Restoren DSaji Felda.
Hari ni teringin nak makan makanan Malaysia
apa lagi order laksam, roti jala dan roti telur..
Air pula teh tarik, horlick ais dan milo ais
enam benda tu..harga nak 40 riyal...
Tapi yang meletop kat Mekah ni
aiskerim dan air mango
memang mabeles...sedapppp sangat..
makanannya
pulak ayam goreng ala KFC
Lepas balik dari solat asar,
balik hotel kat dewan makan
4.30 ptg ada majlis ceramah dan bacaan tahlil..
Si kecil dua orang ni menarik perhatian jemaah
Pak Aji..Mak Aji tersenyum-senyum
memandang baby 2 orang ni..
Ayra Dania 10 bulan..
Hana Nadwah 1 tahun 2 bulan..
Masa bacaan tahlil, dibacakan lagi doa buat penumpang
MAS MH370. Sepanjang berada di Madinah dan Mekah,
tak pernah putus doa buat penumpang MAS MH 370...
setiap kali nak makan, Ustaz akan baca doa makan,doa lepas
makan dan doa untuk MH 370,malahan Mutawwif
kami setiap kali bas rombongan nak gerak akan baca doa
bukan untuk kami saja tapi doa untuk MH 370..bacaan
ayat Al Quran dari kami datang, sampailah nak balik...
Surah Yassin, Al Mulk, Al Waqiah,Ustaz Shakoor ni tak
payah tengok text... siap khatam Al Quran sepanjang berada
di Madinah.
Hari terakhir berada di Mekah,pagi jam 9.30 kami buat tawaf
wida 7 pusingan,umat apatah lagi kaum lelaki..ramai sungguh
(nama pun hari Jumaat).Sesak sangat...yang lelaki kena buat
tawaf wida 6 pusingan dulu, lepas solat Jumaat sambung dan
habiskan satu pusingan lagi. Kami pulak balik hotel bersihkan
diri dan duduk lobi hotel, bimbang kalau duduk dalam bilik
hotel tertidur dan akan membatalkan tawaf wida kami. Kami
hanya naik ke bilik hotel untuk solat Zohor.....No camera,no
shopping,tu semua akan membatalkan tawaf wida..kecuali jika
beli air atau makanan untuk diri sendiri.....jangan nak beli
cendera hati atau apa-apa untuk hadiah....
Nak dekat jam 3 lebih (petang) bas gerak untuk ke Jeddah,
dalam bas Mutawwif kata akan singgah di Masjid Terapung
untuk solat Asar dan makan. Lagi sekali driver kami buat
"dekk", tau-tau aje dah sampai airport Jeddah.Padahal flight
kami jam 10.30 malam..berkampunglah kami kat airport...
Hmmmm....!!!!! Bukan rezeki nak buat camana.
Inilah masjid yang patut kami singgah...Masjid Terapung
(Gambar : Google)
Part yang saya tertinggal adalah bila sebut bab rezeki sewaktu
di Madinah hari terakhir, sebelum bertolak ke Mekah selepas
solat Asar dan Solat jenazah..seorang wanita Arab yang cantik
jelita memberikan saya duit 100 Riyal..Syukur alhamdulillah...
Saya cadang nak simpan dalam album duit note koleksi saya..
tapi kebetulan sewaktu di Mekah, mutawwif saya ada buat
wakaf Al Quran..jadi saya berikan duit 100 riyal tadi untuk
wakaf Al Quran bagi pihak arwah Ibu bapa mertua. Walaupun
saya dah buat wakaf Al Quran semasa di Madinah melalui
Ustazah untuk arwah kedua-dua orang tua saya dan juga
mertua, tapi masa saya nak pergi Umrah ada 2 orang kakak
ipar saya bagi duit, jadi mewakafkan guna duit yang saya
dapat di tanah Arab itu kepada perkara yang bermanafaat
adalah lebih baik. Insya Allah...
Anak arab yang mengu'sha' Hana Nadwah..
sampai lari si Hana....
Inilah flight kami.......
Akhirnya kami sampai di tanah air jam 1.00 tengahari...
semuga kami dapat Umrah yang makbul...Aminnnn. Saya
teringin nak pergi semula....saya doakan anda semua dapat
juga menjadi tetamu Allah seperti kami.
"Ya
Allah ya Tuhanku, jangan jadikan tawaf dan ziarah
hambaMu ini sebagai kali penghabisan di Baitullah, jika
sekiranya
di takdirkan menjadi yang terakhir maka hambaMu
pohon syurga sebagai gantinya
dengan kemurahan rahmatMu
wahai Tuhan yg maha rahmat". Aminnnn................
No comments:
Post a Comment