Sebelum kami bermiqat di Ja'aranah untuk umrah kali kedua
kami dibawa menziarahi Jabal Rahmah,Jabal Nur, Jabal Tsur, Muzdhalifah dan Padang Arafah. Cuma yang turun dari bas
adalah Jabal Rahmah, yang lain tu tengok dari dalam bas aje..
(masalah driver..)
Lalu juga kawasan perkhemahan di Mina, Jamarat (tempat
melontar), Masjid Jin. Di Jabal Rahmah ramai yang memanjat
mungkin berdoa nak dapat jodoh bagi yang belum kahwin laa..
Yang dah kahwin?? Doa untuk menambah kasih sayang kot ??
nama pun Bukit kasih sayang..kerana di sinilah Nabi Adam a.s
bertemu semula dengan isterinya Hawa setelah sekian lama
terpisah.
Jabal Nur
(Sebelah malam ada yang pergi ke Gua Hira..
Faez, Iwan dengan Ustaz
dan ahli dari rombongan lain..)
Masjid Ja'aranah
Selepas ziarah akhirnya singgah di Ja’aranah untuk
bermiqat
kepada sesiapa yang ingin membuat umrah kali kedua. Sampai di masjid solat sunat ihram dan meneruskan perjalanan
ke Masjidil Haram untuk umrah.
Masjid di Tan'naim
Esoknya pula pergi ke Tan'naim,jam 9.00 pagi berkumpul di
lobby hotel untuk miqat
bagi sesiapa yang hendak melakukan
umrah ketiga..kena pegi keluar dari Makkah (Tanah
Haram)
untuk ke Tanah Halal untuk pasang niat umrah. Ada dua
kawasan miqat yang paling hampir dengan Makkah dan untuk
kali ketiga ialah di Tana'im. Miqat yang paling dekat dengan
Makkah dan dinamakan juga Miqat Aishah kerana Saidatina
Aishah bermiqat di sini.
(Yang pasti saya tak ada ambil gambar di Masjid maupun
tempat Saie...pasal terlampau penat ...tambahan pula hari ni
buat umrah...anak saudara si Fadh..bawa sikecik sekali si Hana,
terlupa nak ambil gambar).
Bersambung lagi....

No comments:
Post a Comment