Kudapan yang enak untuk anak-anak atau mak bapaknya
sekali...hik..hik...hik..Tak perlu pergi KFC sebab nak
makan benda ni..buat sendiri lebih berbaloi..Saya syorkan
guna cheese yang mudah cair seperti mozarella, parmesan
atau guna slice cheese, jangan guna cheese yang buat kek
keju tu..nanti sampai kesudah inti cheese tu takkan cair.
Resepi ni baru hari ni ada kesempatan nak masuk dalam
blog...
CHEWY CHEESE BALL – Amy
Bahan - bahannya :-
4 biji kentang sederhana besar
1 sudu teh serbuk cili
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu besar mentega
Garam secukup rasa
Bahan Inti :-
Mozarella Cheese(Parut) atau Parmesan Cheese(Parut)
Atau Slice Cheese (Chesdale) - dipotong dadu
Bahan Salut :-
2-3 biji telur, dipukul sedikit
Serbuk roti secukupnya (warna kuning + putih)
Tepung gandum @ tepung jagung
Cara Membuatnya :-
1. Kupas
kentang, potong kecil dan rebus hingga empuk
tapi
tidak terlalu lembik. Toskan dan lecek halus.
2. Masukkan
mentega dan gaul rata.
3. Masukkan
serbuk cili dan garam secukup rasa.
Kacau
hingga rata.
4. Ambil
sedikit adunan doh dan leperkan.
5. Masukkan
parutan atau kepingan cheese yang telah
dipotong dan bulatkan doh tadi seperti bebola guli,
buat
hingga siap.
6. Sadur bebola dengan tepung, kemudian celup dalam
telur yang
telah dipukul tadi dan golekkan ke atas
serbuk roti.
7. Ulang semula-celup bebola dalam telur dan golek
lagi sekali
di dalam serbuk roti (breadcrumbs).
8. Goreng dengan api sederhana hingga masak atau
kuning
keemasan.
9. Angkat dan toskan.Hidang bersama sos
pilihan anda.
Inilah bahan yang dah dibancuh..kentang yang dah lecek,
serbuk roti, bancuhan telur..
Ini pulak kentang lecek yang dah campur dengan serbukcili, lepas buat bebola golek dalam tepung jagung...
Untuk kali ni saya guna cheese ni..sebab ada stok ni aje.
Inilah hasilnya selepas digoreng....
No comments:
Post a Comment