Tuesday, December 18, 2012

Banyak benda nak fikir....nak buat!!!!!!!.....


Bulan Disember penghujung tahun….
Banyak benda yang nak difikir …nak buat….
Semalam dah pegi belikan baju, kasut, beg,
tudung sekolah untuk adik Ira…selagi tak
belikan selagi tu dia tanya, bila nak beli?..
Awal bulan Disember…dia sibuk tanya bila
nak beli buku tulis?….Hari Sabtu si ayah pun
bawa dia pegi kedai buku sekolah…beli..

Habis bab buku tulis….masuk bab beg dan kasut..
Minggu lepas gi BATA…size kasut dia tak ada
bising dia…nak tak nak, saya pegi tempat
lain semalam, beli semua dia punya….
Itu baru si Ira..belum si Iqa…masa pegi
BATA tu belikan kasut kak Iqa sepasang aje…
nak sepasang lagi, nak yang bertali pulak,
Belum beli baju dan tudung….

Dua tahun lepas, waktu minggu pertengahan
Disember dah dapat keputusan masuk sek
Teknik/ Vokasional, tapi tahun ni sebab dah
naik taraf.. tukar Kolej…tukar sistem.....
tarikh tutup permohonan akhir 30 Disember, 
keputusan boleh masuk ke tidak tak tau lak bila…
ada short list, nak ada temuduga bagai….
Sedangkan awal tahun tulah pejabat sekolah
sibuk sesangat…kalau keputusan untuk masuk
Ke Kolej lambat…urusan di sekolah juga lambat
Sebab semua surat menyurat perlu pengesahan
Pengetua sekolah…..jangan nak jumpa pengetua,
Kerani sekolah pun sibuk……

Belum bab beli barang-barang keperluan….
Kalau dah tau keputusan dapat tak dapat
senanglah…nak buat persediaan terutama
dari segi kewangan…nak beli barang ke….
dari segi masa….senanglah nak buat temujanji
pegi sekolah nak stampkan semua surat-surat
yang diperlukan…..  
Kalau tak dapat pulak bolehlah suruh si anak
bersedia sekolah biasa semula …tapi Kementerian 
Pelajaran ni macam nan Hado je..

Itu bab sekolah…bab lain pulak…si penyewa
rumah dah buat hal…dah 2 bulan sewa tak
bayar…2 bulan lepas berturut-turut pulak bayar
sewa tak penuh….diaorang janji bulan Januari..
saya tunggu ajelah…..samada diaorang tunai
janji ataupun tidak……

Si kakak Diba…tunggu keputusan…sambil cari
keje…saya tengah carikan kelas memandu,
Dah talipon Metro Driving…hmmm..tempat
belajar jauh sangat …ada kat Kg Melayu
Subang…tempat belajar masih tempat yang
sama macam tahun 80an dulu, ingatkan dah
masuk tahun 2000 ni, ada lak dekat-dekat KL,
paling tidak kat kawasan Selayang ke….Gombak
ke….ahhhh …..yena betul!!!!Kena cari tempat lain….

Itu bab belajar…sekarang bab bil pulak…
Bil cukai pintu dah sampai, bil Indah Water
yang tak indah tu dah sampai..tapi Indah
Water ni memang saya tak puashati, dulu dan
sekarang….pasal..rumah saya bukan rumah
Perumahan..septik tank rumah saya persendirian…
saya pernah guna perkhidmatan Indah yang tak
Indah ni…sekali saja dalam tempoh 17 tahun..
Dan waktu kakitangan Indah Water ni..
buat keje….diaorang siap minta bayaran
untuk tugasan mereka…saya tanya..bukan
masuk bil ke?...Diaorang jawab yang masuk
bil tu lain….lepas tu tak pernah panggil dah..
Tapi tiap-tiap tahun  bil mesti sampai 2 x,
Bayaran untuk apa pun saya tak tahu…!!!
Syarikat rugi juta-juta…untung atas angin?

Yang melegakan…zakat dah bayar…dulu
Zakat kami bayar kat Wilayah Persekutuan,
Tapi dah 5 tahun kami pindah bayar ke
Selangor…ialah…lahir kat Selangor, anak
Negeri Selangor….walaupun keje kat KL…
Sekurang-kurangnya kami nampak
Pusat Zakat Selangor ada buat projek
ASNAF…untuk bantu membiayai fakir
miskin agar berdikari…..

Yang tak melegakan buku-buku kak Diba,
buku-buku Si Iqa...punyalah banyak sampai
tak ada tempat simpan...itu belum keje 
rumah...mak oiii macam-macam....kalau
ada yang kata senang jadi surirumah tangga
sepenuh masa...minta ampun!!!!!!!!



No comments:

Post a Comment

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails