Thursday, April 10, 2014

Kisah Benar - Pelajar UIA Bermimpi Menemui Rasulullah!

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau 
menghabiskan masa 3 tahun untuk menghafal 30 juzuk 
Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal 
sendiri untuk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan 
ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau 
hafizah.Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab 
ini untuk menjadi contoh kepada adik-adik yang lain. Setiap 
hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dengan 
ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 
4 jurusan Undang-Undang Syariah di UIAM.

Akak ni memang diuji dengan sakit yang tak tahu apa punca 
sejak lebih setahun yang lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-
tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan 
pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak 
pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau 
muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.

Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. 
Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu 
membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang 
selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau 
hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 
kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah 
sepanjang hari.

Hari-hari yang dilaluinya dipenuhi dengan membaca Al-Quran 
dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yang terus
-terusan menyakiti diri.Diceritakan makhluk-makhluk halus itu 
akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, 
Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata 
tempat, berjumpa doktor-doktor pakar, malah ulama’ yang 
faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu 
sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. 
Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah 
Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah 
terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 
4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yang 
digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu’ dengan memapah 
dinding dan segala apa yang mampu membantu beliau untuk 
berdiri. Habis berwudhu’,beliau jatuh tersungkur, rasa seperti 
ada yang menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah 
tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik.Sampai 
saja di bilik,beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik 
tersebut. Disebabkan sakit yang mungkin dah tak tertanggung, 
dengan spontan beliau niatkan, 
“Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi 
kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-
kata semangat daripada Rasulullah S.A.W. sendiri..”

Kemudian beliau pengsan. Sahabat-sahabat sebilik mengangkat 
beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, 
sahabat-sahabatnya telah pun ‘forward message’ pada rakan-
rakan yang lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau 
nampak sudah nazak.Malah mereka telah sedia dengan nombor
-nombor ahli keluarganya untuk dihubungi kiranya ada apa-apa
berlaku dengan izin Allah.

Kira-kira jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dengan tenang 
dalam waktu qoilullah,beliau bermimpi.Beliau sedang terbaring 
dalam keadaan memakai telekung dengan tangannya diqiam 
seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. 
Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang 
di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dengan wajah yang 
bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira kira 
2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanAllah...indah sekali, tak 
dapat nak digambarkan. Beliau tertanya-tanya, siapakah orang 
ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat 
tenang dengan hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh 
kesengsaraan yang ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan; 

"Assalamu’alaikum, ana Rasulullah.. ”

Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih 
dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau 
nampak dengan jelas mata Baginda Nabi,janggut Baginda, 
rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh 
Baginda. Kemudian Nabi katakan: 

“Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid 
Nabawi)..Allahuakbar! Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata; 
QalAllahuta’ ala; ”InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya 
Allah bersama orang-orang yang sabar).

Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah,terasa 
bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya 
Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dengan penuh 
kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tapi 
diterjemahkan di sini) ;

“Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dengan sakit 
yang enti tanggung selama ini, dan dengan berkat Al-Quran 
yang enti pelihara di dalam hati, maka Allah bukakan hijab 
untuk enti nampak ana..”

Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah.. Ketika itu, 
beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat 
yang begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; 
“Sampaikan salamku buat sahabat-sahabat seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..”

Nabi S.A.W.kemudian melafazkan;
“Ummati..ummati..ummati..”
dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa 
titisan airmata Baginda yang suci mengalir untuk ummat 
Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.

Beliau merintih,“Jangan pergi Ya Rasulullah..”tetapi Baginda 
tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua 
dengan Nabi yang mulia,Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya.Beliau sendiri tidak pasti,apakah Baginda menangis 
kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda 
sedih dengan ummat akhir zaman ini? wallahua’lam....

Sedar daripada tidur yang amat indah pengisiannya itu,beliau 
masih dikelilingi oleh rakan-rakan yang turut terdengar 
rintihan beliau dalam tidurnya“Jangan pergi Ya Rasululah…” 
Beliau kemudian menceritakan kepada para sahabat tentang 
mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat 
ummat Baginda. Semua yang mendengar menangis lantaran 
rindu pada Nabi.

Rasa malu pada Nabi kerana kita jarang-jarang ingat pada 
Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya.Lebih-
lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yang dikejar 
di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yang lebih tinggi daripada 
kalimah Alhamdulillah untuk di rafa’kan pada Allah atas 
ni’mat yang begitu besar yang Allah berikan pada dirinya. 
Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dengan ujian yang 
hanya sedikit berbanding insan-insan yang lebih berat diuji 
oleh Allah SWT. Kiranya ada kalimah pujian yang lebih tinggi 
dari Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang 
Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yang
melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya.Cuma 
kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi untuk kesakitan 
ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yang ditanggung makin hebat. 
Tak pernah beliau merasakan sakit yang sebegitu rupa.Terasa 
panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada 
setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam 
menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk 
diri untuk tidak menangis.

“Apa sangatlah sakit yang aku tanggung ini berbanding nikmat 
yang Allah telah bagi untuk melihat Baginda Nabi S.A.W..”

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat 
tinggi, tempat yang biasa hadir sepanjang beliau menerima 
gangguan. Beliau katakan:

“Ya Allah,apa lagi yang hendak Engkau berikan buat hambamu 
yang hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” 
Kemudian dengan izin Allah, datang empat orang yang 
berpakaian serba hijau.Salah seorang daripadanya mengatakan; 

“Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah S.A.W. 
sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasulullah..
Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakar, ini Ummar 
Al-Khattab, Uthman bin ‘Affan dan Ali..”

Para Sahabat mengatakan; 
“Kami diutuskan oleh baginda Nabi untuk membantu enti..”
Kemudian keempat-empat mereka membacakan ayat 102 
surah Al-Baqarah yang bermaksud:

“Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan 
pada masa kerajaan Sulaiman.Sulaiman itu tidak kafir tetapi 
syaitan-syaitan itulah yang kafir, mereka mengajarkan sihir 
pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di 
negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.

Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang 
sebelum mengatakan ’sesungguhnya kami hanyalah cubaan 
(bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari 
dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan 
antara seorang (suami) dengan isterinya. Mereka tidak akan 
dapat mencelakakan seseorang dengan sihirnya kecuali dengan 
izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, 
dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, 
mereka sudah tahu,barang siapa membeli(menggunakan sihir) 
itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat.Dan 
sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual 
dirinya dengan sihir, sekiranya mereka tahu..”

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus 
pada makhluk-makhluk yang sedang mengganggu beliau dan 
mereka semua hancur terbakar.

Subhanallah. .waktu itu terus terasa seolah-olah tubuhnya 
yang sakit dahulu ditukarkan Allah SWT dengan tubuh yang 
baru. Hilang segala kesakitan yang setahun lebih ditanggung 
beliau dengan sabar.

Saidina Abu Bakr mengatakan;
“Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar”
Kemudian, para sahabat Nabi yang mulia pun pergi 
meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yang kedua ini, beliau bangun dari tidur 
dan terus duduk. Rakan-rakan sebilik pelik, kenapa beliau 
dapat bangun dan duduk dengan mudah . Kemudian sahabat-
sahabatnya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan 
Alhamdulillah..dengan mudah beliau bangun berdiri dan berjalan 
di sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua 
sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian 
beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh 
yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah SWT.
“Ya Allah,kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum 
dapat diriku menjadi hamba-Mu yang bersyukur atas nikmat 
yang telah Engkau berikan..”

Beliau berpesan pada kami;
“Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup 
mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki 
melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup 
berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk 
beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yang mulia. 
Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita 
atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. 
Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh,nak je akak 
pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik-adik dapat 
merasakan betapa beningnya hati ini.Tapi itu tak mungkinkan, 
mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya 
Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi 
kita bersabar…”

Keperibadiannya indah. 
Cerminan Al-Quran katanya ‘Aisyah ra.
Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah 
kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka 
bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. 
Kasih sayangnya tiada bertepi,dari yang kecil hingga yang tua, 
dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, 
hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman.

Mencintainya suatu kemuliaan
Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis 
bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda 
s.a.w.Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka 
senangi di wajah Rasulullah S.A.W. Bila ditanya oleh Saidina 
Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui 
ikhwannya..Saidina Abu Bakar ra sekali lagi bertanya 
Rasulullah S.A.W, “bukankah kami ini ikhwanmu?” 
Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. 
ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku 
tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku..... 
Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..”

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya bershalawat 
untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah 
kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan 
kepadanya (al-Ahzab:56)


"Berkata Abu Salamah, “Telah berkata Abu Qatadah, 
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud,sesiapa yang telah 
melihat daku dalam mimpinya, maka sesungguhnya dia telah 
melihat yang benar (al-Haqq). 
Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim."

Subhannallah!


Sumber di sini

Gambar perempuan ini diletakkan sekali dalam artikel tersebut,
jika benar inilah pemilik cerita yang bernama Syamimi...
Subhannallah..Masya Allah...cantik wajahnya, cantik ilmu
agamanya dan cantik ilmu akademiknya...Alhamdulillah..!!!!

No comments:

Post a Comment

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails