Kek
Pelangi Kukus - Amy
Resepi
Asal - Chef Norzailina
(Sumber
yatiememories)
Bahan-Bahan
(Loyang 7x7x3)
1
cawan mentega
3/4
cawan gula kastor - (saya buat 1/2 cawan)
3
biji telur
¼
cawan susu pekat
¼
cawan serikaya
1½
cawan tepung gandum
1
sudu kecil serbuk penaik
1
sudu besar koko
1
sudu kecil vanila
Sedikit
pewarna merah jambu,hijau,kuning,ungu,jingga
Cara
membuat
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul
sebati.
3. Masukkan susu pekat, serikaya dan vanila.
4. Kacau rata dan bubuh tepung gandum
bercampur
serbuk penaik.
5. Bila sebati, bahagikan kepada 7.
6. Warnakan berbeza termasuk satu adunan dengan koko.
7. Sudukan selang seli ke dalam mangkuk (aluminium)
yang
sudah dilengser dengan marjerin dan alas
dasarnya dengan
kertas kalis minyak. Tutup dengan
aluminium
foil dan
kukus selama 1 jam atau hingga
masak.
*
Untuk kek lebih lembut, tambah 2-3 sudu besar
susu segar/cair.Jika bahagi ke dlm mangkuk2
kecil,
masa mengukus lebih pendek.
(tak tambah susu pun kek ni tetap lembut dan
gebu)
Anda yang tak pernah cuba...saya syorkan
untuk
mencuba, memang sedapppp...!!!
assalam
ReplyDeletecantik gebusnya
Waalaikummussalam..mama sara nur...memang gebu kek ni..sedap pun sedap...mesti simpan dalam list kek terbaik...
Delete