Sepanjang bulan Julai, x ada kemana-mana, cakap dengan husband, kita pergi pesta bunga nak...hari ni 2nd last day, kalau pergi hari besuk lagi ramai orang pasal sebab selalunya hari akhir orang suka memborong...sampai kat sana dah pukul 3.30 petang, cadang lepas balik dari pesta ni nak singgah rumah kawan di Presint 15...jadi kami meronda sekitar gerai-gerai jualan...belilah juga 3 jenis bunga tiruan, bila tiba digerai bunga orkid, apalagi beli 4 jenis bunga orkid hutan...satu pokok yang dah berbunga dan 3 lagi anak bunga, tapi lupa lak nak snap...posting lain kali InsyaAllah, saya akan masukkan gambar bunga-bunga yang di beli di pesta flora kali ini.
bunga yang menjadi tema tahun ini ...Bunga Heliconia....
Selepas ronda-ronda kami makan dan solat asar...kemudian telefon kawan, tapi dia pulak turun ke K.L, x ada rezekilah nak jumpa dia...mungkin lain kali kalau diberi kesihatan dan dipanjangkan umur dapatlah berjumpa, jadi sebelum kami balik ingat nak naik cruise tapi dah lewat ...kami singgah bergambar di tepi Jambatan Putrajaya...ramai juga yang ambil gambar kat situ...
No comments:
Post a Comment