Saturday, October 1, 2011

Kawan anak-anak

Anak-anak jarang bawa kawan-kawan sekolah datang ke rumah...kalau ada masa Hari Raya, tapi bukan setiap tahun, kalau kakak Diba adalah 2 x kawan datang, masuk tahun ni dah 3 x, Iqa pulak masa sekolah rendah adalah 1x ke 2 x....Thira baru tahun ni kawan sekolah ada datang itu pun yang duk depan rumah....so tahun ni si Iqa kata kawan-kawan nak datang...mula-mula 3 orang lps tu 6 orang, bila harinya tengok-tengok lebih dari 10 orang....kebetulan saya masak nasi tengahari tu memang banyak.... Saya masak ikan patin masak tempoyak, sayur padprik, sambal udang, ada juga buat kek colat untuk budak-budak tu....






Nak masuk minggu ketiga, kawan-kawan Diba datang beraya ke rumah, kebetulan Diba balik dari asrama, tak tau nak masak apa..akhirnya saya buat meehoon soto, tapi saya tak ambil lak gambar kawan-kawannya kebetulan sibuk bersiap nak keluar...kawan-kawannya datang lambat, janji lepas Zohor..sebab lepas Asar kami nak keluar ...tapi kawan-kawan dia datang dah kat kul 6.00 petang, kami dah lewat...tapi sebab tetamu anak datang kami tunggu ...inilah hidangan hari tu...









Dekorasi rumah 2011

Memandangkan rumah ni dah nak mencecah  17 tahun....dan dah 6 tahun tak cat baru...jadi masa cuti sekolah penggal pertama tahun ni (2011) kami buat projek mengecat rumah...dan selesai masa pertengahan bulan puasa...pasal apa lambat siap...sebab bila sekolah bermula, hubby pun  tak cuti, projek mengecat kena tunggu hari Sabtu dan Ahad, so hari Sabtu dan Ahad jelah untuk mengecat...termasuklah kabinet dapur dicat semula....dan tugasan saya adalah menghias rumah...yang dah dimake over ni......Gambar-gambar ni di ambil masa Hari Raya Eidul Fitri baru-baru ni...lambat masuk blog...nak upload gambar pun ambil masa....











Ini pula bahagian luar rumah.... selalunya orang yang merokok akan melepak disini...sebab dalam rumah tidak disediakan ashtray...coz  ...hubby tak merokok....





Ruangan ini pula ..ruang makan bersebelahan tempat menonton tv.....





Kabinet dapur yang telah dicat dari warna kayu coklat muda kepada warna putih.....










Sunday, September 4, 2011

Gambar anak-anak di Hari Raya

Gambar anak-anak waktu hari raya tahun 2011 yang baru berlalu, juga tahun 2010 yg tidak diupload kedalam blog ..dok simpan dalam komputer...
Tahun 2011...tema oren...tahun 2010 tema ungu... 











Menu masa bulan Ramadhan...

Ini cerita masa bulan Ramadhan......walaupun sekarang dah Syawal...sebab bulan Ramadhan tak dan nak on laptop...selain dari urusan kemas mengemas, jemput anak-anak pergi dan balik sekolah, kena masak untuk berbuka dan juga sahur...kadang sampai tak tau nak masak apa....kalau kakak balik dari asrama masak spesial sikit sebab kat asrama...masakannya tak boleh blah.....terpaksalah makan kata si kakak .....

Anak-anak memang suka Nasi Ayam Penyet...selalu makan kat Wangsa Walk atau Giant...yang ni buat sendiri.....

Ayam penyet

Ini kerabu mangga kesukaan saya....


Mee Goreng kampung....


nak upload gambar...banyak lagi termasuklah gambar Hari Raya..tapi internet ni slow lak pulak....lain kali kita sambung pasal menu dan resepi masakan...InsyaAllah!.....

Rezeki di Hari Raya....

Selamat berhari raya....selamat ziarah menziarahi....mudah-mudahan ikatan silaturahim terjalin erat...dan jangan ditinggalkan yang WAJIB kerana leka dan lalai dek keseronokkan beraya....Kita memang mewah dengan makanan...sedangkan di Somalia...jangankan makanan....bekalan air pun tak punya....apatah lagi ubat-ubatan ......Syukur kepada limpah kurnia dan rahmat Allah yang tidak terhingga...sehingga rezeki kita melimpah ruah....dan kerana rezeki yang melimpah ruah inilah sepatutnya kita menjadi orang yang LEBIH AMANAH....LEBIH PEMURAH...dan menjadi LEBIH TAAT kepada yang empunya langit dan bumi iaitu ALLAH S.W.T...mudah-mudahan Aminnnn....

Inilah rezeki hidangan masa hari raya...


Ketupat nasi


Lontong


Paru berempah goreng bercili


Rendang daging campur paru


Ayam masak madu

 Serunding udang kering


Kuah kacang


Serunding Daging
Syukur Alhamdullilah atas rezekiNya....

Saturday, September 3, 2011

Selamat Menyambut Eidul Fitri

Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan Selamat menyambut Eidul Fitri...Maaf Zahir Batin...
walaupun dah lewat lima hari.....kembali kepada fitrah....mudah-mudahan menjadi hamba Allah yang dirahmati dan diredhai...Aminnnnnnnnnn... 

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails