Malaysia pergi Umrah, dan balik singgah di Qatar. Rakyat Qatar bercerita.....pasangan yang baru mendirikan rumahtangga diberikan oleh Kerajaan Qatar, duit bernilai 100 JUTA (nilai dalam Ringgit Malaysia) sebagai permulaan hidup berkeluarga. Subhanallah.....!!!!
    Untuk anak-anak yang baru lahir pula diberikan duit simpanan permulaan sebanyak 100 RIBU (nilai dalam Ringgit Malaysia). Allah Huakbar...!!!! Nilai sebegitu diberikan kepada rakyat tempatan Qatar sahaja.
     
     
     
    Banyak sungguh nilai sebegitu untuk seorang yang bernama rakyat... dan Kerajaan Qatar berkongsi kekayaan hasil bumi yang Allah kurniakan bersama-sama dengan rakyatnya.
    Kekayaan negara tidak berpusing disekitar orang-orang tertentu sahaja....Kalau ikut nama negara yang ikut tersenarai adalah jiran Malaysia iaitu Brunei dan Singapura... nama Malaysia...yilekkk!!!!(walaupun Malaysia punya hasil bumi) mungkin nama Malaysia hanya tersenarai dalam negara yang paling BANYAK RASUAH ????...  
     Anak Sulung Emir Qatar





No comments:

Post a Comment

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails