Semua perkara bermula dari hati, dan hati pula berkait dengan fikiran dan perasaan...Bukan mudah untuk mengendalikan fikiran, hati dan perasaan ...seperti kata pepatah ..ikut hati .....mati, ikut rasa....binasa, dan fikiran pula...selalu negatif.. Orang yang berjaya selalunya bila mereka berfikiran positif.
Agama Islam memberikan panduan yang cukup hebat, bagaimana mahu menjaga hati dan sekaligus mengawal fikiran dan perasaan.
Ada 5 perkara:
Membaca Al Quran dengan tafsirannya sekali supaya lebih memahami.
Solat malam ni pulak kena berkorban masa tidur...paling awal pukul 3.00 ke 3.30 pagi...
Berkumpullah dengan orang soleh,... contohnya:- berkumpul dalam majlis ilmu, solat berjemaah.
Perbanyakkan berpuasa, contoh:- puasa sunat Isnin dan Khamis.
Zikir malam perbanyakkanlah.... Contoh:- Subhanallah..
dan salah satunya,(dari yang di atas) siapa boleh menjalani / melakukan, moga-moga Allah S.W.T akan mencukupi / memberkati.
Kita kena bertanya pada hati...Hidup ini untuk bahagia atau untuk celaka?
Dari Abu Malik al-Asy’ari katanya:"Bersabda Rasulullah s.a.w:"
Kebersihan itu sebahagian daripada iman.
Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi.
Sembahyang itu pelita.
Sedekah itu bakti.
Sabar itu cahaya dan
Al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu.
Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”
No comments:
Post a Comment